BAB 12

5.2K 112 1
                                    

"Tahniah Daniel. You akan jadi papa," beritahu Dr. Shiela kepada kawannya itu. Daniel seakan tidak percaya apa yang disampaikan Shiela sebentar tadi. Seingatnya, dia tidak pernah menyentuh Dhia.

Dhia hanya membisu sepanjang perjalanan ke rumah. Kepalanya sangat berat sekarang ini. Perasan yang bercampur baur dibiarkan sahaja.

Daniel bagaikan sudah dirasuk. Ternyata dia tidak puas hati dengan keputusan Dr. Pintu bilik Dhia dibuka dengan kasar. Lantas Dhia yang sudah terbaring bingkas bangun.

"Kenapa Tuan. Saya pening. Sekejap lagi saya ma..."pangg! Belum sempat kata-katanya habis, Dhia sudah tersungkur. 

"Baik kau cakap sekarang siapa bapa budak yang kau kandung ni?"marah Daniel lagi.

"Saya tak pernah tidur dengan mana-mana lelaki selain Tuan. Tuan yang menyentuh saya pada malam Tuan mabuk 2 bulan lepas."jelas Dhia sambil menangis menahan kesakitan. Luka di bibirnya hanya dikesat perlahan.

"Kau jangan menipu la. Kau gugurkan anak tu. Selagi kau tak gugurkan anak haram tu, aku akan gantung kau tak bertali."sambung Daniel.

Kunci kereta dicapai dan Daniel terus meninggalkan rumah dengan fikiran yang serabut. Dhia sudah tidak dapat menahan kesakitan terus menelan ubat tahan sakit yang dibekalkan oleh doktor. 

'Maafkan mama sayang. Mama tak sanggup nak lepaskan kamu. Biarlah kamu hidup dalam rahim mama'.bisik Dhia sambil mengusap perutnya. Dhia bingkas bangun dan mengemas pakaiannya. Dia mesti keluar malam ini. 

SELAMANYA MENCINTAIMUWhere stories live. Discover now