BAB 30

13.8K 547 10
                                    

Majlis tahlil arwah berjalan pada keesokan harinya pada waktu petang. Ramai orang-orang masjid yang dijemput hadir. Tak lupa juga seisi kelas Ainal dan guru kelasnya, Cikgu Misha. Encik Yahya pun turut turun padang. Persiapan majlis itu semuanya dilakukan oleh Harraz sekeluarga dan MakSu Wana, adik papa Ainal.

Setelah selama satu jam bergema alunan bacaan surah Yassin dan tahlil dalam kediaman keluarga Ainal, para tetamu dijamukan hidangan masakan kampung. Menjelang dinihari, barulah beransur-ansur mereka pulang.

Ainal terduduk lesu di tangga sambil memerhatikan MakSu Wana dan lain-lain mengemas ruang tamu itu. Dia tiada daya untuk membantu. Lagipun, Datin Zubaidah tidak membenarkan dia membantu atas alasan, dia kelihatan kurang sihat. Ada betulnya juga kata umminya itu, kepalanya dari semalam lagi sakit. Sejak dapat berita pemergian ibu bapanya.

Erni melabuhkan punggungnya di sebelah Ainal. Bahu gadis itu diusapnya perlahan.

"Ainal. Aku sayang kau." ucap Erni. Ainal mengangguk kecil.

"Aku pun. Thanks datang dan bagi aku nasihat." tubuh Erni dipeluk Ainal. Erat.

"Semua yang jadi ni, ada hikmah. Kau takkan sorang. Aku ada. Aunty Zubaidah, ada. Uncle Azamuddin, ada. Hana, ada. Harraz, suami kau tu pun ada. Kami semua, akan selalu ada di samping kau." Erni berbisik lembut di telinga rakan baiknya itu.

Air mata Ainal tak semena-mena tumpah. Terharu dengan tutur kata Erni. Sungguh dia berasa syukur walaupun insan yang paling disayanginya telah tiada, namun, masih ada lagi insan yang setia di sisinya, mencurahkan kasih sayang yang tak terhingga padanya. Allah sayangkan aku. Semua ini dah tertulis dalam takdir aku. Aku kena redha. Getus Ainal.

"Dah. Jangan nangis. Tak comel nanti." Erni kesat air mata Ainal. Dia tersenyum manis.

"Erni!"

"Hah. Aku nak pergi dulu ni. Nak tolong Mak Su kau tu. Duduk diam-diam eh?" Erni bergegas ke dapur. Ainal memerhatikan kelibat Erni yang kalut itu sehingga lesap bayangnya. Dia memejamkan matanya erat seraya bersandar pada dinding tepi tangga itu. Nak pujuk hati.

"Ainal?" satu suara menegurnya. Suara yang pernah didengarinya! Perlahan-lahan Ainal mencelikkan matanya.

Razif.

Razif tersenyum.

"Takziah." katanya. Ainal hanya tersenyum lemah.

"Terima kasih datang."

Razif mengangguk.

"Kau okay?"

"Dia okay je. Tak perlu risaulah." Harraz tiba-tiba saja muncul dari bawah tangga. Riak wajahnya serius dan mencuka. Dia berdiri sambil menghulurkan tangannya pada Ainal. Gadis itu menyambut selamba. Langsung dia tidak peduli dengan renungan hairan Razif.

"Cikgu?"

Harraz senyum sinis.

"Razif, saya nak kenalkan pada kamu. My one and only wife, Ainal Sofiah." Ainal menoleh ke arah Harraz sekilas. What the...? Apa yang dia...?

"Wife? Ainal...?" Razif memandang Ainal. Riaknya jelas menunjukkan bahawa dia perlukan penjelasan. Ainal mati kutu.

Adakah dia harus berterus-terang?

Pada waktu ini...?! Tak sesuailah!

Tapi, Harraz...?

Ainal senyum hambar lalu mengangguk. Mungkin sudah sampai masanya dia menghebahkan statusnya. Nanti tak adalah dia bersusah payah ingin mengajak classmatenya ke majlis resepsinya dengan pelbagai soalan. Lagipun, dia sudah tidak bersekolah lagi dan jika Razif mahu menghebohkan tentang statusnya, tiada masalah.

Mr. Sour TalkerWhere stories live. Discover now