BAB 60

19.4K 493 244
                                    

"Ainal balik rumah ummi tau." Haniz memberitahu setelah keretanya meluncur di atas jalan raya. Ainal di sebelahnya dikerling sekilas. "Rumah ummi?" Tanya Ainal untuk kepastian. Haniz mengangguk.

Selepas empat hari dimasukkan ke hospital, Ainal sudah boleh pulang hari ini. Dia fikirkan Harraz akan menjemputnya pulang. Namun, harapannya meleset apabila Haniz yang tiba di muka pintu wad tadi. Nampaknya Datin Zubaidah memang berkeras dengan keputusannya. Tapi, takkan Harraz tak ada usaha nak berjumpa dengannya? Soalan itu bermain di dalam kepalanya.

"Ainal tak suka ke?" Terhenti lamunan Ainal. Dia pandang Haniz yang sedang fokus memandu. "Eh, tak adalah. Ainal tanya je."

Haniz menghela nafasnya perlahan. "Akak tahu Ainal mesti tengah fikirkan pasal Harraz kan?"

"Ainal dah tahu siapa Zirah tu. Dialah bekas kekasih Harraz. Ainal tahu." Suara Ainal bertukar sayu. Hatinya kembali sakit mengenangkan kejadian pada majlis resepsinya.

"Ainal... akak minta maaf. Kalau akak beritahu Ainal awal-awal, mesti benda ni takkan terjadi kan? Akak—"

"Bukan salah akak. Ainal yang tak tanya semuanya pada Harraz. Sebab Ainal tak nak Harraz marah. Ainal..." tak nak benda lama terulang lagi.

Tangan Ainal yang berada di ribanya, digenggam Haniz untuk menyalurkan kekuatan. "Jangan fikirkan hal ni lagi ya? Akak tak nak Ainal stress. Ainal kena fokus pada baby Ainal. Ainal jangan sedih-sedih lagi okay? Kami akan sentiasa ada untuk Ainal."

Ainal tersenyum. Dia bersyukur kerana masih mempunyai keluarga mertua yang menyayanginya seperti arwah mama dan papanya. Terubat rindunya pada kedua-dua arwah itu. "Terima kasih, kak."

————————

"You fikirkan apa? Ainal?" Soal Zirah seraya berpeluk tubuh di atas sofa. Sedari Harraz tiba di rumah apartmentnya, lelaki itu hanya senyap saja. Apa dia cakap, langsung tak dibalas. Menyampah!

Harraz yang berdiri di balkoni terus menoleh. Nama yang disebut Zirah itu sedikit sebanyak mengusik tangkai hatinya. Rasa bersalah dan rindu bercampur. Tapi, dia tahu dia harus meneruskan agenda ini. Rancangan tidak boleh dibatalkan begitu saja. Ini untuk kebaikan semua.

Harraz masuk ke dalam lalu melabuhkan punggungnya di atas sofa yang sama dengan Zirah. "Kalau betul pun, kenapa?"

Zirah mengherot bibirnya. "You tak payah nak sakitkan hati I, Harraz. You tak cintakan dia pun so tak payah menipu."

"Right now... we have to focus on our wedding. I nak jumpa mama I. I nak discuss dengan mama pasal wedding kita." Tangan Zirah mula melingkar di dada Harraz. Harraz menolak tangan Zirah lembut.

"I tak rasa kita patut kahwin buat masa ni."

Riak wajah Zirah berubah. "What?! Why?!"

"Sebab..."

"Sebab bini you mengandung?! You nak jaga dia?! No way!" Amuk Zirah. Harraz mendengus.

"You boleh relaks tak?!" Suara Harraz yang meninggi itu membuatkan Zirah diam menikus. Harraz meraup kasar wajahnya.

"I akan kahwin dengan you. You tak payah nak risau sangatlah. Bila I cakap masanya dah sampai, kita kahwinlah. Tapi bukan sekarang. I kena pujuk ummi I balik sebab you lah. You dah kurang ajar dengan dia haritu. Ha, susah sangat nak faham ke?! Susah?" Tegang saja wajah Harraz. Zirah menghelakan nafasnya perlahan.

"Hmm... sorry sayang. I thought you wanna get back to that girl. I don't wanna lose you again." Zirah menggenggam tangan Harraz.

Of course I wanna be with her. Jawab Harraz dalam hati. Harraz kekalkan riak wajahnya. "Jangan push I, next time. You said you don't wanna lose me so don't make me."

Zirah mengangguk laju. "I promise."

————————

Ainal berbaring di atas katil. Sampai sahaja di rumah mertuanya, dia disuruh berehat. Sayang betul Datin Zubaidah terhadapnya. Tak boleh buat itu ini. Ainal tersenyum pahit. Layanan Datin Zubaidah membuatkan dia teringatkan arwah mama dan papanya. Rindu.

Ainal mengiring ke kirinya. Bantal Harraz dipeluknya erat. "Mama... Ainal rindu mama. Ainal rindu papa juga..." Ainal memejamkan matanya.

"Ainal... sedih..." Perlahan-lahan air mata mengalir di pipinya. "Orang yang Ainal percaya... yang Ainal cinta... yang Ainal harap akan jaga Ainal... dah menjauh."

"Ainal rindu dia yang lama... ma, pa. Tapi... dia nak tinggalkan Ainal..." Ainal mengetap bibirnya yang bergetar. Pelukan pada bantal semakin erat. "Saya rindukan awak, Harraz."

———————————

Tengku Irham melepaskan keluhan panjangnya. Rambutnya disasarkan ke belakang. Dia sudah tahu akan peristiwa antara Harraz dan Ainal yang berlaku di hotel minggu lepas.Wajah kosong Harraz di hadapannya menjadi perhatiannya. Sedari mereka tiba di restoran ini, Harraz hanya membatu. Tengku Irham cukup tahu akan masalah sahabatnya itu. Masalah apa lagi kalau bukan Nazirah.

"Raz, seriously? Kau senyap je ni." Tengku Irham menggelengkan kepalanya. Harraz mengangkat bahunya. "Angkat bahu tu pahal?"

Harraz meraup wajahnya kasar. "Entahlah, Am. Aku... aku rasa macam serabut ni."

"Serabut? Zirah nak apa pulak tu?"

"Dia push aku cepatkan majlis. Aku..."

Tengku Irham berkerut. "Habis kau nak cepatkan?"

"Memang taklah. Ummi dah tak nak bercakap dengan aku. Macam mana aku nak cakap dengan ummi? Ainal pula. Ainal mengandung tu." Harraz memicit pelipisnya perlahan. Tengku Irham tersenyum kecil.

"Sayang jugak eh kau kat Ainal?"

Harraz menjeling tajam. "Dia masih isteri aku. Of course, aku sayang dia."

Tengku Irham mengangguk. Dia menyedut jus orennya sedikit. "Kalau macam tu, kau nak aku tolong apa?"

"Aku nak jumpa Ainal."

"O... kay...." Tengku Irham menaikkan keningnya. Harraz mengeluh kecil. "Bawa aku jumpa Ainal. Kau pujuk ummi. Aku tahu ummi tak benarkan aku jumpa Ainal. So, I need your help."

Tengku Irham mengurut dagunya perlahan. Wajah mengharap Harraz ditatapnya sekilas. "Am, please?"

"Okay, okay. Aku tolong." Tengku Irham angkat tangannya. "Upah jangan lupa."

Harraz berdecit. "Dengan aku pun nak berkira."

*********

Sorry, bab ni pendek je. Snow tengah busy ni. Nak final gais. Harap semua faham. Doakan snow dekan sem ni. HAHAHA!

InsyaAllah, kalau snow sempat snow akan update next bab soon. Otak tengah serabut ni sebab bercampur dengan revision segala jadah. So tak boleh nak gain idea sangat untuk novel. 🧟‍♀️😭 Maaf!

Love you guys! xo.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jan 10, 2018 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Mr. Sour TalkerWhere stories live. Discover now