BAB 2

6.8K 141 0
                                    

Hampir 10 minit berjalan, Dhia dan Shima pun sampai di kelas. Hari ni, kelas pertama mereka adalah kelas English yang akan dikendalikan oleh Sir Nik. Sir Nik adalah kacukan England dan Melayu kalau korang nak tahu. Nama pon kacukan kan? Memang handsome la tapi sayang dah berumahtangga ya.

Sesampainya kami di pintu kelas terus Maya memanggil Dhia. "Dhia, sini!" sambil tangannya melambai ke arah Dhia dan Shima untuk duduk di kerusi sebelahnya. Malu Dhia depan kawan kelas yang lain. Mana taknya, hampir separuh kelas tu dia tak kenal siapa gerangannya. Setiap kelas mesti akan ada wajah-wajah baru dari segenap fakulti.

"Kau ni Maya, malu kitorang tau."bisik Shima kepada Maya. Maya hanya tersenyum dan dia akui memang sikapnya agak bersahaja tapi dia tidak berniat untuk memalukan mereka sebentar tadi. "Dah lama ke kau sampai?"tanya Dhia bersahaja. "Adalah dalam 10 minit. Bosan lah. Tak ada geng borak. Nasib korang muncul tadi."adu Maya.

Tiba-tiba, mata Dhia beralih ke pintu semula kerana terdengar bunyi bising gelak tawa dari sekumpulan jejaka. 'Oh tidak!Dia pon kelas ni juga ke?'berdebar jantungnya saat melihat jejaka idaman dalam diamnya melangkah masuk ke kelas. Ya, Daniel Irfan.kekasih dalam diamnya selama ini. 

Daniel yang mengenakan baju kemeja berwarn ungu menambahkan lagi kekacakannya pagi itu. 'Eyh, macam berjanji pulak dengan Dhia yang mengenakan baju berwarna ungu juga'.gumam Dhia dalam hati. Tanpa Dhia sedari, ada sepasang mata yang melihatnya. Siapa lagi kalau bukan Syed Zarul a.k.a playboy. 

"Hoi Dhia, apa tengok-tengok? Dia dah berpunya tau."kata Zarul sambil tangannya menunjuk ke arah Daniel Irfan. Daniel yang sedikit terkejut dek namanya disebut terus mencuri pandang ke arah Dhia dan melemparkan senyuman yang agak sinis di mata Dhia. Satu kelas mengambil peluang mentertawakan Dhia.

Hari pertama kuliah Dhia dirasakan sangat menyakitkan hati. 'Zarul memang tak guna.'getusnya di dalam hati.


SELAMANYA MENCINTAIMUWhere stories live. Discover now