BAB 6

16.6K 604 21
                                    


Harraz dan Ainal menapak masuk ke dalam Midvalley Megamall. Harraz jalan agak ke depan sedikit manakala, Ainal dibelakangnya. Dari jauh mereka kelihatan seperti abang dan adik. Oleh kerana, ketinggian Ainal hanyalah separas siku Harraz. Badan kecil sangat.

Harraz berjalan laju ke butik Converse. Dia mula membasuh matanya dengan melihat koleksi baru kasut mewah itu. Ainal pula membelek sepasang kasut highcut khas untuk perempuan. Warna biru kehitaman kasut itu adalah warna kegemaran Ainal. Dia tersenyum kecil. Nanti aku minta papa belikan la. Hehehe.

"Woi, Ainal," Harraz menepuk bahu Ainal. Tercampak kasut yang dipegang Ainal akibat terkejut.

"Apa?" kasut yang jatuh tadi kembali di tempat asalnya. Harraz jeling sekilas kasut itu.

"Kau nak kasut tu ke?" nada suara Harraz masih kasar dan mendatar. Ainal mengangguk.

Harraz membelek kasut pilihan Ainal tadi. Lawa juga kasut ni. Tinggi rupanya taste budak ni. Sama dengan aku pulak tu. Gumam Harraz dalam hati. Ainal yang memandang wajah Harraz yang tekun membelek kasut itu, mula tersenyum lebar. Dia nak belikan untuk aku ke? Yes!

"Dah. Jom. Aku nak beli barang kejap," Harraz keluar dari butik Converse itu. Ainal melongo. Eh. Tanya aku, lepas tu blah? Ingatkan nak beli ke apa. At least kuranglah sikit geram aku ni. Hish. Mamat ni memang suka betul buat aku rasa geram. Sabar Ainal, sabar. Biasalah, rimau jadian.

Mereka berdua berjalan perlahan di dalam pasaraya Cold Storage. Ainal menolak troli perlahan membuntuti Harraz yang berjalan di depannya. Troli mereka baru suku saja penuh.

"Kenapa awak nak beli barang ni semua? Rumah ummi kan ada barang ni semua," tanya Ainal, hairan. Dia sempat kerling kearah isi troli. Semua barang yang Harraz ambil, semuanya barang dapur! Membazir je.

Harraz meletakkan dua paket mi spageti yang keras ke dalam troli. Dia pandang wajah hairan Ainal lalu sambung mencari sos spageti.

"Aku nak beli barang ni pun, kau nak banyak tanya. Diam je la," balas Harraz sambil mencampakkan dua tin sos Prego ke dalam troli. Mereka berjalan lagi ke bahagian lain.

"Saya tanya sebab saya pelik. Rumah ummi dah ada lengkap dah barang dapur. Tapi, awak masih nak beli lagi. Membazir tahu tak?" bebel Ainal. Harraz menghentikan langkahnya dan berpusing mengadap Ainal.

"Apa yang nak pelik sangat? Aku beli untuk keperluan rumah aku bukan rumah ummi. Yang kau nak kecoh sangat apehal? Duit kau ke?" Harraz berpeluk tubuh.

"Fine. Suka hati awaklah," Ainal menjulingkan matanya tanda menyampah. Mereka berjalan lagi sehinggalah troli mereka hampir sarat dengan barang-barang dapur. Mereka sampai di bahagian makanan sejuk beku.

Mata Ainal bersinar kebahagiaan. Dia terus menerkam beberapa paket sosej, nuget, bebola ikan dan bebola daging lalu meletakkannya ke dalam troli. Harraz yang baru tiba dari mengambil susu HL terkejut dengan keberadaan makanan sejuk beku dalam troli itu.

"Bila masa aku ambil benda ni semua?" soal Harraz sambil meliarkan matanya pada Ainal yang sedang tersengih.

"Saya yang ambil. Nanti boleh goreng kalau lapar,"

Harraz menjeling.

"Aku tak makan benda ni. And, for your information, barang-barang ni semua aku beli, untuk kau masak. Masak untuk aku makan. Bukan kat rumah ummi, tapi rumah aku. Faham?" Harraz bersuara tegas seraya meletakkan semula makanan yang diambil Ainal tadi.

Ainal hairan. Bukan rumah ummi? Rumah dia? Aku kena masak kat rumah dia? Kejap. Maknanya...

"Apa maksud awak? Saya masak untuk awak kat rumah awak?" kerutan di dahi Ainal semakin bertambah.

"Hish. Bebal la kau ni. Maksudnya, kau akan tinggal kat rumah aku. Kita pindah. Takkan duduk rumah ummi atau rumah parents kau. Haa, faham sekarang?"

"What?!!! No way. Mac-" Harraz menekup mulut Ainal. Hish. Kecoh la dia ni.

"Kalau ya pun, tak payah la jerit. Hish. Dah tolak troli ni. Aku nak bayar," arah Harraz.

Ainal menurut saja. Dalam kotak fikirannya, dia masih tertanya asbab mengapa mereka berpindah. Rumah dia ni kat mana? Jauh ke dari sekolah? Aduh. Nanti aku rindu mama dengan papa. Ainal menangis dalam hati.

----

Suasana dalam kereta senyap. Hanya bunyi radio saja yang berkumandang. Itupun volumenya ditakat paling rendah. Ainal membawa pandangannya keluar. Dia masih memikirkan nasibnya yang bakal diterima apabila di rumah Harraz kelak.

"Awak..."

Harraz yang fokus pada pemanduannya, menoleh sekilas. Apa lagi la budak ni nak tanya.

"Hmm..."

"Rumah awak tu kat mana? Jauh tak? Macam mana saya nak pergi sekolah? Ummi dengan daddy bagi ke kita pindah? Mama dengan papa tahu tak pasal ni?" bertalu-talu soalan dilemparkan oleh Ainal pada Harraz. Wajahnya mempamerkan riak kecewa. Harraz mendengus.

"Kau tanya satu-satu tak boleh ke? Serabut tahu tak? Laju-laju tanya, nak pergi mana?" marah Harraz.

Ainal mencebik.

"Eleh. Jawab jelah. Susah sangat ke? Nak marah je tahu. Huh," jawab Ainal, selamba.

Harraz membulatkan matanya. Dia jeling Ainal disebelahnya sesaat. Ewah budak ni. Berani betul cakap dengan aku macam tu. Tak ada siapa yang pernah kata macam tu kat aku. She's really a something. Kau berlagak eh, Ainal. Tunggulah nasib kau bila pindah nanti.

"Kenapa awak senyap? Sentap eh?" Ainal senyum senget. Dia pandang wajah serius Harraz yang sedang fokus memandu.

"Diam la," ucap Harraz. Ainal mencebik. Tak habis-habis suruh aku diam. Tak ada skrip lain ke? Weh penulis, bagilah lebih sikit skrip untuk Harraz ni haa. Kesian aku tengok.

---

"Alaaa, kenapa Kak Ainal dengan along pindah? Nanti bosan la Hana kat rumah ni," rungut Hana. Mereka kini satu keluarga sedang menjamah hidangan makan malam bersama. Ainal senyum kecil melihat muncung sedepa Hana. Comel.

"Hish. Apalah Hana ni. Rumah along tu bukan jauh mana pun. Nanti cuti sekolah, daddy hantar la Hana jenguk Ainal ni," Dato' Azamuddin cuba memujuk anak gadisnya. Hana sambung menyuapkan makanan ke dalam mulutnya.

"Harraz, bila kamu nak pindah?" tanya Dato' Azamuddin.

"Esok, daddy," jawapan Harraz membulatkan mata Ainal. What?! Esok? Amboi. Dah la aku tak tahu apa-apa pasal pindah ni. Lepas tu, suka suki dia je nak pindah esok. Ewah. Aku tumbuk juga karang muka dia ni. Ainal membebel dalam hati.

"Ainal? Ainal?" pinggang Ainal dikuis Harraz. Ainal pandang Harraz dengan keningnya terangakat sebelah.

"Ummi panggil," bisik Harraz, ringkas.

"Ya ummi?"

"Ainal dah siap kemas barang? Nak ummi tolong tak lepas makan ni?" Datin Zubaidah bertanya lalu tersenyum. Ainal menggeleng.

"Tak apa, ummi. Barang Ainal sikit je tu. Tak banyak mana pun. Kejap lagi Ainal kemas," jawab Ainal.

"Akak...kenapa akak nak pindah?" Hana sengaja bertanya pada Ainal walhal dia tahu bahawa Ainal tidak tahu apa-apa mengenai hal pindah itu. Dia saja. Saja nak tengok riak wajah abangnya.

"Err...akak....akak...pun...ta-"

"Yelah, takkanlah kitaorang dah kahwin pun still duduk kat rumah parents sendiri. Tak manislah," Harraz pintas dengan nada yang mendatar. Dia bangun dan ke dapur untuk membasuh tangan.

Hana pandang wajah Ainal seolah meminta kepastian. Ainal tarik senyum dan menganggukkan kepalanya.

---

Mr. Sour TalkerWhere stories live. Discover now