BAB 17

13.7K 512 3
                                    

Seusai melaksanakan solat Jumaat di masjid berhampiran dengan kawasan perumahannya, Harraz memandu pulang ke rumah. Risau pula dengan isterinya yang ditinggalkan begitu sahaja tanpa memberitahu ke mana dia ingin pergi. Rasa bersalah? Hmm. Mestilah, tak.

Sebaik sahaja Harraz menapak masuk ke dalam rumah, langkah kakinya terus dihayunkan menuju ke biliknya. Kelihatan sekujur tubuh terbaring sedang enak diulit mimpi di atas katilnya. Harraz menjungkitkan keningnya. Matanya tertancap pada susunan baju-baju secara bertingkat di sebelah tubuh lena itu.

"Ainal, bangun. Weh, bangun." bahu Ainal dicuit perlahan. Gadis itu mengguman kecil sebelum menyambung tidurnya semula.

Harraz mendengus geram. Ewah, ewah. Sedap ya kau sambung tidur. Nak kena ni!

Harraz membuka t-shirt hitam tanpa kolarnya menampakkan absnya yang sungguh seksi dan maskulin. Dia menghenyakkan tubuhnya di sebelah Ainal. Tangan kasarnya mengusap lembut pipi Ainal dan melurut ke hidung, turun ke bawah---bibir gadis itu. Bibir yang merah bak buah strawberry itu sungguh menggoda.

Harraz mengiringkan badannya dekat dengan Ainal. Bibirnya mendekati telinga gadis itu untuk membisik.

"Ainal. Aku rasa aku 'nak' kau sekarang," bisik Harraz dengan nada suara yang sensual. Namun, Ainal masih tidak menyedarkan diri malah, mengiring ke arah Harraz. Harraz mendengus. Dia boleh tak bangun lagi?! Dah tu, berdengkur pulak?!

"Weh, Ainal. Kau tak nak bangun ke? Aku buka baju kau ni kang," Harraz mengugut. Dia mendekatkan wajahnya pada wajah Ainal. Hidung mancung mereka bersentuhan.

Pap!

Tangan Ainal yang tanpa sengaja tergeliat ke atas, menampar wajah Harraz. Gadis itu menggeliat malas dan menukarkan posisi tidurnya ke menelentang. Harraz menggosok pipinya sambil menggumam geram.

"Huargh! Hmm..." perlahan-lahan kelopak mata Ainal tercelik. Dia tersenyum kecil. Terasa segar matanya kerana dapat cat sleep. Tiba-tiba, pinggangnya dirangkul seseorang. Laju sahaja dia menoleh ke sebelahnya. Wajah kacak Harraz dihiasi dengan senyuman sinis terpampang di matanya. Sudahlah begitu, ditambah pula dengan badan sasa Harraz yang telah separuh bogel. Baju lelaki itu entah hilang kemana, menampakkan six packsnya yang seksi. Tak guna kau, Harraz Aqeef. Ainal menelan liurnya.

"Dah bangun ke sayang? Ingatkan dah tak nak bangun. Hmm?" soal Harraz, lembut yang terlaaaaaalu lembut.

"Err...aw--awak. Dd--dah lama ke aw--ak ba--ba--ba-"

"Ba-ba apa?"

Ainal menampar pipinya. Aduhai. Apasal boleh tergagap pulak ni?!

"Ba--bb--ba--"

"Ba--ba apa?!" Harraz mencelah geram.

"Ba, ba, black sheep, have you any wool? Yes sir, yes sir---eh bukan! Baliklah! Haaa. Dah lama ke awak balik? Hah." ucap Ainal, kalut. Harraz menahan tawa dalam hati. Teruk sangat ni isteri aku punya melatah. Sampai ke lagu nursery ryhmes latah dia.

"Lama dah. Hmm. Sempatlah juga, aku cium pipi kau, main rambut kau, cium hidung kau lepas tu, turun ke bibir kau yang seksi tu. Hmm. Seronok weh," membulat mata Ainal mendengar bicara Harraz. Oh shit! Biar betul dia......kiss aku?!

Tangan Harraz yang melingkar di pinggang Ainal, ditolaknya kuat sebelum dia bingkas berdiri. Harraz tersenyum senget.

"Aik? Kenapa bangun? Malu eh?" semakin membahang wajah Ainal. Dia pantas mengangkat baju-bajunya bersusun meningkat.

"Err. Saya nak kunci bilik saya. Awak simpan kat mana?" Ainal bertanya sambil meliarkan matanya ke tempat selain badan Harraz yang terdedah itu.

"Kau nak buat apa pula dengan kunci tu?" Harraz bangkit dari perbaringannya lalu duduk bersandarkan bantal.

Mr. Sour TalkerWhere stories live. Discover now