BAB 41

13K 429 40
                                    

Tamat sahaja kelas pagi yang sangat mengantuk itu, Harraz menapak keluar. Dia bercadang ingin menjenguk isterinya di pejabat. Alang-alang tu, bolehlah mereka pergi lunch bersama. Harraz tersenyum sendirian. Gaya dah macam orang tak siuman je. Angau betul!

Angan-angannya terganggu apabila kemunculan deringan telefon pintarnya. Harraz berdecit geram. Kacau daunlah! "Hmm... hello?"

"Ehem...miss me?"

Harraz menaikkan keningnya. Alah, macam si pemanggil tu boleh nampak! "Siapa ni?"

"Dah tak kenal suara dah?"

"Sebab tak kenal lah aku tanya. Kau siapa?"

Si pemanggil tergelak besar. Harraz mula menyampah. Rasa macam nak hempuk je kepala orang tu. Tapi, gelak tu... macam pernah dengar.

"Bongok punya kembar! Akulah, Haniz Aqira! Kakak atau adik kau."

Harraz melongo. Omg! My twin! Dia juga turut tergelak mengenangkan betapa bodohnya dia sebab tak kenal suara kembar sendiri. Such a shame. "Lah, Nizy! What's up, twin?"

"I'm doing well. Eh, apahal pulak Raz tak ingat Niz ni, hah? Kecewa tau hati ni."

"Alah, sorrylah. Niz ni pun satu. Yang call pakai nombor abroad, kenapa? Nak prank oranglah tu!"

"He he he. As usual. So, where you at?"

Harraz tersenyum sumbing. "Dalam hidung Niz."

"Oh, patutlah hidung ni tersumbat. Ada hingus yang warna hijau tu rupanya."

"Sengal punya kembar! Hahaha!"

Harraz menerobos ke dalam perut kereta. Enjin dihidupkan. "Hmm... Nizy tak ada class ke?"

"Guess what?"

"What?"

"I'm back!!! Woohoo!!!" Haniz memekik di corong telefon. Mahu lunyai gegendang telinga Harraz. Harraz pun turut menjerit kegembiraan. Setelah sekian lama dia dan kembarnya itu terpisah (cewah), akhirnya mereka dapat bersua juga.

"Nizy kat airportlah ni?" Harraz tak henti tersenyum. Happy!

"Yup. Fetch me, pleaseee?"

"Malaslah. Jalan kakilah sendiri." usik Harraz. Haniz berdecit.

"Tak sayang kakak sendiri ke?"

"Hey, I am the oldest one eh."

Haniz mencebik. "Eleh, beza enam saat je."

"Still. Okaylah, I'm on my way. Dah sampai nanti, Raz call. Alright, sweetie Nizy?"

"Yeah, right. Make it fast. I miss you ni. And- don't tell ummi and daddy, okay! Niz nak buat surprise."

Harraz menggelengkan kepalanya. Tak habis-habis tersenyum je mamat ni. Suka betul dia. "As you wish, dear."

-----

Ainal menghenyakkan tubuhnya ke sofa di bilik pejabat Dato' Azamuddin. Kepalanya terasa pening sebab terlalu lama menatap wajah komputer. Ceh, wajah. Dia memicit-micit dahinya. Ah! Pening. Dato' Azamuddin masuk ke dalam ruangan itu. Risau pula dia melihat keadaan menantunya itu. Dia duduk di sofa hadapan Ainal.

"Ainal okay?" Soal Dato' Azamuddin. Wajah tuanya jelas terpamer riak khuatir.

Ainal tersenyum kecil. "Okay je, daddy."

Mr. Sour TalkerWhere stories live. Discover now