BAB 9

5K 109 0
                                    

Cecair merah yang keluar dari kemaluannya dibersihkan. Sesekali Dhia mengerutkan wajah menahan sakit. Selesai mandi, dia berwudhuk dan menunaikan solat subuh.

"Abang, bangun solat subuh."ucap Dhia perlahan sambil tangannya memegang bahu Daniel.

Daniel yang merasa tidurnya terganggu lantas menepis tangan Dhia.

"Jangan kacau aku lah. Kau nak sembahyang pergi sembahyang sendiri. Kau tu perempuan kotor. Jijik aku dengan kau. Aku lelaki ke berapa yang tidur dengan kau?"tempik Daniel.

"Abang, kenapa tuduh Dhia sampai macam tu? Dhia tak pernah buat macam yang abang cakap tu. Fitnah ni bang."sangkal Dhia lagi.

Panggg!!

Daniel sudah tidak tertahan lagi dengan suara Dhia yang dianggapnya perempuan jalang. Cecair yang mengalir dari tepi bibir Dhia dibiarkan sahaja dan dia terus berlalu ke kamar mandi. Kata-kata Zarul malam tadi semasa di club kembali menerjah ruangan fikirannya.

"Amacam bini kau bro?first class tak layanan dia?"tanya Zarul tanpa rasa malu. Dibiarkan sahaja soalan itu. 

"Kesian kau, dapat sisa Dhia je."sambungnya lagi berharap Daniel panas hati.

"Apa maksud kau Zarul?"Daniel sudah mencengkam leher Zarul tapi dapat dileraikan oleh Syafiq dan Zafran, rakan clubbingnya.

"Dia pernah tidur dengan sepupu kawan aku. Tapi dah lama dulu lah. Biasa la perempuan kena ayat sikit, jadi la."sengaja Zarul menambah perisa untuk menyakitkan hati Daniel lagi. Sekurang-kurangnya dia puas kerana hasrat hati untuk membalas dendam kepada Dhia dan Daniel semakin berjaya.

Dhia hanya menangis dan bersiap untuk ke dapur untuk menyediakan sarapan. 


SELAMANYA MENCINTAIMUWhere stories live. Discover now