BAB 3

5.7K 129 0
                                    

"Assalamualaikum Umi. Umi sihat? sorry terlupa nak call umi."kata Dhia kepada Puan Khadijah.

"Waalaikumussalam. Umi sihat je. Dhia macam mana belajar? Ok ke? Duit belanja cukup?"tanya Puan Khadijah.

Hampir 20 minit perbualan mereka, Dhia meminta izin untuk mengakhiri perbualan mereka. Sungguhpun begitu, perasaan rindu pada keluarganya semakin hari semakin mendalam. Dhia kena kuat untuk habiskan perjuangan nya demi masa depan dirinya dan keluarga.

Walaupun berasal daripada keluarga yang sederhana, Dhia tak pernah lupa untuk berdoa kepada Allah supaya mencukupkan rezeki mereka sekeluarga. Dhia bersyukur kerana mendapat tawaran biasiswa daripada JPA. Ayahnya yang bekerja sendiri sentiasa mengingatkan Dhia supaya jangan malas belajar dan jangan kedekut ilmu.

"Hai sayangku Dhia."meleret senyum Zarul kepada Dhia.

"Kau nak apa?aku dah lambat ni."jawab Dhia sekadar membalas. Bukan dia tidak tahu memang perangai Zarul suka membahasakan semua orang 'sayang'.

"Tunggu la kejap. Kau kenal kawan aku kan Daniel?Dia kirim salam."sambungnya lagi.

Dhia yang berjalan sedikit ke hadapan berhentikan langkahnya. 'Betul ke apa aku dengar ni?'omelnya dalam hati.

"Ok."Dhia hanya menjawab sepatah kerana dia masih tidak percaya dengan apa yang didengarnya tadi.

'Hahaha..bodoh punya perempuan. Kau belum kenal siapa Zarul.'

Kenangan sebulan lalu terlayar di ruangan minda Dhia. Ya, tragedi Zarul memalukannya di hadapan kawan lain. Tapi, dia akur kerana Zarul berdendam dengannya kerana menolak mentah permintaan Zarul dengan alasan untuk belajar. Sebenarnya, hatinya sudah dikunci untuk seseorang. 

SELAMANYA MENCINTAIMUWhere stories live. Discover now