BAB 22

13K 482 1
                                    

Masing-masing tergamam dengan kucupan Harraz pada pipi kanan Ainal. Mata Ainal yang membulat pantas terkalih ke arah pintu. Serasa pipinya panas menahan malu. Harraz pula membawa pandangannya ke depan.

"Ss---sa---saya pergi dulu. Ass---assalamualaikum." sejurus itu Ainal keluar dari perut kereta dan berlari masuk ke kawasan sekolah. Malu!

Harraz statik memandang depan. Kalau Ainal sempat menoleh memandangnya, pasti gadis itu dapat menyaksikan telinganya memerah.

"Waalaikumussalam..." jawab Harraz perlahan. Dia meraup wajahnya kasar.

Gila kau Harraz! Apasal mulut kau gedik sangat cium dia?! Harraz menampar-nampar pipinya. Tak pasal-pasal dia ingat kau suka dia! Bodohlah kau ni!

"Shit! Aku tak sengajalah!" Harraz menghentak stereng keretanya.

Ah. Malu sungguh dia rasa. Kalau boleh, mahu saja dia merobek wajahnya lalu ditukar dengan orang lain.

Menyesal!

----

"Ainal! Sampai pun kau! Fuh. Aku ingatkan kau tak datang tadi." Erni menegur Ainal yang tercungap-cungap beratur di belakangnya. Ainal memegang bahu Erni sambil cuba mengambil nafasnya yang hilang.

"Kau merentas desa dari rumah kau ke ni? Mengah pulak kau," belakang badan Ainal diusap perlahan Erni. Botol air mineral yang dibelinya khas untuk Ainal disuakan pada gadis itu. Dia punya botol mineral percuma. Pihak sekolah bagi.

Ainal teguk rakus air mineral itu. Terbuntang luas mata Erni. Dicuitnya lengan Ainal pantas.

"Woi, bismillah kau mana? Ke laut?"

"Uhuk! Uhuk! Siot punya member. Aku tengah minum, kau pergi cuit aku. Sakit tekak aku ni tersedak. Tak sayang member ah kau ni." rungut Ainal. Botol air mineral yang diterimanya tadi, disimpan di dalam begnya.

Erni mencebik.

"Fikir aku kisah? Heh."

"Hish! Erni!" tangan Ainal pantas memukul manja lengan Erni. Tergelak gadis tinggi lampai itu. Ainal memasamkan mukanya.

"Alolo. Gurau jelah. Ni kenapa lambat?" Erni memeluk bahu Ainal.

"Ni semua sebab Harraz tau. Aku dah lambat. Geram betul." adu Ainal. Dia membetulkan tudungnya yang agak senget ketika dia berlari sepantas kilat tadi.

Erni senyum senget memandang Ainal. Pelukan bahu dilepaskan. Ainal mengerutkan dahinya. Apahal minah sorang ni senyum lain macam ni?

"Kau kenapa?" soal Ainal, hairan.

Erni masih dalam posisi yang sama.

"Kau dah bahagia eh, Nal?"

Membulat mata Ainal. Soalan Erni itu membuatkan dia rasa nak lari hilangkan diri dari Malaysia saja.

"Si--siapa cakap aku ba--ba--bahagia?" shit. Apasal gagap ni? Ainal menampar mulutnya perlahan. Erni ketawa besar melihat wajah Ainal.

"Habis tu, kenapa aku tengok muka kau waktu sampai tadi blushing gila? Merah siot."

Ainal termati kata. Oh damn it. Erni ni kan! Kenapa tegur pasal warna muka aku?! Malunyaaaaa.

"Aku---aku..."

"Kau apa?"

"Aku---tadi---aku---"

"Aik. Tak boleh bercakap ni kenapa? Kau ehem ehem dengan Harraz eh? Haa!" terbuntang mata Ainal. Tangannya pantas mencubit pinggang Erni. Gadis itu terjerit kecil menahan sakit.

"Sakitlah, sengal!"

"Padan muka kau. Siapa suruh mulut tu cakap tak pakai insurans? Cakap tu pelan-pelan sikit tak boleh ke? Eee. Nanti rahsia aku terbocor karang." bisik Ainal, geram. Erni memuncungkan mulutnya.

"Fine."

Ainal tersenyum kemenangan.

"Tapi betul lah kau dengan dia ehem tadi? Itu yang lambat tu?" tebak Erni lagi. Bibirnya terlukis senyum senget.

"Erni! Mana ada. Hish. Geramnya aku dengan kau ni. Aku tak buat apa-apa dengan dialah! Dia cuma kiss aku je!" Ainal berbisik dalam nada yang menahan marah dan malu. Malunya mengaku dengan member sendiri yang husband cium diri ini.

Erni menekup mulutnya menahan tawa. Pipi Ainal sudah berona merah. Panas!

"Omg! Sweetnya." Ainal menjulingkan matanya tanda menyampah dengan reaksi Erni.

"Bak lah kertas yang kau baca tadi tu. Aku malas nak tengok nota aku." selamba Ainal merampas kertas yang dipegang Erni. Nak cover malu ni.

"Eh eh. Tak payah. Nak masuk bilik exam dah ni." kertas Erni kembali ke tangannya. Ainal mencebik.

Seisi dewan diarahkan, Encik Yahya, pengetua sekolah, untuk menyimpan sebarang buku dan nota ke dalam beg sebelum bergerak ke bilik peperiksaan. Selang beberapa minit, mereka meninggalkan dewan sekolah dan menuju ke blok A. SPM mode is on!

Ainal meletakkan begnya di koridor dan beratur di pintu masuk bilik berlabel 'Bilik 1'. Dia dan Erni berada di dalam bilik yang sama. Doa menghilangkan gemuruh dibaca dalam hati Ainal. Tiba-tiba, bahunya dicuit seseorang. Ainal toleh ke belakang.

Razif.

Sudah sekian lama mereka tak bertentang mata semenjak Ainal menerima surat daripada lelaki itu. Baru hari ini, mereka berjumpa. Di depan bilik exam pula tu.

"Razif? Kau buat apa kat sini?" Ainal meliarkan matanya ke sekeliling. Kelihatan beberapa orang pelajar sedang mendaki tangga dan berjalan ke bilik peperiksaan masing-masing. Sesak betul tangga depan bilik exam dia. Sesekali bahunya dilanggar pelajar yang berjalan di koridor.

"Nak jumpa kau,"

"Hah? Err---kalau pasal surat---"

"Tak. Bukan pasal tu."

"Habis tu?"

"Aku just nak wish good luck untuk kau. Hmm. And, do the best," Razif mengusap rambut belakangnya dengan tangan kanannya. Ainal terpandang akan telinga Razif yang kemerahan itu. Erm. Dia malu ke ni?

"Okay, Razif. Thanks. And, good luck to you too," Ainal tersenyum manis.

"Aku pergi dulu." ujar Razif sambil menundukkan wajahnya.

"Haa, okay."

Sejurus itu, Razif meninggalkan Ainal yang masih tersenyum melihat gelagat Razif segan dengannya. Nak cakap pasal tu aje pun, dah malu bagai. Relaks lah.

"Woi, kau senyum-senyum ni kenapa? Razif tu handsome sangat ke?" tegur Erni seraya menepuk kuat bahu Ainal. Dari tadi lagi dia memerhatikan Ainal bercakap-cakap dengan Razif sehinggakan lelaki itu tertunduk. Bukan Erni tak perasan yang telinga lelaki itu merah. Malu? Kenapa dia nak malu? Dia suka Ainal ke? Soalan itu dibiarkan terbang di dalam mindanya tanpa jawapan.

"Hish. Kau ni. Mana ada. Senyum ni sedekah kut," Ainal menjeling.

"So, Harraz tetap handsome nombor satu lah ni? Haa! Aku tahu dah!" bisik Erni lalu tergelak besar.

Ainal menjegilkan matanya ke arah Erni yang sedang menepuk tangan dengan gembira. Ya Allah, kawan siapalah ni! Tak nak aku mengaku kawan! Perangai macam budak-budak betul lah. Hari ni SPM kut. Dia boleh relaks-se relasknya. Siap membahan aku pulak tu. Haih.

Erni, Erni.

Ainal melepaskan keluhan. Biarlah perempuan lagi sorang tu menang. Biar je. Sekejap lagi senyaplah tu. Hahahaha. Yelah, nak jawab paper kan? Mana boleh bising.

Mr. Sour TalkerWhere stories live. Discover now