BAB 30

5.5K 99 0
                                    

Terduduk Ku sendiri
Mengenangkan Kita berdua bercinta
Mengalir Air mataku
Saat Ku melihat gambarmu
Kau Beri pada ku

Beri Aku kekuatan
Untuk Aku meneruskan kehidupan
Sebagai Insan yang kesepian

Saat Ku melihat matamu
Terungkap Seribu satu kisah hidupmu
Kau Pergi dan kau tetap pergi
Tanpa Sepatah kata daripada mu

Beri Aku kekuatan
Untuk Aku meneruskan pencarian
Pengubat Luka yang kau sakiti

Setiap Hari aku menunggu
Panggilan Manja darimu
Namun Harus ku akur
Yang Kau telah pergi


Sayang
Mahu Ku mahu kan dirimu
Dekat Mari dekat pada ku
Akur Harus ku akur
Kau Hanyalah mainan hati

Mungkin Kita tidak ditakdirkan bersama
Melihat Dunia
Walaupun Sakit
Aku Harus akur

Akur Padamu                                                                ~AMIR HARIZ~

Bergenang air mata Dhia saat meneliti bait-bait lagu yang diputarkan di corong radio. Sungguh lagu tersebut memberi kesan pada dirinya seolah-olah mengetahui kisah kehidupannya. Dipandang sayu wajah puteranya, saling tak tumpah persis muka Daniel. Sedar tak sedar, sudah 3 bulan usia Farish. 

"Assalamualaikum, mak ngah."sapa seseorang dari luar. Dhia segera mencapai tudung dan disarungkan di kepalanya.

"Waalaikumussalam, oh abang Fathi dan kak Intan. Masuklah. Umi ada kat dapur tu."pelawa Dhia.

Majlis perkahwinan mereka sudah selamat dan berjalan dengan lancar. Dhia juga ada pergi ke majlis mereka. Tidak tahu macam mana, abang Syafiq dan mama juga ada sama. Mungkin abang Fathi yang jemput. Tiba-tiba dia teringat kembali perbualan dengan Syafiq.

"Dhia macam mana sekarang? Ok?"takut-takut Syafiq hendak bertanya. Dia sudah mendukung Farish. Comel juga budak kecil ni.

"Dhia ok abang. Dhia nak lupakan semua yang lepas. Dhia nak buka buku baru."terang Dhia dengan muka yang ceria. Lain benar penampilan Dhia sekarang. Makin cantik di mata Syafiq.

"Baguslah. Tapi, abang ada sesuatu nak bagi tahu Dhia. Dhia jangan terkejut pulak ya."kata-kata Syafiq hanya dibalas dengan gelakan dari Dhia. 'Eh, budak ni. Nasib gelak pon cantik lagi' desis Syafiq.

"Urm pasal Daniel. Daniel.."belum sempat kata-katanya habis, Dhia memotong.

"La, cerita lain please. Next next."tangannya dihayun ke depan memberi isyarat yang Dhia malas nak ambil tahu pasal Daniel. Tapi, dalam hatinya siapa yang tahu.

"Urm, Daniel kemalangan sehari sebelum majlis dia dengan Elina."Syafiq hanya menyambung tanpa mempedulikan pandangan mata Dhia.

"So?"Dhia mencuba sehabis baik mengawal riak mukanya. Sungguh dia turut merasa sedih dengan ujian yang menimpa Daniel. Bukan Dhia tidak sayangkan Daniel lagi, tetapi hati masih sakit dengan apa yang pernah dilaluinya dulu.

Berkerut dahi Syafiq mendengarkan jawapan balas dari Dhia. Tidak terkejut ke Dhia? Sekejap betul dia boleh lupakan Daniel, suaminya pula tu. Lantas, dia menukar topik lain. Sesekali perbualan mereka diselangi dengan gelak ketawa sahaja.



SELAMANYA MENCINTAIMUWhere stories live. Discover now