BAB 4

16K 602 0
                                    


Harraz menapak masuk ke dalam biliknya. Matanya menangkap sesusuk tubuh yang sedang duduk di birai katilnya. Dia meletakkan mug yang terisi hot chocolate di kabinet kecil tepi katilnya. Kakinya dihayun ke depan tubuh yang membelakanginya itu.

"Kau nak tidur ke nak duduk termenung?" Harraz mencekak pinggang. Matanya menikam mata hazel Ainal.

Oh. Nak guna kau-aku. Eleh. Tadi gedik sangat panggil aku sayang. Hish. Serabut je mamat ni. Ainal mengutuk suaminya dalam hati.

"Err..."

"Dah la. Tepi. Aku nak tidur" ucap Harraz kasar. Ainal bingkas bangun dan memerhati gerak-geri Harraz yang baru saja menghenyakkan badan sasanya diatas katil.

"Kau tengok apa?"

"Err. Bila masa saya tengok awak? Saya tengok dinding tu," jawab Ainal dengan wajahnya yang naif itu. Harraz jeling lalu mencapai IPhone 6 miliknya dan mula membuka aplikasi laman sosialnya.

Ainal menguap kecil. Kakinya sudah terasa mahu patah saja kerana berdiri dari tadi. Hish. Mamat ni tadi cakap nak tidur, tapi last-last dok godek handphone. Saja ja! Nampak sangat dengki dengan aku.

"Ainal..."

"Ainal..."

"Ainal Sofiah!" seru Harraz keras. Geram betul dia apabila seruannya tak disahut Ainal. Ainal terkujat. Dia mengelamun terlalu jauh sehinggakan Harraz panggil pun dia tak dengar.

"Yy-ya..."

"Huh. Pekak ke?" perlian Harraz disambut dengan jelingan Ainal.

"Ni aku nak bincang sikit dengan kau," kata Harraz setelah meletakkan handphonenya diatas kabinet kecil lalu berpeluk tubuh. Dia menyandarkan tubuhnya pada kepala katil.

"Bincang apa?"

"Pasal kita," Harraz menjawab ringkas. Ainal mula hairan. Apa la mamat ni nak bincang sangat? Haaaaa! Aku dah tahu sangat apa dia nak. Mesti dia nak buat peraturan dalam kahwin macam dalam drama Melayu TV3 tu. Lepas tu, salah seorang langgar, ada denda. Lepas tu, masing-masing jatuh cinta. Happy ending. Ceh. Pengaruh drama betul kau ni, Ainal.

"Awak mesti nak buat some nonsense rules kan?" Ainal buat muka bosan.

"Well said. Macam dalam drama TV3 yang kau fikirkan tu. Haa, aku nak buat macam tu la," Harraz berkata dengan wajah seriusnya. Ainal melopong. Dia boleh baca fikiran aku? Uish. Bahaya. Sumpah bahaya.

"Awak nak buat apa?" tanya Ainal.

"Aku tak nak sesiapa tahu pasal perkahwinan kita. Kecuali kawan baik kau tu, dia terselamat sebab dia datang majlis tadi. But, make sure, she'll zip out her mouth or else I'll kill you. Kalau ada orang selain dia tahu, kau tahu la nasib kau," Harraz bersuara tegas. Dia memandang tepat wajah polos Ainal.

"Next, aku nak kau jaga hal kau. Aku jaga hal aku. Tak payah nak sibuk hal aku ke apa. Ni life aku. So, let me get through it. Faham?" Ainal mengangguk.

"Last but not least, aku nak kau buat-buat tak kenal aku kalau kau terjumpa aku kat mana-mana. Jangan pandai-pandai nak tegur. Kau tegur, kau siap." Harraz berkata seraya berdiri dan matanya menangkap wajah pelik Ainal.

"Kat mana-mana, tu mana?"

"Mana-mana jelah. Selain rumah kau dan rumah ni,"

"Oh, okay. Tapi, kenapa?" Ainal bertanya lagi sambil menaikkan kening kirinya.

"Hish! Banyak soal la kau ni. Buat jelah. Tak payah banyak tanya, boleh tak? Semak tau semak!" marah Harraz.

Terkebil-kebil mata Ainal memandang wajah merah Harraz yang baran itu. Dia tak sangka lelaki itu panas baran. Kakinya mengundur setapak ke belakang. Geram. Suka-suki mamat ni je nak marah aku. Aku tanya pun tak boleh ke?! Kau tak tengok lagi baran aku macam mana pulak, Encik Harraz Aqeef.

Ainal menjeling tajam.

"Hei, ingat saya nak tanya sangat ke kat awak? Karang saya buat silap, saya jugak yang kena. Sebab tu la, saya tanya. Semak jadah apa?!" Ainal berkata dengan riak masam mencuka.

Harraz terkejut dengan reaksi isterinya. Dia benar-benar tak sangka gadis itu berani membidas katanya. Ainal merupakan manusia pertama yang mampu membalas kata-kata kasarnya.

"Apesal? Awak terkejut ke? Terkejut sebab saya boleh balas cakap awak tu?" Ainal senyum sinis.

"Hei! Kau tak kenal aku siapa lagi, Ainal. Kau jangan gembira sangat dapat kenakan aku,"

"Dan, awak pun tak kenal saya. So, jangan nak kerek sangat dengan saya. Muka dah handsome tapi perangai...haih. Whatever la" kata Ainal. Dia sudah malas nak mengadap muka Harraz yang memandangnya tajam sedari tadi lagi. Ainal melabuhkan punggungnya di sofa yang terletak di sudut bilik itu.

Harraz terkedu sesaat. Dia meneguk hot chocolate kasar. Geram menebal di hatinya. Usai menggosok gigi, dia kembali memanjat katilnya untuk beradu. Matanya sempat menjeling kearah Ainal yang leka bermain handphone dengan tudung yang masih belum dibuka sedari makan malam tadi. Lampu tidur di kabinet kecil tepi katil itu dihidupkan suisnya. Tidur lagi bagus.

Ainal menarik fon telinga yang melekat di telinganya dan mencuri lihat Harraz. Tidur dah ke? Dia bangun dan berjalan ke katil bersaiz king itu. Nama je katil bersaiz king tapi king kong yang tidur atas ni, conquer lebih-lebih pulak. Macam aku hadap sangat katil ni. Walaupun aku memang hadap pun sebenarnya.

Alaa! Macam mana ni? Nak naik ke tak? Karang naik, mahunya dia buat atau terbuat benda lain, aku jugak susah. Karang aku tidur atas sofa, tak pasal-pasal aku kena angkut pagi nanti. Ceh, perasan. Kalau bukan angkut yang tu pun, mana tahu air liur basi aku melekat atas sofa tu, macam mana? Tak ke naya tu. Ainal menggerutu sendirian. Dia mundar mandir dalam bilik itu.

Ainal tersenyum sendiri setelah idea datang menggolek dalam otaknya. Sesuatu yang lain daripada yang lain bakal dibuatnya pada malam pertama. Dia mencapai bantal di atas katil. Time to sleep!

Harap-harap, aku tidur lena, gumam Ainal.

---

Mr. Sour TalkerWhere stories live. Discover now