BAB 10

5.4K 114 0
                                    

Dhia masuk ke ruangan dapur milik Puan Rohana. Bibik Yah sedang menggoreng karipap menoleh ke arah Dhia dengan senyuman. Dhia membalas seraya menolong bik Yah. Walaupun dilarang oleh bik Yah, Dhia tetap membancuh air kopi untuk keluarga itu.

"Dhia, duduklah makan sekali."ujar Encik Kamal, bapa Daniel. Walaupun muka Encik Kamal tampak bengis, tapi dia sangat ramah. Dhia ternampak bapanya berbual kosong dengan bapa mertuanya itu semasa majlis nikah mereka yang lepas. Apa yang diborakkan Dhia tidak tahu. Bersyukur Dhia kerana bapa mertuanya dapat menerimanya seadanya.

Wajah Daniel yang putih bersih itu dikerling Dhia sekilas. Kacak suaminya pagi itu. Daniel yang perasan Dhia sedang memerhatikannya sengaja melemparkan senyuman manis kepadanya. Terkejut Dhia lantas dia membalas senyuman suaminya. 'Pagi tadi bukan main fitnah aku, sekarang main senyum-senyum dekat aku. Sabar jelah'.omel Dhia lagi.

Sedang asyik semua menjamu selera, tiba-tiba Encik Kamal bersuara, "Dhia, minggu depan start kerja dengan papa boleh?"tanya papa Daniel selamba. Dhia terdiam seketika sambil memandang Daniel untuk mencari jawapan.

"Pa, Daniel kan ada boleh tolong papa. Dhia biar kerja tempat lain lah."balas Daniel seakan tidak puas hati. Baginya, Dhia tidak layak bekerja dalam syarikat papanya. 

"No. Dhia dan Daniel akan kerja sekali dengan papa. Lagi pun, bukan senang nak dapat kerja sekarang ni dengan kamu tak ada pengalaman lagi. Boleh kamu berdua pergi kerja sekali. Boleh ya Dhia?"mata Encik Kamal sudah tepat memandang Dhia.

"Err...boleh pa. Terima kasih sebab sudi tawarkan kerja pada Dhia."balasnya sambil tersenyum pahit.

SELAMANYA MENCINTAIMUWhere stories live. Discover now