BAB 54

6.3K 105 1
                                    

"Ya encik, ada apa-apa boleh saya tolong?"Naim bertanya kepada Daniel. Dia kelihatan begitu resah sekali.

"Erm, Dhia Nur Alya ada tak?"tanya Daniel takut-takut.

"Ow, kak Dhia ke?Dia MC hari ni."jawab Naim.

"Oh yeke, ok la. Thanks."Daniel berlalu pergi. Fikirannya sungguh kusut sekarang ini. Dia sedar yang dia telah menuduh Dhia tanpa usul periksa. Ya, pasti Dhia kecewa dengannya.

'Syafiq!'tiba-tiba dia teringatkan kawan lamanya yang ada bersama Dhia malam tadi. Langkah kakinya diatur semula ke kaunter untuk memeriksa nombor bilik Syafiq.

Kagum dia dengan kepantasan pekerja chalet tersebut mencari maklumat bilik Syafiq yang tidak sampai seminit.

Tok!Tok!Tok!

Syafiq yang mendengar ketukan di luar bilik segera bangun dari tidurnya. Badannya masih terasa sakit dek pergaduhannya dengan Zarul semalam. 

"Ah,,kau ke.. Kau nak apa ni?"pintu bilik dibuka luas supaya Daniel boleh masuk ke dalam.

"Hmm, aku nak minta maaf la sebab aku dah fikir yang bukan-bukan pasal kau berdua. And thanks for helping Bella yesterday. Aku tak sangka Zarul sanggup buat macam tu kat adik aku."takut-takut Daniel memulakan bicaranya. Anak mata Syafiq dipandang setelah kata-katanya tidak dibalas.

Senyuman sinis diberikan kepada Daniel yang sedang melihatnya. Air di atas meja dituang lalu diteguknya tanpa menghiraukan pandangan Daniel.

"So, kau rasa berbaloi tak dengan tuduhan tak berasas kau tu?"Syafiq mula membalas.

"Kau dari dulu memang tak berubah kan? Kenapa kau benci sangat dekat Dhia?"Syafiq sudah lama tidak puas hati dengan sikap Daniel yang melayan isterinya begitu.

"A..Aku tak tahu. Aku tak benci dia. Aku sayang dia."rintih Daniel lagi.

"Hahaha. Sayang? Excuse me! Aku tak salah dengar kan, bro?"sengaja Syafiq mengorek telinga kanannya. Daniel hanya diam.

"Macam ni la. Kalau kau sayang Dhia, kau lepaskan lah dia. Jangan seksa dia lagi. Tu, anak dia sekarang pun dah besar. Kau pun tak mengaku tu anak kau dengan dia kan? Kau lepaskan je dia. Ramai lagi lelaki yang lebih layak untuk Dhia."Syafiq sengaja berkata begitu. Dia mahu lihat kesungguhan lelaki di depannya itu.

"Fiq, jangan cakap macam tu. Aku tahu aku salah, aku abaikan Dhia. Aku tuduh dia macam-macam. Aku nak jumpa dia Fiq, tolong aku."air matanya jatuh lagi kali ni. Dia tidak dapat menahannya apabila teringatkan tindakan bodohnya terhadap Dhia dulu.

"Daniel, kau rasa Dhia nak jumpa kau lagi ke lepas apa yang kau buat kat dia semalam? Dia dah selamatkan adik kau tau semalam? Tapi apa yang dia dapat? Kau tampar dia kan? Kau cakap dia buat benda tak senonoh dengan aku kan?"jerkah Syafiq lagi.

"Kau tak payah la buang masa kat sini. Satu je aku nak cakap dengan kau. Kau memang rugi abaikan Dhia. Dhia yang aku kenal sangat pandai jaga maruah diri, pandai berdikari dan sangat cantik. Aku rasa elok la kau lepaskan dia. Aku boleh tolong jaga Dhia."Syafiq terlepas cakap lagi.

"Tak, Dhia aku punya! Aku takkan lepaskan Dhia. Tolong Fiq, aku merayu dekat kau." lutut Syafiq sudah dipeluk kuat oleh Daniel. Terkaku Syafiq seketika dengan tindakan Daniel tu. Dia ingat Daniel ingin menumbuknya setelah dia terlepas cakap tadi.

"Hmmm, kau balik lah dulu. Aku try pujuk dia untuk jumpa kau. Tapi aku tak janji."harapan terus diberikan kepada Daniel.

"Seriously! Thanks bro."pantas Daniel bangun dan memeluk Syafiq kejap. Langkah kakinya diatur ke biliknya semula. Dia harus bersedia untuk memujuk Dhia nanti. Dia tak nak kalah dengan Syafiq lagi.

'Ada hati nak amik bini aku ya. Tunggu la kau. Ni Daniel la. Aku akan pujuk Dhia habis-habisan' bebelnya sendiri di dalam hati sambil berjalan ke arah pantai. Angin lembut ditepi pantai sungguh menenangkan jiwanya saat ini. 









P/S : Guys,,,sorry ya lambat update. Busy kerja..huhu.

         Keep reading and voting guys. Thanks for ur continuous supports. 

         Jemput la kawan-kawan baru baca ya.. TQ..hehe

SELAMANYA MENCINTAIMUМесто, где живут истории. Откройте их для себя