BAB 20

5.5K 116 0
                                    

"Dhia ok tak ni?"tanya Syafiq sambil membetulkan tengkuknya. Dia perasan Dhia hanya mendiamkan diri sepanjang perjalanan pulang.

"Salah ke kalau Dhia cinta kan dia abang Syafiq? Dhia memang suka dia dari zaman belajar."jelas Dhia sambil mengelap air matanya. Dia sudah tidak dapat menahan lagi. Sakit telinganya masih terasa dek tuduhan suaminya.

"Look, abang Syafiq kenal Daniel dah lama. Abang tahu dia buat semua ni sebab..."kata-katanya mati sebaik saja telefon bimbitnya berbunyi.

Dhia hanya memandang sepi pemandangan di luar. Tidak berminat untuk mengetahui gerangan si pemanggil yang menghubungi abang Syafiq.

Sesampainya di rumah, Dhia berlalu ke biliknya. Puan Sri Zila memandang hairan perangai Dhia. Matanya kini tertumpu kepada anak terunanya itu.

"Syafiq buat apa kat anak mama tu? Sembap je muka Dhia macam baru lepas menangis."tanya Puan Sri Zila sambil menjungkitkan keningnya sedikit.

"Mana ada buat apa ma. Dhia rindu umi dia la."tipu Syafiq kepada mamanya.

"Oh."hanya itu yang keluar dari mulut mamanya.

Tepat pukul 10 malam, Syafiq dah terpacak depan rumah kawan baiknya, Zafran. Dia hairan mengapa kawannya tiba-tiba mengajaknya keluar. Mereka ke kedai mamak yang berhampiran rumah Zafran.

"Weh, aku dengar kau keluar dengan Dhia, isteri Daniel tu. Betul ke? kau jangan main gila doh. Daniel kot, BFF kita."terang Zaf bagaikan mencari kepastian dari Syafiq.

"Aku tolong jaga Dhia pon dah kira bagus tau? Apa lagi yang kau dengar dari Daniel tu?"Syafiq dapat mengagak gerangan yang membesarkan perkara itu. Zafran hanya menggeleng menggaru kepalanya yang tidak gatal.

"Tapi tu lah, Daniel cakap Dhia dah mengandung. Tapi bukan anak diorang berdua. Tak sangka aku perangai Dhia macam tu. Nampak baik tapi..."belum sempat Zafran menghabiskan ayatnya, Syafiq sudah bangun dari duduknya. Sudah dia agak, memang Daniel yang mengadu kepada Zafran.

"Kau Zaf, kalau tak tahu hujung pangkal cerita, jangan nak percaya je bulat-bulat."tempik Syafiq membuatkan Zafran sedikit terkejut. Zafran tidak pernah memarahinya selama mereka berkawan.

"Aku balik dulu. Ada rezeki, kita jumpa lagi."sambung Syafiq lantas mencapai kunci kereta miliknya. Tinggallah Zafran keseorangan dengan otaknya yang kusut memikirkan kata-kata Syafiq tadi. 'Jumpa lagi!Eh, aku nak balik naik apa ni', keluh Zafran kerana dibiarkan di situ.


SELAMANYA MENCINTAIMUWhere stories live. Discover now