BAB 23

13.2K 511 7
                                    

"Sakit tangan aku tulis karangan tadi tu! Dah lah esok pun kena tulis esei Inggeris pulak. Lebamlah jari-jari aku yang cantik lagi bergaya ni!" sedari selesai menjawab kertas kedua bagi subjek Bahasa Melayu lagi, Erni tak habis-habis merungut. Ainal hanya mengiyakan saja kata-kata sahabat dunia akhirat dia itu. Jam menunjukkan jam 4.40 petang ketika mereka tiba di pondok pengawal.

Ainal melayangkan senyuman manisnya pada wanita yang bertugas di pondok pengawal sebagai tanda sapaannya. Erni pula masih dalam mod membebel. Mereka berdua duduk di bangku yang terletak di hadapan pondok pengawal itu.

"Kau tak penat ke bercakap dari tadi?" tanya Ainal. Kening kirinya dijungkitkan.

"Tak. Sebab aku geram, so aku tak penat," Erni mengeluarkan sepeket keropok Twisties dari dalam begnya lalu dikoyak plastik itu. Tangannya menyeluk ke dalam plastik tersebut dan mencapai beberapa keping keropok.

"Oi mak cik! SPM baru mula, kau dah melantak junkfood!" laju saja tangan Ainal merampas Twisties dari tangan Erni. Erni memasamkan mukanya sambil mengunyah saki-baki keropok dalam mulutnya.

"Haish! Biarlah! Bak sini!" Erni cuba merampas semula makanan kegemarannya namun, Ainal lebih cekap membaling Twisties tersebut ke dalam tong sampah tidak jauh dari mereka. Tepat! Masuk dalam tong hitam itu.

"Yeay! Gol!" Ainal tersengih.

"Jahatlah kau ni!"

"Alolo. Muka macam buah mangga dah dia. Hehehe. Hei, itu Reza kaulah! Cheer up!" Ainal mencubit manja pipi Erni. Erni mengkalihkan matanya ke depan. Kelihatan buah hatinya sedang maju kepadanya.

"Hai, Ainal. Hai, awak." sapa Reza. Erni senyum malu. Elele. Blushing pulak minah ni. Ainal tersengih memandang pasangan itu.

"Hai, Reza. Ni, kau tengok Erni ni. Ada ke patut dia makan junkfood waktu SPM? Aku dah buang lepas tu, dia nak merajuk. Mengada betul mak cik ni," seperti biasa Ainal melaporkan sikap mengada Erni pada Reza. Memang itu kerja Ainal sejak kawan baiknya bercinta dengan lelaki itu di tingkatan dua. Dan, hubungan mereka masih kekal hingga tahun SPM ini.

Setia betul masing-masing.

"Ainal! Kau ni! Hmm. Awak, jangan percaya cakap Ainal tau. Saya baik apa. Mana ada makan jajan," alahai lembut selembut kain sutera saja suara Erni bercakap dengan Reza. Kalau dengan dia, suara si Erni ni dah macam petir tunggal. Kecoh siot! Ainal membuat aksi ingin termuntah.

"Haa. Nak acah-acah muntah lah tu. Eee, budak ni kan!" Erni menyekeh lembut kepala Ainal. Ainal tak dapat melawan kecuali terjerit kecil. Al-maklumlah Erni kan tinggi lampai dan merupakan atlet sekolah. Ainal ni pendek je.

"Awak. Janganlah. Kesian Ainal tu. Dahlah badan dia kecil. Awak buli dia pulak." teguran Reza mematikan aksi ganas Erni. Dia menarik senyum malu. Control ayu jap.

Ainal membetulkan tudungnya yang dah senget sambil mencemik geram dengan Erni. Erni dan Reza hanya mampu tertawa.

"Oh ya, Ainal. Ada orang nak jumpa kau." ucap Reza. Dia menepuk dahinya kerana terlupa.

"Urm. Siapa?" Ainal menyangkutkan beg silangnya pada bahu.

"Pergilah kat bus stop luar tu." Reza seolah merahsiakan sambil tersenyum penuh makna.

Ainal yang masih pelik dan tertanya-tanya hanya menganggukkan kepalanya. Sempat juga dia berpeluk dan berlaga buku limanya bersama Erni.

"Bye, Erni. Jangan dating lama-lama tau! Aku report mak kau nanti!" pesan Ainal. Erni menjegilkan matanya sebelum ketawa malu.

----

Sesusuk tubuh yang sedang duduk di bangku bus stop menarik perhatian Ainal. Wajahnya langsung tak kelihatan dek kerana sweater berhoodie yang dipakai gerangan tersebut. Kepalanya tertunduk memandang lantai.

Mr. Sour TalkerWhere stories live. Discover now