BAB 17

5.1K 110 0
                                    

"Kamu tahu mama nampak siapa dekat mall tadi?"tanya mamanya kepada Daniel.

"Siapa ma?Penting ke Daniel kena tahu?"tanya Daniel pula yang sedikit bingung dengan pertanyaan mamanya.

"Bini kamu yang lari tu la. Dengan lelaki tau. Nampak macam kaya je budak lelaki tu. Patut lah dia lari tinggalkan kamu."tempelak Puan Rohana lagi. Dia sebenarnya geram dengan Daniel kerana tidak mahu menceraikan Dhia.

Daniel hanya terdiam dan hatinya sedang berperang dengan perasaannya sendiri. Baru sekejap tadi dia teringatkan Dhia. Mungkinkah dia rindukan Dhia? Dhia memang cantik, tak mustahil Dhia boleh mendapat pengganti dirinya. 'Ya, aku tak akan ceraikan kau Dhia.'jerit hati kecil Daniel.

"Dhia nak masak apa malam ni?"tanya Mak Ani.

"Dhia nak masak sup ikan ni Mak Ani. Teringin pulak,"balas Dhia sambil tersenyum.

"Kesian Dhia, biasanya kalau orang mengandung mengidam, suami yang tolong carikan."luah Mak Ani lagi. 

Syafiq hanya mendengar daripada jauh sahaja. Perasaannya sedikit terusik dengan kata-kata Mak Ani. Dia berjanji untuk cuba menunaikan keinginan Dhia sepanjang Dhia tinggal di situ.

"Kamu nak ke mana ni Syafiq?"tanya papanya yang baru keluar dari biliknya.

"Nak keluar sekejap pa. Dah lama tak keluar lepak."balas Syafiq sambil menyarung kasutnya.

"Ha jangan lewat sangat balik."kata papanya pula.

Dia kagum dengan Syafiq sekarang ni. Semenjak Dhia tinggal di rumahnya, Syafiq sudah jarang keluar lepak dan akan selalu ada di rumah.

SELAMANYA MENCINTAIMUWhere stories live. Discover now