BAB 20

13.2K 548 3
                                    

Harraz dan Ainal tiba di One Utama. Pusat membeli-belah yang paling hampir di rumahnya. Seusai keluar dari perut lif, mulut Ainal berhenti membebel. Kenapa berhenti? Sebab, tiba-tiba Harraz pegang tangan dia. Terkejut gila budak tu tapi, dia tak mengelak.

"Kenapa senyap? Tadi bukan main galak membebel." perli Harraz. Mereka berjalan ke bahagian old wing untuk mencari restoran kegemaran Harraz.

"Aw--awak, tata--tata--"

"Tata tata, tata apa? Tatasusila?" pintas Harraz laju.

"Tak. Ta--ni, tangan ni." Ainal mengangkat tangan kanannya yang dipegang Harraz. Harraz toleh sekilas sambil menjungkitkan kening kirinya.

"So, what?" so what? Dia tanya aku, 'so what'?! Ni kes nyanyuk ke amnesia ni? Haritu, cakap tak nak sentuh sebab tak suka akulah, apalah, itulah. Tapi, hari ini selamba watlek watpis je pegang tangan aku. Malam tadi, pun sama! Peluk aku pulak tiba-tiba. Apa kes?! Ainal menggerutu dalam hati.

Dia menarik tangannya dari pegangan Harraz. Terhenti langkah Harraz.

"Kau apasal?"

"Don't hold my hands." ucap Ainal tanpa menatap wajah Harraz di sebelahnya.

"Kau isteri aku. Lantak akulah nak pegang ke apa." tangan Ainal ditarik Harraz namun, direntap kembali oleh gadis itu.

"Awak tak nak sentuh saya. So, kenapa nak pegang saya sekarang ni dan peluk saya malam tadi?" Ainal memandang tepat ke wajah Harraz. Harraz terkedu.

Lama mereka saling bertentang mata. Masing-masing membisu bagai menyalur informasi melalui kata-kata minda dan hati. Sehinggalah Ainal memalingkan wajahnya dari Harraz yang kelihatan serius.

"Aku ni syurga kau. Kau lupa ke apa yang mama pesan? Lupa?" kata-kata Harraz menyedarkan Ainal. Dia telah terlanjur bicara oleh kerana terlalu mengikutkan perasaan. Ya Allah, aku terlalu banyak buat salah pada suamiku. Ampunkan hambaMu ini. Ainal meraup wajahnya.

"Saya minta maaf. Saya---tak sengaja." Ainal menundukkan wajahnya.

"Hmmm..."

"Maafkan saya."

"Dah. Meh sini tangan kau. Nanti hilang pulak. Kau tu budak lagi." sejurus itu, Harraz menarik tangan Ainal lalu menggenggam erat jari-jemari gadis itu. Ainal hanya menurut.

Mereka melangkah bersama dengan keadaan separa awkward. Ainal cuba menahan rasa debar di dadanya yang kian menggila tatkala jari-jemarinya panas di dalam genggaman Harraz.

Seseorang yang berdiri tidak jauh dari mereka menggenyehkan matanya berkali-kali. Sedari tadi lagi dia memerhatikan pasangan itu keluar dari lif dan kelihatan seperti mempunyai hubungan.

"Biar betul ni?" bisiknya sendiri.

----

"Mc Donald's? Kenapa?" kening kiri Ainal terangkat tinggi. Harraz yang baru sahaja melabuhkan punggungnya di kerusi, memandangnya dengan reaksi kau-duduk-dulu-boleh-tak.

Ainal mengambil tempat berhadapan Harraz. Beg silangnya diletakkan di atas pahanya.

"Tempat favourite aku tu ramai sangat. Malaslah tunggu lama. Kita makan sini jelah," jawab Harraz. Dia menyisir anak rambutnya yang terjuntai di dahi ke belakang. Wah. Stail beb!

"Okaylah. Saya pergi order ke awak?"

"Aku. Kau tunggu si---"

"Hai, Raz!" seseorang muncul di meja mereka lalu menegur Harraz. Sengihan diberikan kepada mereka. Terkejut Ainal apatah lagi, Harraz. Muka dah macam baru lepas jumpa hantu.

"Err---hai?" Harraz menyahut sambil tersenyum janggal.

"Kau baru lepas jumpa hantu ke, Raz? Pucat semacam je."

Harraz pura-pura ketawa.

"Ma--mana ada. Aku---"

"Hai awak. Nama siapa?" Harraz terhenti kata apabila Ainal pula ditanya oleh manusia yang muncul di meja mereka.

Ainal hanya membisu. Suara yang bertanya dia itu seperti pernah didengarinya. Tapi di mana?

Jangan-jangan, dia ni....

"Am...please." suara Harraz mendatar.

"Okaylah, okaylah. Aku cuma nak tanya siapa budak ni?" Tengku Irham mengenyitkan matanya pada Ainal. Membulat mata Ainal. Fuh.

"Dd--dia, dia sepupu aku." jawab Harraz. Kening Tengku Irham terangkat tinggi.

"Sepupu? Wah, kau ni. Jangan cari nahas. Kalau Zirah tahu, kau keluar dengan perempuan secantik ni, mati kau." riak wajah Harraz berubah mendengarkan nama gadis yang disebut Tengku Irham. Dia menjeling tajam. Ainal yang perasan akan riak wajah Harraz, hanya membisu.

Satu persoalan timbul di benaknya.

Siapa Zirah?

Tengku Irham menepuk dahinya kerana terlalu lancang bersuara. Wajah Harraz dan Ainal dipandangnya sambil tersengih.

"Sorry. Didn't mean to---"

"Aku nak pergi order makanan." Harraz bingkas bangun dan berlalu dari situ. Tengku Irham telan liurnya. Aduh. Mati aku lepas ni. Getusnya dalam hati.

Tengku Irham duduk di sebelah kerusi Harraz. Ainal yang sememangnya janggal dengan situasi tadi bertambah lebih janggal dengan kewujudan Tengku Irham di hadapannya.

"Nama awak siapa?" tanya Tengku Irham, sopan.

"Err---Ainal. Ainal Sofiah,"

"Awak sepupu Harraz?"

Ainal terdiam. Perlahan-lahan dia menganggukkan kepalanya. Dia tak mampu berkata jika dia sedang berbohong.

"Saya Tengku Irham Faizi bin Tengku Halim. Panggil, Am je. Kawan Harraz sejak sekolah lagi," Tengku Irham memperkenalkan diri. Dia tersenyum sehingga matanya kelihatan lebih sepet.

Ainal senyum manis.

"Nice to meet you, Am."

Telefon pintar milik Ainal berdeting tanda ada mesej masuk. Ainal meminta maaf atas gangguan telefon pintarnya. Pantas Ainal mengeluarkan gadjet itu dari begnya. Ainal mengeluh apabila membuka mesej dari Maxis itu. Hek eleh.

Tengku Irham memandang tepat ke arah gadjet yang dipegang gadis itu. Dahinya berkerut seribu.

Handphone bercover manik merah jambu?

"Ainal, itu telefon awak ke?" soal Tengku Irham. Ainal tersenyum.

"Haah,"

Tengku Irham bertambah hairan. Itu bukan ke telefon pintar Hana? Harraz ada cakap hari tu, kan? Kan, korang?

"Kenapa, Am?" Ainal pelik melihat reaksi Tengku Irham. Dah kenapa ni?

"Tak ada apa. Comel handphone tu." Tengku Irham sengih.

"Oh,"

Tengku Irham mengembangkan otaknya dengan soalan tentang Harraz dan Ainal. Dia semakin hairan dengan hubungan mereka. Dia sepertinya dapat menghidu sesuatu tentang mereka.

Apa yang kau cuba sorokkan ni Harraz?

****


Mr. Sour TalkerDonde viven las historias. Descúbrelo ahora