BAB 18

14.1K 525 4
                                    

"Assalamualaikum! Mama, papa! I'm home!" Ainal menjerit di depan pintu rumah mamanya. Dia tersenyum bahagia.

"Woi, tak payah jerit. Malu je jiran tengok. Tekan jelah loceng tu," bebel Harraz, geram. Naik pecah gegendang telinganya tatkala Ainal memekik di sebelahnya. Ainal mencebik.

Bahunya ditolak Harraz ke arah loceng rumah teres mamanya itu. Belum sempat jari telunjuknya sampai ke punat loceng, pintu rumah itu terkuak dari dalam. Terjengul wajah bersih Puan Julia.

"Waalaikumussalam. Ainal! Harraz!  Ya Allah, baru je papa cakap nak jumpa korang berdua. Panjang umur. Abang, meh sini. Anak dan menantu kita datang ni!" Puan Julia merangkul tubuh Ainal ke dalam pelukan eratnya. Tidak semena-mena gadis itu mengalirkan air matanya. Rindu yang bercambah dalam hati kian menghilang.

"Eh? Janganlah nangis. Nanti mama nangislah sayang. Dah, jom masuk. Harraz, meh masuk ya." ujar Puan Julia sambil menyambut salam menantunya.

Mereka ke sofa diiringi dengan Puan Julia. Encik Rahman yang baru sahaja turun ke tingkat bawah terus menerpa Harraz lalu bersalaman dengannya.

"Duduk dulu ya semua? Mama buat air kejap. And, Ainal. You too. Duduk sini," Puan Julia menggoyangkan jari telunjuknya ke kiri kanan sambil memandang anak gadisnya yang sudah mula mengangkat punggung. Kakinya pantas mengatur langkah ke dapur.

"Papa sihat?" Harraz membuka bicara.

"Alhamdulillah, Raz. Macam ni jelah hendaknya. Hmm. Dah alang-alang kamu berdua dah ada ni. Eloklah papa bagitahu," jawab Encik Rahman mesra.

Ainal dan Harraz saling berpandangan. Wajah mereka jelas dengan kerutan yang terbentuk di dahi.

"Bagitahu apa papa?" Harraz menfokuskan matanya pada Encik Rahman.

"Lagi dua minggu, papa dengan mama nak pergi umrah." ucap Encik Rahman. Ainal tersenyum lebar.

"Yeke, pa? Wah! Bestnya! Ainal nak ikut!" Ainal bersorak riang.

"Mana boleh sayang. Ainal kan tengah SPM waktu tu," Puan Julia mencelah sambil menatang dulang yang terisi jus oren dan tiga potong kek blueberry cheese kegemaran anaknya.

"Alaaa. SPM boleh repeat kan? Ainal nak ikut mama dengan papa," Ainal memuncungkan bibir tanda protes. Dia berpeluk tubuh.

Puan Julia tersenyum melihat tingkah anaknya. Ainal memang lebih manja dengannya. Manja tak manja, kadang-kadang keras kepala.

"Tak boleh, Ainal. Umrah pun Ainal boleh buat repeat. Siap boleh buat banyak kali pulak tu. SPM tu penting. Tak payahlah repeat ya?" Encik Rahman memujuk. Ainal hanya menundukkan kepalanya.

"Sayang, jangan macam ni. Sayang kan SPM minggu depan. Umrah tu sayang boleh buat bila-bila je kan? Nanti abang bawa sayang buat umrah eh? Kalau nak ajak mama, papa, daddy dengan ummi sekalipun, abang tak kisah. Okay sayang?" Harraz mencuba nasib pula setelah melabuhkan punggungnya di sebelah isterinya. Jatuh kasihan pula dia melihat wajah keruh gadis itu.

"Hmm, yelah. But, make sure. Papa dengan mama balik cepat tau! Nanti Ainal rindu," Ainal memandang tepat ke arah wajah mama dan papanya. Kedua-dua orang tua itu hanya mengangguk bersama senyuman di bibir.

"Yelah, princess mama ni. Mama janji. Ni, rasa kek favourite Ainal ni. Mama buat special tau," Puan Julia menyuakan piring yang diisi sepotong kek blueberry cheese kepada Ainal dan Harraz.

"Hmm! Sedapnya! Rindu kek mama ni tau!" gumam Ainal sambil melelapkan matanya cuba merasai kelembapan kek itu di dalam mulutnya.

"Kalau nak lagi, ada tu haa kat dapur. Bawa baliklah nanti ke rumah kamu berdua," Puan Julia ketawa kecil melihat kesungguhan Ainal menikmati kek kegemarannya. Sesekali bibir gadis itu, dikesat jarinya dek kerana comot. Encik Rahman pula terkadang ketawa sambil bercerita itu ini tentang kenangan keluarga mereka.

Mr. Sour TalkerWhere stories live. Discover now