BAB 19

5.1K 115 1
                                    

8 bulan kemudian....

"Eh mak buyung! Nak pergi mana tu?"jerkah Syafiq dari belakang Dhia. Dhia yang terkejut terus menoleh dan mengurut dadanya berkali-kali.

"Apa lah abang Syafiq ni. Dhia nak pergi kedai kejap."balas Dhia. Syafiq sengaja menyuruhnya memanggilnya abang kerana dia tiada adik perempuan.

"Abang dah cakap kan, nak pergi mana-mana bagitahu abang. Awak tu dah sarat. Nanti jadi apa-apa macam mana?" bebel Syafiq geram. Dia tahu Dhia seorang yang pandai berdikari tapi dia juga risau kalau Dhia dikacau di luar sana.

"Dah masuk kereta. Abang hantar kan,"sambung Syafiq setelah membuka pintu kereta.

"Tak apa lah. Bukan jauh pun. Buat habis minyak je." balas Dhia.

"Dhia nak abang angkat ke? Lah, kenapa tak cakap?"ugut Syafiq yang sudah berjalan kearah Dhia. Dhia yang perasan tindakan Syafiq terus berjalan laju masuk dalam kereta. Syafiq hanya tergelak melihat gelagat mak buyung sorang itu.

Perutnya yang semakin besar itu sedikit menyukarkan pergerakan Dhia. Ditambah pula dengan keadaan kedai yang sedikit sempit kawasannya. Syafiq hanya menuruti Dhia di belakang.

Tiba-tiba Dhia terlanggar seorang wanita yang agak seksi pemakaiannya.

"Ouchh, apa ni langgar orang? Tak nampak ke?"tegur Elina dengan suara yang sedikit tinggi.

"Err... maaf cik.. saya tak perasan. Saya tengah baca...."belum sempat Dhia menghabiskan ayatnya, matanya tertancap pada lelaki di belakang Elina.

Dhia ingin lari tapi Syafiq berdiri di belakangnya. Syafiq tergamam dengan kehadiran Elina dan Daniel. 

"Eh kejap, you bukan Dhia ke? Daniel, ini kan isteri you yang dah lari tinggalkan you?"sengaja Elina memandang Daniel.

"Kau buat apa kat sini bro?"tanya Daniel kepada Syafiq. Matanya tidak lepas memandang Dhia yang semakin cantik memakai gaun mengandung itu. 

"Aku..aku.."kenapa pulak aku gagap ni. desis Syafiq sambil menggaru kepalanya. Daniel semakin geram dengan kawannya itu.

"Oh, aku tahu. So, kau lah pak sanggup yang aku cakap dulu tu. Tahniah Dhia. Kau dah buktikan yang kau tu perempuan..."belum sempat Daniel menghabiskan kata-katanya, Syafiq telah menumbuk mukanya. Daniel sudah pun tersungkur mencium lantai kedai itu.

"Kau jangan nak tuduh Dhia macam-macam. Kalau kau tak nak dia, lepaskan saja."bidas Syafiq pula. Dhia hanya membatu menahan airmata yang ingin keluar sedari tadi.

Daniel hanya tersenyum mengejek sebelum menyambung lagi kata-katanya. Elina hanya mendiamkan diri dan melihat aksi Daniel dan Syafiq.

"Hebat ya kau Dhia. Perempuan kampung tapi pandai bermain nafsu dengan lelaki ya. Aku tak akan ceraikan kau. Biar kau hidup sengsara kerana memperbodohkan aku."lantang suara Daniel di kedai itu.

Syafiq menarik lengan Dhia untuk keluar dari kedai itu dan pulang ke rumah. Perasaan Dhia berkecamuk mengingatkan tuduhan melampau Daniel kepadanya.



SELAMANYA MENCINTAIMUWhere stories live. Discover now