BAB 46

5.5K 112 7
                                    

"Hai, selamat petang. Boleh saya bantu?"Daniel segera menoleh ke arah kaunter di sebelah. Macam dia kenal pemilik suara itu. Terpempan sebentar dia apabila melihat Dhia sudah berada di depannya kini.

"Ya encik, boleh saya bantu?"riak wajah Dhia biasa saja kini. Tiada senyuman seperti yang diberikan kepada pelanggan tadi. Dalam hatinya, Dhia berasa seperti ingin melarikan diri sahaja.

Cantiknya Dhia sekarang ini. Nasib baik Dania tiada disitu. Dia membiarkan Dania mengambil angin di pantai sementara menunngu rombongan dari syarikatnya tiba. Dhia melambaikan tangannya di hadapan muka Daniel. Daniel sedikit terkejut dengan tindakan Dhia.

"Err,,,maaf. Saya dari syarikat ni. Kita ada booking untuk family day."tergagap-gagap dia meneruskan bicaranya.

Dhia segera memeriksa komputernya sebelum menyerahkan kunci bilik kepada Daniel.

"Terima kasih. Hmm...boleh tunjukkan saya biliknya."Daniel sengaja mencari alasan untuk mendekati Dhia. Dhia serba salah untuk menolak. Namun, dia kena teruskan lakonan ini.

"Urm,, sekejap ya encik. Saya panggilkan staff saya, Bob untuk angkatkan beg ni."belum sempat Dhia memanggil pekerjanya, Daniel memintasnya.

"Tak perlu. Beg ni tak berat pon. Saya cuma nak awak tunjukkan bilik saya je."senyuman nakal sudah diukirkan Daniel. Dhia terpegun seketika melihat senyuman orang yang dirinduinya itu.

Dhia tersedar dari angannya apabila dahinya dijentik lembut. Ish, Daniel ni. Segera langkahnya dilajukan menuju ke bilik Daniel. Daniel tersenyum puas melihat pipi Dhia yang bertukar merah menahan malu.

Sebaik sahaja sampai di depan pintu bilik Daniel, handphonenya berbunyi minta diangkat.

"Yes Dania. I baru nak masuk bilik ni"Daniel menyerahkan kunci kepada Dhia sambil memberi isyarat mata supaya Dhia membuka pintu. Dhia cuba menolak dengan menggeleng kepada Daniel.

Daniel sudah membesarkan matanya kali ini. Mahu tidak mahu, Dhia mengambil kunci di tangan Daniel dan membuka pintu. Daniel masih lagi bercakap dengan buah hatinya. Dhia ingin segera lari dari situ setelah pintu dibuka.

"Ow, you tunggu lah dekat situ dulu. Orderkan I macam biasa. Lagi 15 minit I datang."tangannya menarik lengan Dhia yang ingin lari dari situ. Dhia hanya memandang wajah Daniel sebelum berusaha melepaskan diri. Daniel menjuihkan mulutnya ke arah begnya pula yang terletak di lantai tanda ingin Dhia meletakkan ke dalam bilik.

Dhia malas hendak berlama-lama disitu. Dia mengangkat beg Daniel dan masuk ke bilik sebelum meletakkan begnya di ruang tamu. Alangkah terkejutnya Dhia apabila dia menoleh ke belakang, Daniel sudah berdiri di depannya dengan senyuman kemenangan. Dahinya berpeluh mengenangkan nasibnya.

"Err,,saya keluar dulu ya encik Daniel."Dhia segera mengelak Daniel tapi Daniel lebih pantas memaut lengan Dhia. Tergamam Dhia seketika.

"Betul ke Dhia tak ingat abang? Ke memang Dhia berlakon."kini tangannya bermain-main di pipi Dhia. Dhia sekadar memejamkan matanya menahan golakan perasaan. Sememangnya dia memang rindukan belaian sang suami namun dia harus kuat saat ini.

"Maaf ya. Saya perlu sambung kerja sekarang ni."jemari Daniel ditolak perlahan. Tanpa dia sedar, dirinya seakan tidak memijak lantai. Ya, Daniel sedang mendukungnya sekarang ini. Dhia tidak meronta malah dibiarkan sahaja Daniel mendukungnya ke bilik. Sesungguhnya Dhia rindukan suaminya itu.

"Maafkan abang Dhia. I miss you so much Dhia. Can we start again?"pinta Daniel sambil merenung Dhia di hadapannya. Tangan Dhia dielus dan dikucup berkali-kali.

"Boleh tak kita teruskan hidup berasingan sekarang ni? Awak lepaskan saja saya. Awak pun dah ada pengganti saya selama ni. Tak baik mainkan perasaan orang yang sayang kita."tegur Dhia panjang lebar. Sebolehnya dia tidak mahu melepaskan Daniel. Dhia masih sayangkan Daniel.

Bagaikan pisau menghiris dadanya mendengar permintaan Dhia kali ini. Dia tahu Dhia memang berlakon sahaja selama ini.

"Bagi abang peluang untuk menjaga Dhia dan anak kita kali ni,"kata-katanya disambut gelak tawa oleh Dhia kali ni.

"What?? Anak kita?? Since when? Awak tak ingat ke yang awak tak mengaku anak yang saya kandung selama ni anak awak dan saya? Nonsense la. Dari dia dalam perut sampai lahir pun awak tak pernah peduli malah menghina kami, awak tak ingat ke?"entah dari mana kekuatannya datang menempelak Daniel. Tiba-tiba hatinya sakit mengingat kembali perbuatan Daniel.

Mulut Daniel bagaikan terkunci mendengar luahan hati isterinya itu. Dibiarkan sahaja Dhia berlalu pergi dari bilik meninggalkannya keseorangan termangu-mangu. Diraup wajahnya berkali-kali menahan geram. Dia berjanji pada dirinya untuk tidak melepaskan Dhia lagi kali ni.

SELAMANYA MENCINTAIMUWhere stories live. Discover now