BAB 2

18.6K 712 12
                                    


Harraz Aqeef hairan melihat bakal isterinya yang tiba-tiba saja terpelecok di tangga. Dia menoleh kembali kearah Encik Rahman yang duduk di hadapannya. Bakal bapa mertuanya itu akan menikahkan dia dan bakal isterinya itu dengan bersaksikan tok kadi dan beberapa orang saksi lain. Jantungnya berdegup laju. Tangannya mula sejuk. Gementar.

Manakala, Ainal yang sudah kemerahan wajahnya akibat malu terpelecok di tangga duduk di kusyen khas sambil menundukkan wajahnya. Dia jeling sedikit ke sebelahnya. Erni yang masih menutup mulut itu dicubitnya perlahan.

"Aww...sakit la...ish. Macam ketam tahu tak?" marah Erni dalam separa berbisik. Puan Julia yang duduk di belakangnya mencuit pinggangnya.

"Hehe. Aunty...ni haa Ainal ni. Kacau Erni..." adu Erni manja. Puan Julia tersenyum sambil mengusap lembut bahu Erni.

"Dah. Nak mula dah tu. Ainal, behave dan relaks tau." nasihat Puan Julia. Ainal tersenyum cuma dan mengangguk.

Jantung yang masih berdegup bagai nak gila membuatkan Ainal tertunduk. Tak mahu mengangkat wajahnya. Tangan Erni digenggamnya erat untuk mengambil sedikit kekuatan.

"Kita mulakan ya?" suara tok kadi menjernihkan suasana yang agak bising tadi. Keadaan menjadi senyap.

"Harraz Aqeef bin Azamuddin..." Encik Rahman bersuara. Tegas.

"Ya saya..."

"Aku nikahkan dikau dengan anak perempuanku, Ainal Sofiah binti Rahman, dengan mas kahwinnya, dua puluh ribu ringgit, tunai..." ijab telah diucapkan. Hanya tinggal lafaz kabulnya saja.

"Saya terima nikahnya, Ainal Sofiah binti Rahman dengan mas kahwinnnya, dua puluh ribu ringgit, tunai..." kabul dilafazkan Harraz lancar. Para saksi mengangguk-angguk dan mengesahkan ijab dan kabul itu.

Air mata Ainal tak semena-mena tumpah. Perasaannya bercampur baur. Puan Julia dipeluknya erat bersama Erni. Datin Zubaidah disalam dan dipeluknya juga. Harraz menghampiri Ainal yang bersimpuh di kusyen khas. Kotak cincin ditangannya.

Ainal masih menundukkan wajahnya tatkala Harraz menyarungkan cincin platinum pada jari runcingnya. Dup dap. Tangan Harraz dipakaikan jam tangan jenama Rolex lalu disalamnya. Dahi Ainal pula ditarik perlahan oleh Harraz dan dikucup lembut. Jantung Ainal terasa bagai nak tercabut. Dup dap. Laju gila. Sampai boleh jadi gila.

"Amboi...lamanya...sudah la...nanti sambung lagi ya..." usik Maksu Wana. Ainal sudah menarik senyum malu. Harraz pula berdehem kecil.

"Kak Ainal! Jom ambil gambar!" Hana menarik lengan Ainal yang terpinga-pinga setelah semua tetamu bersurai untuk menjamah makanan. Dia bangun.

"Ambil gambar? Ok. Jom! Hehe."

"Along, jom! Cepat!" lengan Harraz pula ditarik Hana. Muka Harraz dan Ainal berubah. Err...biar betul adik aku ni! desis hati Harraz. Hana menolak Harraz di sebelah Ainal. Masing-masing membatu. Tiada pergerakan mahupun perbualan.

Hana mula menfokuskan lensa kamera pada kedua-dua mempelai itu. Dia senyum jahat. Fikirannya sudah mula memetakan beberapa plan untuk mempelai itu.

"Rapat la lagi along! Jauh tu!"

Harraz mendengus.

"Kak Ainal, rapat sikit! Nanti gambar tak lawa!"

Ainal terpinga.

"Along peluklah pinggang Kak Ainal! Baru nampak sweet sikit! Cepat!"

Harraz dan Ainal pandang satu sama lain. Awkward moment.

"Err...Hana. Akak nak jumpa Kak Erni kejap ya. Ada hal. Nanti akak jumpa Hana balik. Kita sambung photoshoot tak berbayar ni.." ucap Ainal sambil tersengih. Hana mengangguk kecil. Dalam hatinya, dia sudah melompat kegembiraan kerana dapat menangkap gambar Ainal dan Harraz walaupun masing-masing agak kurang selesa.

"Along, cantiklah Kak Ainal ni. Comel je!" puji Hana sambil menatap wajah putih mulus Ainal dalam kameranya. Harraz mencebik.

"Biasa je..." ujar Harraz lalu keluar ke halaman belakang untuk melayan tetamu. Hana menjeling tak puas hati. Eleh, buta la tu. Sempat Hana mengutuk abangnya dalam hati.

---

Ainal bersandar keletihan pada sofa di ruang tamu rumah agam itu. Rumah agam yang kini menjadi rumah keduanya selepas rumah keluarganya sendiri. Dia melepaskan keluhan. Rindu sudah mula bertandang di hati tatkala wajah mama dan papanya berlegar di minda. Dia terpaksa duduk di sini untuk beberapa hari. Barulah dia tahu bahawa rumahnya dan rumah keluarga mertuanya jauh juga rupanya. Kalau jalan kaki, mahu makan tiga jam. Kalau naik kenderaan, mungkin tak sampai dua jam.

"Hai, kakak ipar!" tegur Hana, ceria. Ainal ketawa kecil mendengar gelaran barunya.

"Hai, adik ipar. Ni kenapa tak mandi ni? Tak berlengas ke badan?" Ainal bertanya seraya tangannya mengelus rambut Hana yang paras bahu itu. Cepat betul Hana ni buka tudung. Mentang-mentang semua tetamu dah balik. Panas la tu, tebak hati Ainal.

"Kejap lagi. Nak borak dengan akak dulu. Hehehe,"

"Eh. Macam tu pulak? Kelakar la Hana ni..." Ainal ketawa kecil.

Hana merapatkan badannya pada Ainal. Dia membuat signal supaya Ainal dekat padanya juga. Ainal yang masih berkerut dahinya menurutkan permintaan Hana itu.

"Kak...Hana harap akak boleh bersabar dengan perangai along tu..." Hana separa berbisik sambil matanya melilau ke kiri kanan. Takut-takut abangnya muncul secara mengejut.

"Bersabar kenapa? Along Hana tu harimau ke? Atau...mentadak?" tanya Ainal, masih dalam riak hairan.

"Haa, harimau tu lebih kurang la. Tapi, bukan calang-calang harimau, kak. Ni harimau tua yang selalu PMS," sejurus itu meledak tawa Ainal. Ketawa bagai nak gila. Sehinggakan air matanya turut mengalir. Terkelip-kelip matanya untuk menghilangkan air jernih itu. Hana sengih.

"Serious la? Teruk sangat ke sampai dapat gelaran macam tu?" Ainal bertanya setelah tawanya kembali reda dan normal. Hana mengangguk.

"Chill, kak. Apa-apa nanti, akak terus cakap dengan Hana. Don't worry, I'll help you" ujar Hana sambil mengulum senyum. Ainal hanya membalas 'okay' dengan menaikkan ibu jarinya keatas.

"Ainal, Hana, kenapa kamu berdua duduk kat sini? Tak mandi lagi ke? Pergi bersihkan diri cepat. Lepas tu, ambil wuduk, kita solat berjemaah kat surau kecil kita tu," Datin Zubaidah menegur anak dara dan menantunya sambil menggelengkan kepalanya beberapa kali. Matanya mengekor gerak-geri gadis berdua itu hingga lenyap tiada bayang. Dia tersenyum sendiri. Ainal...gadis itu cukup disukai dan disayanginya sedari dia mengenalinya.

Dia masih teringat wajah polos Ainal sewaktu dia bertandang ke rumah Puan Julia, untuk meminang Ainal. Ainal yang baru pulang dari sekolah tika itu, hanya melemparkan senyuman manis pada wanita itu. Datin Zubaidah amat menyenangi sikap peramah dan ceria Ainal. Tindakannya untuk menyatukan Harraz dan Ainal adalah tepat. Perjanjian yang dibuat antara dia dan Puan Julia sewaktu mereka muda dahulu untuk mengahwinkan anak mereka, akhirnya tercapai jua. Hubungan mereka bertambah erat kini setelah berpisah sekian lama.

----

Mr. Sour TalkerWhere stories live. Discover now