BAB 51

7.3K 221 5
                                    

Ainal menarik nafasnya dalam-dalam. Nervous! Sebelum dia ke sini, semuanya okey sahaja. Tapi, bila dah sampai depan pintu bosnya ini, jantungnya semakin berdebar pula. Ya. Dia kini sedang berdiri di depan bilik Damian.

Sejak Ainal menyedarkan diri di hospital, Damian langsung tidak memunculkan dirinya. Ainal peka akan hal itu. Dia tahu, pasti Damian sudah tahu statusnya. Tapi, kenapa sampai tak melawatnya? Mungkin kerja di pejabat banyak kot. Ainal cuba menyedapkan hatinya.

Tangannya naik mengetuk pintu sebanyak dua kali. "Masuk." Laung Damian dari dalam.

Ainal melangkah masuk. Damian yang sedang membaca fail dokumen terus mengangkat wajahnya. Kaku. Ainal menggigit bibir bawahnya. Damian kembali membaca fail dokumennya.

"Damian?"

"Duduk." Dingin sahaja suara Damian mengarah. Ainal menunduk lalu melabuhkan punggungnya di kerusi bertentangan dengan Damian.

"I nak cakap something."

Damian masih tidak memandang Ainal. Dapat Ainal rasakan aura dingin Damian. Lagi menyeramkan daripada Harraz.

"I nak.. I..."

Kenapa ayat ni tak lancar?! Tadi dah rehearse. Elok je! Kenapa nak cakap depan-depan ni tak boleh? Marah Ainal dalam hati. Dia mengeluh perlahan.

"What do you want? Say it quickly. I'm busy right now, Ainal." Tegur Damian, serius.

Ainal memandang wajah dingin Damian. Dia tenangkan dirinya sesaat sebelum menyambung ayatnya.

"I nak quit."

Serentak itu, fail dokumen yang dibaca Damian tertutup. Damian mengalihkan pandangnya ke arah Ainal. Terpempam. Wajah Ainal menggambarkan bahawa dia tidak main-main.

"Excuse me?" Damian cuba memastikan apa yang dia dengar itu benar. Ainal mengangguk perlahan.

"Yes, Damian. I nak quit."

Damian tersenyum sinis seraya bersandar lemah pada kerusi kulitnya itu. Matanya masih melekat pada wajah Ainal.

"Is that it, huh?"

Terbit rasa bersalah dalam hati Ainal. "Yes."

"Send me your notice within 24 hours." Damian memejamkan matanya rapat. Dia memusingkan kerusinya membelakangi Ainal.

"Damian? I-"

"Within 24 hours, Ainal."

Dingin lagi. Ainal mengeluh kecil. Entah kenapa dia dapat rasakan yang suara Damian ada sedikit getaran. Ainal melangkah keluar. Sempat dia menoleh sekilas namun, Damian masih statik. Maafkan saya, Damian.

Damian tersenyum kelat. Dia memegang dadanya. Matanya dicelik. "What a great Monday."

Sekarang, gadis itu akan pergi. Kau sepatutnya gembira, Damian. Dia takkan sakitkan hati kau lagi. Damian senyum sinis. Dia tak sakitkan aku. Aku. Aku yang sakit rindukan dia. Tapi, dia milik orang. Aku rindukan hak orang? Heh.

Sakitnya bila ingat semula.

-------------

"Kenapa Kak Liya sedih je ni?" Ainal bertanya seraya mengemas barangnya di dalam bilik pejabatnya. Wajah muram Liyana dipandang sekilas. Liyana duduk di kerusi depan meja kerja Ainal.

"Nanti tak dapatlah akak lunch sama-sama dengan Ainal lepas ni."

Ainal tersenyum. Dia merapati Liyana. Bahu Liyana dipeluk. "Apa nak risau? Kak Liya kan ada nombor Ainal. Kalau nak lepak, call je."

Mr. Sour TalkerWhere stories live. Discover now