BAB 11

5.1K 107 0
                                    

Sudah sebulan Dhia tinggal berdua dengan Daniel. Daniel telah memaksa Dhia untuk tinggal di rumah kedua milik papanya. Memang mereka jarang ke sana kerana lokasinya agak jauh daripada pejabat papanya. Daniel melayannya seperti sampah sekarang ini. Takut Dhia untuk bertanya. 

"Kau tunggu apa lagi kat sini. Tu, bilik kau. Ni bilik aku."sambil tangannya menunjukkan bilik di sebelah biliknya.

"Hmm baik Tuan."jawab Dhia. Gelaran itu untuk Daniel. Selepas kejadian yang meragut kehormatannya, Daniel mengarahkan Dhia untuk memanggilnya Tuan.

"Bagus. Ingat tu, kau hanya hamba aku sekarang ni. Jangan berani masuk dalam bilik aku faham!"tengking Daniel. Hatinya semakin sakit bila mengenangkan kata-kata Zarul.

Tersentak Dhia bila pen yang dimainnya semasa berkhayal jatuh di atas meja. Dia meraup wajahnya beberapa kali sebelum mengatur langkah ke pantri untuk membancuh kopi. Sesampainya di pantri, Dhia bertembung dengan Shah, rakan sepejabatnya.

"Dhia ok ke?Saya tengok macam tak sihat je."sambil tangannya ingin diletakkan ke dahi Dhia.

"Eh, saya ok. Penat sikit je,"sempat Dhia menghalang tangan Shah.

Tanpa disedari, Daniel telah melihat adegan mereka berdua. Tetapi, dia hanya menahan marahnya di dalam hati. Tiada seorang pekerja di syarikat itu yang tahu tentang perkahwinan Dhia dan Daniel.

Knock!knock!

"Masuk."arah Daniel.

Dhia masuk dengan muka berkerut menahan sakit kepala. Daniel yang sedar keadaan Dhia merasa sedikit risau. Belum sempat Dhia memulakan bicara, tubuhnya tidak dapat dikawal lalu Dhia pengsan di bilik Daniel.  

"Dhia, kenapa ni?"Daniel bingkas bangun dan cuba mendapatkan Dhia namun gagal. Dahi Dhia terlebih dahulu mencium bucu meja di biliknya.



SELAMANYA MENCINTAIMUWhere stories live. Discover now