BAB 8

5K 118 0
                                    

Malam itu, Daniel keluar untuk berjumpa Zarul dan rakan taruhannya. RM 10,000 seperti yang dijanjikan. Berpesta mereka di club itu ditemani wanita-wanita seksi. 

"Mama, tak tidur lagi ke? Dah pukul 11 ni."tanya Dhia kepada Puan Rohana.

"Sorry, hanya Elina sahaja yang layak panggil aku mama."tersentak Dhia seketika.

"Kau ni budak kampung mana padan dengan anak aku. Aku nak kau panggil aku mama bila depan orang lain sahaja."tambah Puan Rohana.

Hatinya sakit mengenangkan sikap Puan Rohana. Dhia ingatkan mama Daniel menerimanya seikhlas hati. 'Siapa Elina.'tanya Dhia di dalam hati. Niatnya ke dapur untuk mengambil air terbantut dek amarah mama Daniel tadi.

Dhia hanya baring di katil milik Daniel. Dhia sudah terlelap sehinggalah badannya terasa ditolak kasar oleh Daniel.

"Abang, kenapa ni?"Dhia yang mamai bingkas bangun dari pembaringan.

"Aku tak nak kau tidur atas ni. Pergi tidur di sana."sambil tanggannya menunjuk ke arah sofa.

"Tapi, kenapa?Dhia kan isteri abang."rintih Dhia lagi. Mulut Daniel yang sedikit berbau busuk dek arak yang diteguk tadi memaksa Dhia menutup hidungnya.

Tanpa sebarang kata, rambut Dhia separas bahu itu ditarik kasar oleh Daniel. Panas hatinya bila melihat Dhia seakan mengejek dirinya. Dalam keadaan dirinya seakan sudah tidak terkawal, Daniel menghumban Dhia ke atas katil tanpa menghiraukan esakan Dhia. Daniel sudah tidak seperti yang Dhia kenal. Lantas baju tidur yang dipakai Dhia ditarik hingga koyak. 

"Ow isteri kau cakap. Baik, kau kena laksanakan tanggungjawab kau malam ni."bibir Daniel sudah hinggap di segenap tubuh Dhia. Rontaan Dhia dibiarkan sepi. Diratah semua milik Dhia yang dijaga sebelum ini. 

Dhia sudah tidak dapat melawan tenaga suaminya dan hanya menangis. Dhia diperkosa oleh suaminya sendiri. Tangisan Dhia tidak Daniel endahkan. Dia mabuk dan apa yang dia nampak di hadapannya sekarang ini bukan Dhia tetapi Elina. Ya, dia anggap semua perempuan sama seperti Elina.

Dhia terjaga dari tidurnya setelah mendengar azan subuh, lalu dia bergegas ke bilik air membersihkan dirinya yang dianggap sangat kotor. 'Kenapa Daniel,'rintihnya di dalam hati.


SELAMANYA MENCINTAIMUWhere stories live. Discover now