BAB 35

15.7K 428 17
                                    

Ainal meliarkan matanya ke seluruh pelosok restoran itu. Sesekali dia mengerling jam tangannya. Sudah masuk setengah jam, dia menunggu kedatangan Erni dan seseorang. Seseorang yang dia pun tak tahu siapa. Erni kata seseorang itu istimewa dan teringin benar mahu bertemu dengan Ainal. Itu sangat mendebarkan hati Ainal.

Entah siapa-siapalah yang nak jumpa dengan dia.

Gelas yang berisi jus tembikai disedut perlahan. Dah tinggal suku dah ni. Mahu kembung perut aku nanti. Gumam Ainal dalam hati.

Kelibat yang ditunggu-tunggu telah pun tiba. Dari pintu masuk lagi, Erni melambai penuh semangat pada Ainal. Ainal balas dengan senyuman. Matanya menangkap susuk tubuh seorang gadis di belakang Erni. Dan, mereka menuju ke meja Ainal.

Gadis itu mengenakan kaca mata hitam berserta jaket kulit labuh. Nampak macam misteri je. Fuh. Tapi, dari segi penampilannya, memang cun.

"Lama ke tunggu?" Erni bertanya seraya bersalaman dan berpelukan seketika dengan Ainal. Ainal menyiku perut Erni.

"Lamalah, mak cik! Kau kata nak sampai on time pukul 12. Last-last, 12.40 tengah hari kau sampai. Janji Erni betul!" bebelan Ainal disambut dengan tawa Erni. Gadis yang berdiri di sebelahnya hanya tersenyum kecil. Ainal menghulurkan tangan padanya.

"Hai..?" sapa Ainal, sopan. Gadis itu menundukkan badannya lalu mencapai tangan Ainal. Tangan kirinya pantas membuka kaca mata hitamnya.

"Recognize me now?"

Terbuntang luas mata Ainal. Tangannya terlepas dari genggaman gadis itu. Dia menekup mulutnya. Benar-benar terkejut dengan apa yang dilihatnya.

"Ainal, aku..."

Serta-merta, tubuh gadis itu dirangkul ke dalam pelukan Ainal. Kolam air matanya terasa panas dan perlahan-lahan air jernih itu berlari di pipi. Tubuh belakang gadis itu diusap Ainal, lembut.

"Ya Allah, Rania. Alhamdulillah." ucap Ainal dalam nada suaranya yang terketar-ketar.

"Alhamdulillah." Rania tersenyum manis. Air mata Ainal diseka perlahan. Sungguh dia terharu dengan reaksi gadis itu. Dia fikirkan gadis itu bakal menjadi sinis dengan perubahannnya seperti kawan-kawannya yang lain. Hakikatnya, tidak sama sekali. Ainal gembira pula dengan perubahannya malah, berpakej tangisan terharu lagi tu.

"Betul ke ni Rania?" Ainal memegang bahu Rania. Rania mengangguk kecil.

"Ya. Aku Puteri Rania, kawan err-- classmate kau dulu."

"Ran, Ainal, duduk jom. Aku haus ni." Erni mencelah sambil tersengih.

Ainal mengecilkan matanya memandang Erni yang menganggu sesi jejak kawan antara dia dan Rania. Rania tersenyum simpul.

"Kacau mood lah, Erni ni." ucap Rania. Meletus tawa mereka bertiga. Setelah memesan makanan dan minuman, mereka kembali berbual tentang diri masing-masing. Erni lah yang paling bersemangat bercerita mengenai pengalaman dia bekerja di restoran makanan segera. Itu ini sampailah pesanan tiba. Mereka membaca doa makan dan memulakan suapan pertama.

"Aku happy sangat-sangat untuk kau, Rania. Tak sangka." ujar Ainal seraya menyedut sedikit air jus epalnya.

"Alhamdulillah. Aku pun tak sangka. Allah dah bukakan pintu hati aku untuk berubah. Seluruh keluarga aku terima dan sokong perubahan aku ni. Aku bersyukur sangat-sangat."

"Alhamdulillah. Baguslah macam tu. Aku harap kau istiqamah dan terus timba ilmu dengan lebih lagi lepas ni."

"Tapi..." riak wajah Rania bertukar muram. Sudu dan garpu diletakkan perlahan di atas pinggan. Dia menundukkan kepalanya.

Mr. Sour TalkerWhere stories live. Discover now