BAB 19

14.4K 542 10
                                    


Ainal menapak masuk ke dalam biliknya setelah jam menunjukkan angka sebelas selama dia berada di bilik bacaan bersama Puan Julia. Kelihatan Harraz sedang fokus dengan telefon pintarnya. Ainal berjalan ke arah meja belajarnya dan mengeluarkan beberapa buah buku untuk mengulangkaji pelajaran.

"Lambat kau masuk bilik?" Harraz membuka bicara.

"Pillow talk dengan mama kejap," Ainal menjawab tanpa memandang ke arah Harraz.

Fon kepala dipakai dan IPod Nano Ainal mula memutarkan lagu kegemarannya. Buku rujukan Bahasa Melayu diselak sebelum Ainal mula membuat latihan di dalamnya dengan fokus.

Harraz hanya memerhati dari atas katil. Macam tak nak bercakap dengan aku je lagaknya. Headphone terus dia pakai. Kalau earphone tu, boleh terima lagi.

Hampir dua jam Ainal statik di meja belajar mengadap buku-buku rujukan Bahasa Melayu yang berselerakan atas meja. Fon kepala disangkutkan pada leher. Lagu dihentikan dari terus berputar. Ainal meregangkan otot bahu dan kepalanya yang terasa sengal sedikit sebelum dia berpaling ke arah Harraz. Harraz tiada di katil.

"Eh. Mana pulak dia pergi? Sleepwalking ke?" Ainal menggumam sendiri.

Pintu bilik terkuak perlahan. Terjengul kelibat Harraz yang sedang membawa mug yang terisi hot chocolate. Setelah pintu ditutup, Harraz menuju ke meja belajar Ainal sambil menghirup air kegemarannya.

"Bersepahnya meja kau? Kau belajar ke tsunami ni?" perli Harraz. Ainal mencebik.

"Jangan nak perli cara saya belajar eh. Memang macam ni pun jadinya. Sebab tu saya tak nak share bilik dengan awak kat rumah. Nanti meja kerja awak pulak yang bersepah. Tu baru sikit je tu. Belum tambah lagi saya revise subjek Bio, Kimia apa semua jadah tu," Ainal membebel panjang.

Harraz meletakkan mug putih yang dipegangnya sedari tadi, di atas meja belajar Ainal. Dia berpaling mengadap gadis molek itu.

"Kau masih nak cakap pasal hal tu lagi? Nak condemn?" Harraz berpeluk tubuh.

"Saya cakap je. Janganlah fikir lain," ujar Ainal. Wajah serius Harraz menikam matanya. Dia menelan air liurnya yang terasa payau di tekak.

"Bagus. Dah, pergi tidur," arah Harraz, tegas.

"Tak apalah. Awak pergilah tidur dulu. Saya nak sambung study ni," belum sempat Ainal kembali ke meja belajarnya, tangannya pantas ditarik Harraz dan dibawa ke katil.

"Eh, awak. Kenapa ni? Lepaslah," Ainal cuba meleraikan pegangan tangan Harraz yang sangat erat namun, gagal. Harraz semakin mengeratkan lagi pegangan tangannya.

"Pergi tidur. Tak elok tidur lambat. Mati cepat," Harraz mula menghenyakkan badannya di atas katil. Ainal masih tercegat di tepi katil.

"Kalau saya mati cepat pun, lagilah awak bahagia, kan? Jadi duda muda yang hot dan handsome," Ainal menjulingkan matanya tanda menyampah apabila melihat Harraz senyum dengan riaknya.

"Dah lah, naik atas katil ni cepat. Kalau tak......" Harraz meleretkan perkataan di hujung ayatnya.

"Kalau tak apa?"

"Kalau tak nak benda bawah katil yang muka berkedut, rambut panjang mengurai, muka pucat, tarik kaki kau," membulat mata Ainal. Laju dia melompat ke atas katil.

"Awak ni! Tak payah cakap pasal benda tu boleh tak?! Dah pukul 1 pagi tahu tak?!" lengan Harraz menjadi mangsa pukulan Ainal.

"Aik? Takut ke? Bukan kau berani ke?"

"Ma--mana ada takut! Saya cuma nak ingatkan je. Benda macam tu jangan nak buat main. Betul-betul datang kang. Naya je," ujar Ainal sambil menarik selimut ke paras dada. Selimut kelabu itu lebih menutupi tubuh Ainal berbanding Harraz.

Mr. Sour TalkerWhere stories live. Discover now