BAB 58

6.7K 83 2
                                    

Tepat jam 8:00 malam Daniel sudah terpacak di ruangan lobi. Langkah kakinya tiba-tiba terhenti apabila dia mendengar gelak tawa manja Dania. Segera dia menyembunyikan dirinya di balik tiang besar yang ada di situ.

"Hahaha, kelakar lah you ni Zarul. Dengan kawan you sendiri pun boleh kalah."sambung Dania yang berjalan beriringan dengan Zarul.

"Haha, so funny. You ingat ya, I tak akan mengalah dengan diorang. Dulu, I dah berjaya buat rumahtangga dia bermasalah. Now, I akan buat lagi sampai I puas hati."balas Zarul pula. Dendamnya pada Daniel dan Dhia masih belum berkesudahan.

"Ish, you ni. Senang lah kerja I nanti kan. Best la ada partner in crime macam you. So, what's your next plan?"sambut Dania puas mendengar kata-kata Zarul.

Zarul menarik Dania lembut supaya merapatinya lalu berbisik sesuatu di telinga Dania. Dania yang mendengar segala idea jahat Zarul mula menunjukkan reaksi gembira dan teruja. Tidak dia sangka Zarul akan mengenakan Daniel sebegitu.

'Tak guna ya kau orang berdua. Aku akan pastikan rancangan kau orang gagal. Kau tunggu lah balasannya nanti.'marah Daniel dalam hatinya. Tidak dia sangka yang Zarul sanggup buat begitu padanya dahulu. Apa masalahnya pun dia tidak tahu.

Akhirnya dia mengambil keputusan untuk terus ke tempat BBQ. Sesampainya di situ, kelibat Zarul tidak kelihatan. Mungkin dia tahu yang aktiviti ini tidak ada kaitan dengannya. Dania yang sedang duduk di sebelah staffnya bingkas bangun dan berjalan mendapatkan Daniel.

"Eh, bila you sampai? Lama tau kitorang tunggu bos kesayangan kita ni."Dania mendapatkan Daniel lalu memeluk erat lengan Daniel.

"Ish, Dania. We are not alone here. You ni tak malu ke dengan staff lain tu?"tempik Daniel perlahan sambil meleraikan pelukan tangan Dania. Sebolehnya dia tidak mahu staffnya yang lain berasa tidak selesa dengan perangai Dania.

"Alaaa you ni. Tak sporting la. Chill lah. Macamlah tak biasa."bentak Dania pula.

"Ok lah. Jom kita makan. I pun dah lapar ni. You masak apa?"malas sebenarnnya Daniel mahu melayan rajuk Dania. Apa yang dia tahu, dia hanya ingin cepat-cepat menghabiskan aktiviti malam ini dan pulang ke rumah orang tua Dhia.

"Hmm, I mana pandai buat BBQ ni. I makan je la. Tu you tanyalah abang Sam dia masak apa?"Dania membalas pertanyaan Daniel sambil menunjuk ke arah Samsul yang tengah sibuk mengagihkan makanan yang sudah masak tadi.

"You, I nak cakap dengan you sekejap boleh?"pinta Dania selepas mereka selesai mengambil makanan. 

"You nak cakap apa? Cakaplah."balas Daniel bersahaja. Baru dia hendak melabuhkan punggungnya di atas kerusi di pantai itu, Dania kembali bersuara.

"Alaa, tak nak lah cakap dekat sini. Nanti orang dengar. Jom, kita duduk jauh sikit."Dania sengaja mengumpan Daniel supaya mereka berada jauh sikit dari staffnya.

"Hmmm, yelah. Jom."Daniel malas mahu membantah. Nanti lambat pula dia akan pulang ke rumah Dhia.

"Nah, you lupa ambil air tadi. I dah bawakan."Daniel menyambut huluran air dari Dania.

"Ha, you nak cakap apa tadi? Cepatlah. I ada hal lepas ni."Daniel menyuap makanan yang diambilnya tadi.

"Hmm, you nak berbaik dengan wife you ke?"tersedak Daniel tatkala mendengar pertanyaan Dania. Dipandangnya Dania yang sudah menghulurkan air kepadanya. Air yang dihulur diteguknya perlahan-lahan.

"Kenapa?" hanya itu yang mampu Daniel balas. Dibiarkan sahaja soalan Daniel itu. Setelah beberapa saat, kelihatan Daniel seperti memicit kepalanya sebelum melentok ke bahu Dania.

"Hei, Daniel! You kenapa ni?"soal Dania yang berpura-pura cemas dengan keadaan Daniel waktu itu. Senyumannya makin melebar melihat Zarul sedang menghampiri mereka.

'You tunggulah Daniel. I akan hancurkan hidup you sama macam you mainkan hati dan perasaan I selama ini. Jangan ingat you boleh hidup bahagia dengan Dhia.' Dania sedang bersorak gembira apabila rancangannya bakal berjaya.

Zarul sudah meletakkan Daniel di atas katil bilik Dania. Dania segera mengunci pintu setelah memastikan bahawa tiada siapa nampak mereka semasa ke biliknya tadi.

"So, are you ready baby?"Zarul sudah memeluk pinggang Dania dari belakang. Dania hanya mengangguk melihat Daniel yang sudah tidak sedarkan diri. 

"You buat betul-betul ya Zarul." Dania sudah bersedia untuk beraksi manja dengan Daniel. Satu persatu pakaiannya dilurutkan di hadapan Zarul. Zarul hanya meneguk air liurnya memandang Dania yang sedang menanggalkan pakaiannya.

Cepat-cepat tangannya ligat menangkap gambar Dania dengan Daniel. Hampir setengah jam mereka melakukan idea jahat mereka.

"Baby, mana upah I?"tanya Zarul manja sambil memeluk Dania yang sedang menyarung kembali pakaiannya. Bibirnya ligat mencium leher jinjang Dania.

Dania yang seakan terbuai dengan tindakan Zarul terus membalas rangkulan Zarul dan berlalu ke arah bilik lain. Dan, malam itu, Dania tewas dengan pujukan Zarul sekali lagi.






P/S : 

Hai readers!!!! Sorry sangat-sangat tau...sebab lambat update.. banyak idea bertukar-tukar. Kejap nak buat macam ni, kejap nak buat macam tu...hehehe..

Thanks ea korang yang sentiasa menunggu updates, vote, comment dan jadikan reading lists..

Thank you so much ea..

tak sabar nak habiskan cepat..hehe

SELAMANYA MENCINTAIMUWhere stories live. Discover now