BAB 12

15K 535 7
                                    

Ainal mencelikkan matanya perlahan-lahan. Suasana yang sunyi itu menghairankan Ainal. Aku kat mana ni? Matanya meliar memandang sekeliling. Bilik...aku? Aku...ada di rumah? Kepala Ainal terasa berdenyut-denyut. Dia memicit perlahan dahinya.

Pintu bilik ditolak Harraz bersama sedulang makanan dan segelas air kosong dibawa ke atas meja belajar Ainal. Harraz sempat menjeling ke arah isterinya yang terpinga-pinga memandangnya. Pasti dia tak ingat apa yang dah terjadi. Meh aku ingatkan. Desis hati Harraz. Kakinya dihayunkan ke birai katil Ainal lalu duduk.

"Seronok pengsan?" perli Harraz. Wajahnya ditegangkan sehabis yang boleh.

"Saya pengsan?"

"Yelah. Degil sangat tak nak minum air yang aku bagi tadi,"

Ainal telan liurnya yang terasa kelat. Mati aku. Mesti harimau tua ni nak mengamuk.

"Saya minta maaf," Ainal bangkit dari perbaringan dan bersandar pada bantal di belakang badannya di kepala katil.

"Menyusahkan aku je. Bila aku cakap, tak nak dengar. Nak melawan je! Haaa, itulah akibatnya," Harraz menjeling tajam Ainal.

Ainal menundukkan wajahnya. Dia tahu, semua ini salah dia. Dia yang degil tak mahu minum air yang diberikan oleh Harraz. Tak pasal-pasal pengsan. Tepat jangkaan Harraz, bahawa dia akan pitam kalau tidak menjamah air. Itulah. Kata suami tak nak dengar, sibuk ikutkan kepala sendiri. Padan muka dah sakit. Ainal memarahi dirinya sendiri.

"Saya minta maaf. Maaf sebab menyusahkan awak. Maaf sangat-sangat," ucap Ainal. Dia berasa serba salah kerana telah menyusahkan Harraz. Sungguh dia kesal kerana tidak mendengar kata suaminya itu.

"Baguslah kalau kau sedar. Tu, kat sana tu ada makanan. Pergi makan. Jangan nak degil pula. Lepas tu makan ubat yang aku dah letak sekali kat dulang tu," Harraz berkata tegas seraya jari telunjuknya ditala ke arah dulang makanan yang terletak di atas meja belajar Ainal. Ainal hanya mengangguk.

"Awak nak pergi mana?" soal Ainal setelah matanya menangkap langkah kaki Harraz dibawa ke pintu biliknya.

"None of your bussiness," jawab Harraz ringkas sebelum menutup pintu bilik Aina, kasar.

Ainal melepaskan keluhan. Dia faham akan keadaan Harraz. Mesti dia bengang gila dengan aku. Degil. Aku ni pun satu. Cakap suami pun lawan. Syurga tu bawah kaki suami tahu tak? Haih. Maafkan aku, Harraz. Ainal bermonolog sendiri.

----

Harraz menghirup jus oren yang dipesannya beberapa minit yang lalu. Suasana di kafe moden itu diceriakan dengan bunyi sudu dan garpu berlaga pinggan. Malangnya, hati Harraz tak ceria tapi masih berasap. Berasap dengan apa yang dia tempuh di sekolah tadi. Kejadian di bilik guru sewaktu pelajar tingkatan lima mengemas dewan pagi tadi, kembali menjengah kotak fikirannya.

"Ada apa cikgu nak jumpa saya ni?" tanya Razif.

Harraz yang sedang mengadap laptopnya segera mengkalihkan pandangannya kepada Razif. Wajah pelajar itu bersahaja memandangnya setelah melabuhkan punggung di kerusi guru sebelah meja Harraz. Harraz mengambil nafasnya sesaat.

"Saya nak tanya sikit dengan kamu," Harraz membuka bicara.

"Hmm. Apadia, cikgu?"

"Kamu buat apa semalam di kantin waktu rehat?"

"Makanlah, cikgu."

"Cakap betul-betul, Razif" suara Harraz dikeraskan.

"Betul la. Saya pergi kantin, makan. Nak buat apa lagi kat sana?" Razif memulangkan soalan entah apa-apa Harraz itu kepada tuan punya badan.

Mr. Sour TalkerTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang