BAB 28

5.3K 105 0
                                    

"Betul ke keputusan Dhia ni?"soal Puan Sri Zila. Dia sebolehnya tidak ingin berjauhan dengan anak dan cucunya itu. Tapi apakan daya, Dhia sudah membuat keputusan.

"Maafkan Dhia ya ma, pa, abang Syafiq. Dhia nak mulakan hidup baru dengan anak Dhia. In sha Allah Dhia akan jumpa keluarga ini semula nanti. Banyak jasa dan pertolongan yang Dhia belum sempat balas kepada mama sekeluarga."terang Dhia dengan panjang lebar. Hari ini, Dhia pulang ke kampungnya. 

Abang Fathi dan Kak Intan sudah lama sampai. Dia masih pelik mengapa Dhia menghubunginya 3 hari lepas untuk pulang ke kampung. Sempat Dhia berbalas pelukan dengan keluarga angkatnya itu.

Dhia mengambil tempat duduk di bahagian belakang. Tempoh berpantangnya masih berbaki sebulan lebih. Namun, dia tidak mahu terus menyusahkan keluarga angkatnya itu. 

"Dhia, dah sampai sana jangan lupa kami di sini ya."beritahu Syafiq sebelum kereta Fathi berlalu pergi. Dia juga berat untuk membiarkan Dhia pergi tapi siapa lah dia untuk menghalang.

"Dhia ok ke?"soal kak Intan sambil memangku Farish yang sudah terlena.

"Ok kak. Maaf ya Dhia menyusahkan abang dan akak."serba salah dia memikirkan permintaannya tempoh hari.

2 jam kemudian...

"Dhia, bangun. Kita dah sampai."kejut kak Intan lembut. Segera Dhia bangun dan keluar dari kereta. Uminya sudah menunggunya dengan senyuman. Dhia rindu pada wajah tua itu lalu dia menyalam dan memeluk ibunya.

"Mari masuk nak. Kesian Dhia."pelawa uminya. Abang Fathi dan kak Intan meminta diri kerana ada perkara yang ingin diselesaikan memandangkan majlis mereka tinggal 2 bulan saja lagi.

"Comelnya cucu umi ni."dicium pipi comel Farish. Farish yang sedang lena terjaga sebaik sahaja diusik oleh neneknya. Dhia tersenyum bahagia melihat uminya di depan mata. Sungguh, dia sangat rindukan uminya.



SELAMANYA MENCINTAIMUWhere stories live. Discover now