BAB 21

12.8K 531 2
                                    

Suasana di dalam kereta Harraz sunyi bak gua sejak mereka meninggalkan perkarangan One Utama. Ainal menopang dagunya sambil menatap pemandangan di luar tingkap kereta. Nampak dia macam relaks je tu. Padahal dalam kepala otak dia, pelbagai kemungkinan dipadankan dengan persoalan yang berlari di mindanya. Harraz jeling sekilas ke arah Ainal sebelum Ainal membalas juga.

Aik. Depa ni. Main jeling-jeling pulak.

Ingat sweet ke? [author]

"Haih..." sebuah keluhan dilepaskan Ainal jua. Dia melabuhkan kepalanya pada headrest. Dahinya diurut perlahan-lahan. Denyut doh.

Dalam hati kecilnya, mahu saja dia menyoal siapa gadis yang bernama 'Zirah' itu pada Harraz. Namun, memandangkan riak wajah Harraz seperti dingin, dia padamkan saja niatnya. Karang tercetus perang dunia yang keempat kang, dia juga yang tanggung. Bukan korang, pembaca! K. Ainal tak emo, okay. *flips hair*

"Am cakap apa?" soalan dari Harraz mematikan lamunan Ainal.

"Am? Tak ada apa." Ainal mengerutkan dahinya tanda kurang faham dengan soalan Harraz. Tak faham dengan struktur soalan tu sebenarnya.

"Tak ada apa?"

"Err--yelah. Just tanya nama saya." Ainal memandang Harraz, hairan.

"Ingat syarat yang aku pernah kata dulu. Tak ada sesiapa pun selain keluarga kita dan Erni, yang boleh tahu pasal kita dah kahwin. Faham?" mendatar saja suara Harraz menyapa cuping telinga Ainal.

Oh. Syarat-syarat tu. Mestilah sentiasa aku ingat. Getus hati Ainal.

"Faham..." jawab Ainal perlahan. Lantas, dia membuang pandangannya ke luar tingkap.

Nak tenangkan hati yang tersayu tanpa sengaja ni kejap.

----

Hari yang sungguh mendebarkan bagi semua pelajar tingkatan lima di seluruh Malaysia telah pun tiba. SPM gais. Mari berhuhuhu berjemaah.

Ainal mengunyah perlahan roti berinti sardin yang dibuatnya sambil membelek-belek nota gurunya secara 'sekali lalu'. Tipikal pelajar Malaysia. Hari yang nak exam itulah, hari ulangkaji se-Malaysia.

Sila perasankan perlian aku tu. [author]

"Kau dah study kan?" soal Harraz setelah tiba di ruang tamu. Dia yang pada asalnya baru selesai bersarapan di ruang makan hairan apabila Ainal tiba di meja dan mengambil beberapa roti sardin lalu berlalu dari situ.

"Hmm. Dah." Ainal menjawab tanpa menoleh ke arah Harraz.

"So, apa yang kau nak baca lagi tu?"

Ainal hanya membisu. Tumpuannya pada kertas yang dipegangnya.

"Kau baca pagi ni pun, takkan lekat dalam otaklah." sejurus itu, Harraz merampas kertas yang dipegang Ainal lalu dibawanya lari.

"Harraz! Bak lah kertas tu! Hei!" Ainal bingkas bangun dan berlari ke luar rumah, mengejar Harraz. Roti sardin diketap giginya manakala, tangan kirinya mengangkat sedikit kain sekolahnya yang labuh. Pasangan itu berlari di sekeliling kereta Harraz untuk beberapa minit sebelum akhirnya Ainal mengalah.

"Haih. Letih ah." Ainal terduduk di depan pintu utama rumah sambil menghabiskan kunyahan roti sardinnya. Harraz pula bersandar pada tepi kereta sambil tersenyum sinis.

"Tak senonohnya kau. Anak dara lari dengan roti sardin kat mulut."

Ainal menjeling geram.

"Semua sebab awak. Suka hati je nak rampas nota saya. Lagi tak senonoh." Ainal mengerling sekilas jam tangannya.

7.20 pagi.

"What?!! Oh my SPM! Aku dah lambat!" membuntang mata Ainal. Terkejut nak mampus. Laju saja tangannya mencapai kasut sekolah di rak kasut. Nasib baik dia dah pakai stokin. Cuma hanya nak sarung kasut je.

Harraz juga turut kalut tatkala melihat keadaan Ainal. Pantas dia menerobos ke dalam kereta lalu menghidupkan enjin. Tidak lama selepas itu, kereta Harraz meninggalkan kawasan perumahan mereka dengan bebelan Ainal.

Dan, Harraz macam biasa.

Dia hanya jawab, "Diamlah,".

----

"Tak payah buat muka Mak Bedah tu. Dah sampai dah pun ni haa." ujar Harraz sambil menarik brek tangan. Ainal membuka tali pinggang keledar dengan hati yang berasap. Dia dah lambat masuk ke dalam dewan untuk baca doa.

Semua sebab suami dia.

Harraz!

"Bukalah lock pintu ni." pinta Ainal. Masih geram tau.

"Tak nak."

"Bukalah."

"Tak nak."

"Harraz! Tak payah buat hal boleh? Saya dah lambat ni, tahu tak?" ucap Ainal, geram. Dia menjeling tajam.

"Jeling-jeling apa? Cantik sangat ke mata tu?"

Ainal memejamkan matanya.

"Saya dah tak jeling! Haa. Cepatlah buka lock ni!" desak Ainal.

"Ni, tangan aku ni. Kau tak nak salam ke? Aku ni suami kau tau. Kau jangan lupa pulak. Redha kau--" bebelan Harraz terhenti tatkala tangan mulus Ainal menarik tangan Harraz lalu diciumnya lembut.

"Maafkan saya dan doakan saya boleh jawab dengan tenang dan baik ya?" ucap Ainal sopan. Dia mendongak memandang mata Harraz.

Tangan mereka masih dalam keadaan bersalaman. Pandangan mata mereka bertaut. Harraz mengangguk perlahan.

"Terima kasih." Ainal tersenyum manis dan mula berpaling ke pintu di kanannya. Lock kereta telah dibuka Harraz.

"Ainal,"

"Ya?" Ainal berpaling ke arah Harraz.

"Do the best."

"In shaa Allah---"

Chup!

Dan, paluan degupan jantung berirama tanpa dipinta di dalam hati. Menggetarkan setiap rasa yang diperlukan dalam babak cinta.



Mr. Sour TalkerWhere stories live. Discover now