BAB 9

14.8K 597 4
                                    

Suasana di dalam Audi R8 milik Harraz sunyi sepi. Sedari kereta itu meninggalkan kawasan sekolah lagi, tiada sebarang perbualan antara pasangan muda itu. Harraz hairan. Apa hal dengan budak ni? Senyap je. Kalau tidak tu, ada saja yang dia nak...

"Sejak bila awak jadi cikgu?" soalan yang bergolek di dalam kepala Ainal, akhirnya terlompat keluar juga. Ainal pandang wajah Harraz yang tenang memandu itu. Harraz terjongket keningnya sebelah. Haaa, ada pun suara budak ni!

"Sejak hari ni," jawab Harraz, pendek.

Ainal mengecilkan matanya merenung Harraz. Eh eh harimau ni. Buat lawak ke tu? Huh.

"Saya serius ni, Cikgu Harraz. Jawab la betul-betul." Ainal berpeluk tubuh.

"Perlu ke kau tahu?" soal Harraz.

"Perlulah,"

"Alasan?"

Ainal mencebik. Hek eleh. Annoying gila harimau ni! Huh. Relaks, Ainal. Relaks. Dia saja nak tengok kau marah je tu. Relaks. Kita follow je dia.

"Curiousity kills the Ainal, I guess" jawapan Ainal mengundang tawa Harraz dalam hati. Apa ke benda peribahasa budak ni? Nasib baik bukan aku yang ajar subjek Bahasa Inggeris. Buat malu kaum guru je nanti.

"K,"

"Jawablah..."ucap Ainal, nada suaranya agak geram.

"None of your bussiness, I guess," Harraz menjawab selamba.

Ainal mendengus geram. Sakit jiwa layan kepoyoan dan kebelagakan harimau ni. Haaa, ambik kau. Kosa kata aku meluas ok! Aku tanya elok-elok kut. Selamba je dia jawab macam tu?! Haish. Ada jugak yang makan siku comel aku ni karang!

Ainal berpeluk tubuh. Malas dia mahu melayan annoying harimau PMS itu. Makin dilayan, makin berapi hati. Suasana kembali tenang dan sunyi sehinggalah mereka tiba di rumah.

----

Pintu bilik Harraz diketuk Ainal perlahan. Slow-slow je, guys. Karang tak pasal-pasal, mengamuk harimau tu kalau pintu biliknya diketuk kuat. Rambut blonde paras bahunya diikat ekor kuda. Pintu bilik Harraz terkuak dari dalam. Terjengul wajah serius lelaki itu.

"Kau nak apa?" tanya dia, agak kasar.

"Err. Saya nak minta awak ajar bab tiga, tingkatan empat ni. Dah lupa macam mana nak buat soalan ni. Boleh tak?" Ainal membuat muka separuh berharap.

"Hmm. Tunggu aku kat bawah,"

"Yeay! Okay, cikgu!" Ainal menabik Harraz lalu tersenyum ceria. Gembira sangat dapat diajar oleh harimau itu. Err...kejap. Gembira? Sebab harimau tu? Seriously? Rasanya penulis ni salah tulis kut? Eh. Yeke?

Ainal sempat membancuh air milo panasnya untuk diminum sewaktu mengulangkaji. Dia menunggu kemunculan Harraz di meja kopi di ruang tamu sambil bersila. Beberapa minit selepas itu, Harraz tiba.

"Faham?" tanya Harraz tegas setelah menerangkan bab yang Ainal tanyakan. Ainal mengangguk. Sudah hampir sejam, mereka berbincang soalan dan bab-bab yang Ainal kurang faham. Air milo panas Ainal di dalam mug sudah bersisa suku. Tekak kering Ainal minta dibasahkan. Belum sempat Ainal capai mugnya, Harraz pantas mencapainya terlebih dahulu. Siap habis licin diteguknya sisa air milo itu. Membulat mata Ainal. Air aku tu. Selamba je dia habiskan!

"Awak! Itu air saya la. Saya haus tahu tak? Apasal awak minum, hah? Suka hati awak je!" marah Ainal. Dia memasamkan mukanya.

"Ingat aku kisah kau haus?" selamba Harraz menjawab. Wajahnya memaparkan riak annoying. Ainal mendengus geram.

"Kalau awak nak air tu, buat sendiri la. Suka hati je ambil orang punya!" mug di tangan Harraz, dirampas Ainal kasar. Huh. Sakitnya hati ni! Jerit Ainal dalam hati.

Buku-buku yang berselerakan di atas meja kopi dikemaskan Ainal dengan perasaan geram. Hish. Sabar jelah aku. Nasib baik kaki aku ni tak buat sidekick je tadi. Kalau tidak, sampai SPM la dia tak mengajar aku. Ainal mula mengangkat punggungnya untuk membasuh mug di dapur. Baru sahaja dia mula melangkah, Harraz bersuara.

"Tak sedap la air milo kau tu,"

Ainal mencebik.

"Siapa suruh awak minum. Padanlah muka awak. Air saya tak sedap. Huh!" ujar Ainal.

Harraz bangkit dan berjalan ke arah Ainal. Wajahnya serius yang amat sehinggakan Ainal kecut perut memandangnya lalu mula berundur. Tangan sasa Harraz menerkam bahu Ainal kejap. Dia menolak Ainal ke tepi sofa menyebabkan badan Ainal kurang stabil lalu terbaring di atas sofa. Ainal panik. Apa dia nak buat ni?

Mug yang masih di tangan Ainal, dirampas Harraz lalu diletakkan di atas meja kopi. Ainal cuba meloloskan dirinya daripada Harraz yang sedang cuba memerangkapnya di atas sofa. Namun, Harraz tangkas mengunci dirinya. Ya Allah, Harraz ni kenapa?! Takutnya aku!

Wajah serius Harraz berubah tanpa riak. Ainal memejamkan matanya erat. Bibir mungil Ainal diusap lembut Harraz.

"Nice lips, nice kiss," ucap Harraz dengan suara yang menggoda. Jantung Ainal berdegup laju. Dup dap. Dup dap. Dup dup dup dap dap dap.

"Ss-sa-saya...tak...tak...sed-sedia lagi...lep-lepaslah..." tergagap-gagap Ainal menuturkan rayuan. Dia membuka kelopak matanya perlahan, cuba meminta simpati daripada Harraz. Harraz tersenyum sinis sambil mendekatkan wajahnya dengan wajah Ainal. Membulat mata gadis itu. Hidung mancung mereka bersentuhan.

Ainal cuba menolak tubuh Harraz kuat. Tubuh lelaki itu hanya berganjak sedikit saja. Dia cuba lagi. Namun, tangannya pula dikunci Harraz kejap.

"Kau takut apa?"

Ainal membisu. Dia memejamkan matanya rapat. Tak mahu tengok muka harimau PMS ni.

"Takut aku cium ke takut aku ehem?"

Serta-merta, Ainal membuka matanya tatkala terdengar soalan cepugangsa itu. Harraz yang masih dengan senyum sinisnya, dijeling penuh geram Ainal. Tangan Ainal terlepas dari cengkaman Harraz. Lega hati Ainal kerana tiada apa-apa yang berlaku terutama sekali yang ehem tu. Dia mengucap syukur dalam hati. Sesungguhnya, dia memang tak bersedia lagi untuk melunaskan tanggungjawab yang itu. Bukan tak sedia tapi bukan masa sekaranglah. Kerana hatinya masih tidak mencintai Harraz....?

Ainal bingkas bangun dari perbaringan lalu cepat-cepat  mengambil buku-bukunya yang dikemaskan tadi. Dia mahu bergegas ke biliknya sebelum angin gatal Harraz muncul lagi. Mug yang kosong itu dibiarkannya. Esok pagi boleh basuh. Gumam Ainal dalam hati.

Langkahnya diperkemaskan mendaki tangga. Tatkala kakinya dijejakkan pada anak tangga paling atas, suara garau Harraz menyapa telinganya.

"Air milo kau tu tak sedap, kau tahu sebab apa?"

"Tak," jawab Ainal.

"Aku tak dapat rasa air milo tu."

Ainal mengerutkan dahinya. Apalah rimau ni merepek?

"Because, we're just having an indirect kiss," ucap Harraz dengan suara menggoda.

Tidak semena-mena wajah Ainal memerah laju. Panas. Malunya! Sejurus itu, Ainal berlari anak masuk ke dalam biliknya. Jantungnya berdegup kencang yang amat. Sampai boleh terkeluar rasanya. Laju gila. Mukanya masih terasa panas. Ainal mencubit pipinya kuat. Tak mimpi?

Jantung yang masih laju berdegup ditenangkan dengan menarik nafas perlahan-lahan. Masih laju? Err. Apa ni? Ainal masih melakukan rutin yang sama. Tarik nafas dan lepas. Berulang kali.

Lega.

Ainal menghenyakkan tubuhnya di atas katil. Peristiwa dan kata-kata Harraz tadi kembali terlayar di mindanya. Cepat-cepat Ainal membuang bayang itu. Dia hairan. Apa kena dengan rimau tu eh? Tiba-tiba jadi gedik macam tu. Kena sampuk jin gatal ke apa?

Bantal ditepuk-tepuk Ainal berkali. Doa dibaca lalu kepalanya direbahkan di atas bantal. Esok sekolah kut. Lebih baik aku tidur daripada fikirkan rimau tu. Tanpa disedari, bibirnya menarik senyum kecil.









Mr. Sour TalkerWhere stories live. Discover now