BAB 11

14.9K 605 4
                                    

Everybody wanna steal my girl,
Everybody wanna take her heart away,
Couple billion in this whole wide world,
Find another one cause she belongs to me.

Ainal menggumam kecil tatkala telinganya menangkap butiran lagu Barat itu. Keningnya bertaut hairan. Sejak bilalah aku tukar ringtone untuk jam handphone aku ni? Dah tu, lagu abang-abang kacak pula tu. Haish.

Belum sempat tangan Ainal meraba-raba tepi katilnya, katilnya berombak bagai ada orang lain di atas katil itu. Deringan jam loceng itu dimatikan serta-merta tanpa Ainal minta. Ainal gelabah. Siapa yang matikan jam tu?

Perlahan-lahan mata hazelnya dicelikkan. Wajahnya ditelengkan ke kirinya dan pada saat itulah matanya membesar memandang wajah lena Harraz.

"Aaaarrrrggghhhh!!!"

Jeritan daripada mulut Ainal menyentakkan lena Harraz. Ah. Kacau daunlah budak ni.

"Woi, kau ni apahal menjerit pagi-pagi buta ni? Bising tahu tak?!" Harraz menjeling tajam.

"Awak! Macam mana saya boleh tidur dengan awak ni? Kenapa saya boleh ada dalam bilik...bilik awak ni? Awak ada buat apa-apa pada saya ke?" Bertalu-talu soalan dimuntahkan Ainal kepada Harraz. Dia panik. Takut-takut benda yang tak sepatutnya berlaku padanya. Harraz ni bukan boleh dijangka.

"Kau gelabah sangat apasal? Kau yang datang sini malam tadi siap tidur lagi tu, pastu bangun pagi nak histeria macam aku 'makan' kau je. Serabut," Harraz kembali melelapkan matanya.

Ainal meraba-raba badannya. Alhamdulillah. Masih berpakaian! Otaknya ligat berputar kejadian malam tadi. Ya! Aku datang sini nak ajak dia makan lepas tu, aku tunggu dia. Tunggu dia sampai....tertidur?

Aku tertidur! Tertidur atas lantai. Tapi, macam mana pula aku ada atas katil ni? Ainal menongkat dagunya.

"Awak! Macam mana saya boleh ada atas katil ni? Siapa yang angkat saya naik atas katil?" Ainal menggoncangkan badan Harraz supaya menjawab soalannya.

Harraz mendengus.

"Haish. Kau ni bising tahu tak?! Aku nak tidur pun tak senang. Pandai-pandailah kau fikir siapa. Yang penting bukan aku!" jawab Harraz, kasar. Sejurus itu, dia mencapai tuala dan mula melangkah ke arah bilik air. Dia menjeling ke arah Ainal yang termangu seketika bersama kerutan di dahi di atas katilnya.

"Kau buat apa lagi tu? Pergilah mandi. Hari ini kau sekolah!" Harraz menegur, tegas.

Ainal cepat-cepat turun dari katil dan berlalu ke biliknya. Gelabah.

Kalau ya pun, janganlah marah. Cuba cakap elok-elok sikit. Barulah aku rasa bersemangat nak pergi sekolah. Ni tak, hari-hari asyik mengadap muka harimau dia tu je. Haish. Bengkak hati aku ni tau. Nasib baik aku ni mewarisi sifat mama. Penyabar. Bebel Ainal dalam hati.

-----

Seluruh pelajar tingkatan lima diarahkan untuk menyusun meja dan kerusi di dewan dan menampal slip nama dan angka giliran pada setiap meja yang bakal digunakan sewaktu peperiksaan SPM. Tidak ketinggalan juga Ainal dan Erni. Masing-masing sibuk bergotong-royong membersihkan kelas dan membantu guru kelas mereka menampal slip nama.

Letih yang amat dirasakan oleh mereka. Disuruh angkat meja la, kerusi la dan banyak lagi. Hasilnya, mereka duduk di depan kelas, keletihan.

"Penat gila hari ni! Nasib baiklah jumaat esok pengetua bagi cuti," keluh Erni. Air botol mineral diteguknya rakus. Haus betul nampaknya.

Ainal menelan liurnya melihat keasyikan Erni minum air. Tekaknya kering kontang dan bertambah terseksa saat terlihat Erni selamba badak je minum depan dia. Aku dahlah tengah haus nak mati ni!

Mr. Sour TalkerWhere stories live. Discover now