BAB 33

15.3K 605 23
                                    

Harraz termenung jauh di balkoni biliknya. Dada langit yang berselimutkan kepekatan malam itu menenangkan hatinya walau tiada satu pun bintang muncul. Dirinya kini sedang berperang dengan kata hati dan akalnya. Masing-masing mahu menjadi pilihan Harraz.

Harraz buntu.

Tak tahu nak pilih yang mana. Serabut. Wajah polos Ainal menjengah fikirannya. Dia senyum segaris. Gadis itu, gadis yang telah menjentik tangkai hati dan jantungnya dengan senyuman dan tingkahnya yang mencuit hati. Harraz akui bahawa, semakin hari semakin terbuka hatinya menerima Ainal dalam hidupnya. Dan, gadis yang bergelar isterinya itu mempunyai satu daya tarikan yang telah membuatkan dia membuka ruang hatinya untuk dipenuhi dengan cinta yang benar-benar cinta.

Ainal Sofiah.

Aku rasa aku dah....

"Termenung apa tu?" suara lembut itu! Suara Ainal. Harraz toleh ke sebelahnya. Ainal sedang tersenyum manis padanya membuatkan jantungnya berdegup laju secara automatiknya.

"Tak ada apa." Harraz pandang langit semula. Wangian yang dipakai Ainal mencucuk deria baunya. Bau bunga-bungaan yang menyegarkan.

"Alahai. Tak ada bintang ke? Ingatkan baru nak tengok bintang macam dalam bucket list saya." Ainal memuncungkan bibirnya gaya bibir Donald Duck.

"Bucket list? Kau ada buat ke?"

Ainal mengangguk.

"Ada. Saya tulis sejak tingkatan satu."

"Banyak ke?"

Ainal senyum lebar.

"Ada lah dalam 24 list. Dan, salah satunya saya dah dapat capai."

Harraz mengkalihkan bola matanya tepat ke arah Ainal. Ainal balas pandangannya. Angin malam bertiup lembut, menerbangkan rambut blonde Ainal yang diikat ponytail.

"Apa list yang kau dah capai tu?"

Mereka masih memasungkan anak mata mereka bersama. Bibir Ainal mengorak senyum ikhlasnya. Harraz menahan debar di dada tatkala mata hazel Ainal semakin menusuk ke dalam matanya.

Mencintai suami saya dengan sepenuh hati dan ikhlas. Ainal menjawab dalam hati.

"Awak akan tahu nanti." Ainal memalingkan mukanya ke arah dada langit.

"No. Aku nak tahu sekarang." wajah putih mulus Ainal ditarik Harraz, kembali mengadapnya. Jantung Ainal berdegup kencang. Tiba-tiba, lagu Angin Kencang nyanyian Hujan bermain di mindanya, sebagai hiperbola degupan jantungnya. Ceh.

Ainal pejam matanya rapat. Bibir bawahnya digigit sesaat lalu dilepaskan. Merah. Merah macam strawberry dan Harraz telah terpukau dengan bibirnya.

"Harraz..."

"Cakap sekarang."

"Sekarang."

"Cakaplah sekarang."

Bahu Ainal digoncang Harraz kuat.

"Sekarang."

"Hish budak ni kan. Jangan nak main-main boleh?"

Ainal ketawa kecil.

"Awak yang suruh saya cakap 'sekarang' tu. Haa, saya cakaplah."

Harraz memasamkan mukanya. Ainal tersengih melihat perangai mengada dia yang dah berjangkit dengan Harraz. Seriously? Harraz mengada?

Okay. Ini sumpah lawak tahap dewa.

Tak pernah-pernah Harraz jadi mengada selama ni. Gatal tu pernahlah.

Mr. Sour TalkerDonde viven las historias. Descúbrelo ahora