BAB 15

5.3K 126 1
                                    

"Daniel, Dhia mana? Dah 2 minggu Dhia tak datang kerja. Papa pun baru tahu ni,"tanya Encik Kamal kepada anaknya itu.

"Dhia dah lari pa. Dhia mengandung tapi bukan anak Daniel,"kata Daniel perlahan.

"Astaghfirullah hal'azim...mana kamu tahu tu bukan anak kamu? Kamu dah tanya Dhia betul-betul?"sambung papanya sambil mengurut dada dek kerana terkejut dengan tohmahan anaknya itu. Walaupun dia tidak mengenali Dhia, tapi dari segi perwatakan Dhia, Encik Kamal tahu Dhia calon isteri terbaik buat Daniel.

"Hello Syafiq, kau kat mana? Jom keluar. Aku bosan lah,"Daniel menghubungi Syafiq. Hari Ahad begini memang sunyi jika duduk rumah seorang diri. Mama dan adiknya Bella pagi-pagi sudah keluar shopping.

"Hello, sorry bro. Aku ada hal la. Mama aku dah booking aku dulu lah,"jawab Syafiq di hujung talian. 'Sorry bro, aku terpaksa tipu kau'.bisik Syafiq di dalam hati. Tidak dia sangka, Daniel percaya bulat-bulat apa yang dikatakan Zarul mengenai Dhia beberapa bulan lalu.

"Syafiq, jom. Mama dah siap ni? Dhia mana?"tanya Puan Sri Zila. Hari ini, mereka akan membeli sedikit kain fabrik untuk menyiapkan pakaiannya di butik. 

Syafiq yang sedikit terkejut melilau matanya mencari Dhia. Jantungnya berdegup laju saat matanya melihat Dhia. 'Cantiknya Dhia.'terus Syafiq menoleh saat mamanya menepuk bahunya.

"Jangan pandang lama-lama, isteri orang tu."sambung Puan Sri Zila. Syafiq hanya tersenyum kelat menahan malu. Dhia hanya diam dan segera naik ke kereta. Puan Sri ada berborak kosong dengannya minggu lalu. Dia cakap seri ibu mengandung ni lain bila mengandung anak lelaki. Dhia hanya mengangguk tidak pula dia mengiyakan. Bersyukur Dhia kerana ditemukan dengan orang yang baik-baik. Syafiq juga telah berjanji untuk tidak memberitahu Daniel tentang kewujudannya di rumah itu.

SELAMANYA MENCINTAIMUDove le storie prendono vita. Scoprilo ora