BAB 49

5.5K 95 5
                                    

"Hai Dhia, jumpa lagi kita kat sini ya? You nak bawa barang ni ke mana?"Zarul sengaja menegur Dhia yang berjalan ke arah pantai dengan membawa beberapa biji bola tampar.

"Eh hai. Awak bercuti kat sini ke?"terkejut Dhia apabila ditegur Zarul dari arah belakang. Hampir terlepas bola yang dibawanya. Dia kalau boleh memang tak nak bertegur sapa dengan Zarul.

"Ha'ah. I ada kerja sikit area sini. Tu yang ingat nak bercuti sekali. I tengok review chalet ni semua bagus, so, I booking la."senang hati Dhia mendengar apabila tempat pekerjaannya dipuji.

"Oh. Eyh ok la. I nak hantar barang ni ke sana sekejap ya. Enjoy your day here."jarinya ditunjuk ke arah pantai yang sudah dipenuhi pengunjung. Segaris senyuman dihadiahkan kepada Zarul sebelum meninggalkannya. Zarul membalas senyuman Dhia. Sakit pula hati Daniel yang melihat dari jauh.

"Kak Dhia, lambatnya. Diorang nak main dah ni."Bob sudah menunggu Dhia dari tadi. Jaring sudah dipasang dan pemain sudah bersedia.

"Ish, lambat betul la kau ni. Nak kerja ke nak dating?"Dania mendengus sambil merampas bola di tangan Dhia. Terkejut sekejap dengan tindakan Dania.

"Maaf ya."hanya itu yang keluar dari mulut Dhia. Segera dia berlalu pergi dari situ. Dhia sempat mengerling Daniel yang sedang tajam merenungnya dari jauh. Dhia hanya senyum hambar melihat wajah suaminya itu.

"Hai, tak main sekali ke?"Zarul mengambil tempat duduk di sebelah Bella.

"Err, tak. Tak pandai la."terkejut juga Bella tiba-tiba ada yang datang duduk disebelahnya. 'Hmm, kenapa lah abang Zafran tak datang sekali, kalau tak mesti dia tak bosan duduk seorang di situ.'bebelnya dalam hati.

"Zarul, awak?"Zarul menghulurkan tangannya tanda ingin bersalaman.

"Oh, saya Bella, adik Daniel. Tu yang tengah main pakai baju jersey nombor 7 tu."Bella tidak menyambut huluran tangan Zarul.

"Oh, Daniel Irfan kan? Abang awak tu kawan saya la. Kitorang belajar sama masa dekat U dulu."giliran Zarul membalas.

"So, bercuti ke kat sini. Tu semua family awak ke?"Zarul bertanya lagi.

"Eh, tak la. Kami ada buat family day. 3 days 2 nights."Zarul mengangguk faham. Bukannya dia tidak tahu, sengaja je dia buat tak tahu.

"Hmm, malam ni ada program apa?"Zarul bersuara lagi.

"Hmm, malam ni aktiviti bebas. Kenapa?"pelik Bella bila Zarul tiba-tiba menjadi peramah. Baru sahaja beberapa jam kenal, macam-macam ditanya.

"Hmm, bolehlah kita makan sama malam ni."Zarul berharap yang Bella bersetuju. Lambat-lambat Bella mengangguk.

                                                                                             *******

"Assalamualaikum,"terangkat wajah Dhia melihat gerangan yang berdiri di depan kaunter.

"Wa'alaikumussalam, eyh abang Hakimi! Buat apa kat sini?Mama dan papa mana?"begitu banyak soalan dituju oleh Dhia. Tergelak Hakimi dengan gelagat Dhia.

"Haha. Abang saja la datang sini. Nak jumpa adik abang ni. Mama dengan papa tak ikut. Ada kerja sikit."balas Hakimi pula.

"Ow. Eyh, ni siapa?"mata Dhia beralih ke sebelah kiri Hakimi. Cantik manis bertudung pula tu.

"Ni tunang abang."malu-malu dia memperkenalkan tunangnya kepada Dhia.

"Dhia tak kenal ke? Ni Elina lah." giliran gadis itu pula bersuara memperkenalkan dirinya. Terbuntang mata Dhia apabila mendengar kenyataan Elina. Tak mungkin.

"Oh, Elina kawan Daniel tu kan? Siapa nama budak comel ni?"budak yang dikendong Elina pula ditanya.

"Farisha Amani nama dia."tersentak sedikit tatkala mendengar nama anak Elina seakan nama anaknya.

"Ow, sedap nama. Ok lah. Ini kunci bilik abang, yang ini kunci bilik Elina."Dhia menyerahkan dua gugus kunci yang berlainan kepada kedua-dua tetamu chaletnya itu.

"Thanks Dhia."ucap mereka serentak sebelum berlalu pergi mencari bilik mereka. Tanpa Dhia sangka, hari ini dia berjumpa lagi dengan kenalannya pada hari yang sama. Jam dikerling. Setengah jam lagi waktu kerjanya bakal tamat. Segera dia menyiapkan kerjanya yang tertangguh tadi.

SELAMANYA MENCINTAIMUWhere stories live. Discover now