BAB 34

5.4K 95 1
                                    

"Dhia, ok ke tak ni? Termenung jauh akak tengok?"tegur Intan yang perasaan keadaan sepupu suaminya itu. Dia juga sedih mengenangkan nasib Dhia yang dimalukan beberapa bulan yang lepas.

"Eh kak, ok je ni. Tak ada apa, rindu pulak dekat Farish."Dhia hanya tersenyum memikirkan keletah anaknya yang semakin banyak akal.

Dhia telah ditawarkan untuk bekerja dengan Intan di chalet milik keluarganya. Dhia bersyukur kerana chalet tersebut tidak jauh dengan rumahnya. Senang dia untuk melawat anaknya setiap hari. Umi dan ayahnya juga banyak membantu menjaga Farish.

Farish pun sudah berumur setahun 6 bulan sekarang. Selam itulah, Dhia tidak berjumpa lagi dengan Daniel. Sesekali Syafiq dan mamanya ada datang melawat mereka di kampung. Manja saja anaknya menumpang kasih dengan Syafiq dan keluarga. 

Semenjak peristiwa di KL yang lepas, Dhia telah menanam azam untuk tidak terus memikirkan Daniel. Hati perempuannya masih lagi sakit. Dulu, dia ke sana pun kerana menemankan kak Intan berurusan dengan syarikat ternama bagi mengembangkan lagi perniagaan chalet milik bapanya. Tidak dia sangka, lain pula yang jadi.

"Dhia tak nak ambil cuti ke? Pergi lah tenangkan fikiran tu. Akak tahu, bukan sekejap untuk kita lupakan apa yang dah jadi,"sedih pula kak Intan melihat keadaan Dhia. Dhia pun tidak pernah mengambil cuti panjang.

"Alah kak, tak payah la. Dhia nak pergi mana je pun. Lagi pun, Dhia nak saving duit untuk Farish nanti."serba salah Dhia hendak menolak pelawaan kak Intan.

"Ha yelah. Tapi, nanti bila-bila Dhia nak cuti, Dhia inform akak ya. Ok lah, sambung lah buat kerja ya"luah Intan lagi sebelum meninggalkan Dhia. Sepanjang setahun Dhia bekerja dengannya, belum pernah lagi Dhia mengambil cuti panjang.

                                                                                    *****

"Kamu nak jadi apa ni Daniel? Asal balik je mabuk. Nasib baiklah papa kamu tu tak ada dekat sini. Kalau tidak, tak tahu lah mama"marah Puan Rohana. Semakin dibiarkan, semakin menjadi-jadi perangainya. Tak tahulah dia dengan siapa pula anaknya berkawan sekarang. Tak akanlah Dania. Budak tu sopan je, perangain pun elok dimatanya.

Daniel sudah terbaring di sofa. Mamanya tidak kuat untuk membawanya ke bilik. Sudahnya dia tertidur di sofa sehingga pagi.

Kepala yang sedikit pening di picit. Mungkin kerana terlalu banyak minuman alkohol yang diteguknya malam semalam. Setelah beberapa minit dia duduk, kakinya dihayun menuju ke biliknya untuk membersihkan diri. Nasib papanya outstation, kalau tidak habislah dia teruk dimarahi. Selesai mandi, Daniel bergegas turun ke bawah dan bersarapan bersama mama dan adiknya.

"Bella, hari ni kau lapor diri dekat pejabat aku kan?"tanya Daniel sebelum menyuapkan nasi goreng kampung yang bibiknya sediakan pagi ini.

"Hmm, aah."jawabnya sepatah. Dia sedikit takut untuk berada di bawah abangnya namun apakan daya, papanya sudah mengarahkannya untuk menimba ilmu di syarikat Daniel dulu. Papanya telah melabur dalam syarikat interior design milik Daniel.

"Bagus, pagi ni kau pergi je dengan aku naik motor,"ajak Daniel.

"Ha ok."malas juga dia nak meredah jam pagi-pagini. Nasib la dia dah berseluar hari ni. 

Selesai makan, dua beradik itu menyalam tangan mamanya sebelum pergi ke pejabat.

SELAMANYA MENCINTAIMUWhere stories live. Discover now