BAB 57

6.4K 90 5
                                    

Puan Khadijah hairan melihat sebuah kereta mewah yang terparkir di halaman rumahnya. Kereta yang dinaiki anaknya juga ada terparkir di sebelah kereta mewah tersebut. Hatinya sudah tidak sedap. Farish yang lena di pangkuannya terus dikendong dan menaiki tangga rumahnya perlahan.

"Assalamualaikum Dhia. Umi ni."Puan Khadijah menolak sedikit daun pintu yang masih tertutup rapat. Namun, ianya berkunci dari dalam. Selang beberapa saat, pintu dibuka dari dalam.

"Waalaikumussalam, maaf umi lambat buka pintu."balas Daniel setelah melihat umi dan adik-adik Dhia sudah berdiri di depan pintu.

"Eh, Daniel. Bila sampai ni? Dhia mana?"ternyata mak mertuanya sedikit terkejut dengan kehadiran Daniel di rumah itu.

"Hmm, maaf lah datang tak beritahu umi dulu. Dhia ada tengah tidur kat dalam bilik. Tadi ada orang pecah masuk. Nasib baik Daniel cepat sampai, kalau tidak tak tahu lah apa jadi pada Dhia."panjang lebar Daniel menceritakan semula kejadian yang berlaku beberapa jam lepas.

"Ya Allah. Macam mana lah boleh masuk. Umi minta maaf lah sebab tadi umi keluar tanpa beritahu Dhia. Terima kasih ya Daniel sebab dah tolong umi jagakan Dhia."Puan Khadijah berasa serba salah kerana tidak memberitahu Dhia yang mereka akan ke pekan selepas Zohor tadi.

"Tak ada apalah umi. Dhia pun ok. Mungkin dia akan trauma sikit lah kalau dia ingat balik kejadian tadi."Daniel sekadar membalas. Farish yang sudah terjaga terus diangkat dan diciumnya.

Sesungguhnya dia tidak menafikan yang anaknya kini ada iras-iras mukanya. Farish melentok manja di dada Daniel seakan dia tahu bahawa Daniel adalah bapanya.

"Daniel duduk dulu. Umi buat air ya."Puan Khadijah sudah berlalu ke dapur. 

"Hah Daniel, bila sampai?"kini giliran ayah mertuanya menyoal.

"Lama dah yah."Daniel bangun lalu bersalaman dengan bapa mertuanya.

"Farish cucu atok dah bangun ya."terkedek-kedek si kecil tadi berjalan ke arah datuknya. 

"Ha, marilah minum."Puan Khadijah muncul bersama dulang air dan sedikit goreng pisang yang dibelinya di pekan tadi.

Sedang mereka semua menjamu juadah, deringan telefon Daniel berbunyi. Dia melihat sekejap skrin di telefon bimbitnya. Terpapar nama Dania di situ.

'Ish, apa lagi lah dia ni nak.'getus Daniel di dalam hati. Beberapa saat kemudian, dia mengangkat telefon itu.

"Hello. You. You pergi mana ni? Lamanya menghilang. I cari dekat bilik tak ada."marah Dania di hujung talian.

"I ada lah. Keluar sekejap. Ada apa ni call I?"Daniel malas hendak berbual lama dengan Dania.

"You mesti pergi rumah perempuan tu kan? You ni mana 1 you nak ha?"Dania masih tidak berpuas hati dengan Dhia.

"Kalau I pergi pun kenapa? Dhia wife I. You siapa nak halang I?"tempik Daniel.

"You, you tak boleh lah buat I macam ni. You tahu kan I sayang you. You ceraikan Dhia, kita kahwin ya."pujuk Dania lagi. Dia tidak mahu kalah dengan Dhia kali ini.

"Hey, you cakap apa ni? You jangan suka-suka nak atur hidup I ya. Dah lah, I malas nak cakap pasal ni."Daniel sudah bengang dengan permintaan Dania. Bukan dia tidak tahu Dania keluar dengan kawannya Zarul. Sengaja dia mahu berdiam diri dahulu.

"Hmmm,,ok ok. You relax ok. Malam ni jangan lupa tau kita ada aktiviti BBQ. Staff kita pun dah buat persediaan sedikit untuk aktiviti malam ni."Dania mengawal suaranya sebaik mungkin. Dia tidak mahu membuat Daniel tertekan.

"Hmm ok."talian terus diputuskan tanpa sempat Dania membalas.

'Hisshhh, you tunggulah Daniel. I akan buat you lupakan Dhia selamanya. You jangan ingat you boleh tinggalkan I macam tu saja.'Dania menghempas telefon bimbitnya di atas katil. 

"Hey, kenapa ni baby?"Zarul sudah merangkul pinggang buah hatinya dari arah belakang. Mulutnya sudah hinggap di leher putih gebu Dania.

"Hisshh, you ni. Tak ada apalah."malas dia hendak melayan drama Zarul itu. 

"You, I laparlah. Jom makan."Dania sengaja mencari alasan supaya Zarul tidak meneruskan aktiviti tak bermoralnya.

"Hmm, I pon lapar. I lapar nak makan you."Zarul membalas kata-kata Dania sebelum mengeratkan lagi pelukannya. Dania menahan dengan meletakkan tangannya di dada lelaki itu.

"B, jangan la macam ni. I'm not in a good mood right now. Jom lah makan."Dania sudah merengek manja. Sebenarnya dia rimas dengan tindakan spontan Zarul.

"Ok ok. Jom kita makan ya. Kesian baby I ni." Zarul sudah termakan dengan pujukan Dania.




**P/S : SORRY READERS SEJATI SAYA.. BUSY SIKIT LA SEKARANG NI.. TU YANG LAMBAT UPDATE.. PAPE PON THANKS EA YANG SETIA MENUNGGU BAB-BAB SETERUSNYA..

MAAF JUGA KALAU CERITA YANG U OLLS BACA NI HAMBAR KE MEREPEK KE EA.. 

SELAMANYA MENCINTAIMUWhere stories live. Discover now