BAB 57

6.3K 202 1
                                    

"Tak sangka. Dalam diam kau dah ada isteri. Sampai hati kau, Raz. Kau tak cakap apapun kat aku." Tengku Irham berpeluk tubuh. Wajah Harraz yang jelas terpancar rasa bersalah itu dipandangnya tepat. Mereka kini sedang berada di rumah Harraz. Harraz yang minta Tengku Irham ke sini untuk memberitahu tentang majlis resepsi antara dia dan Ainal yang bakal berlangsung hujung minggu ini.

"Am, susah aku nak terangkan macam mana. Tapi, ini semua atas kehendak aku. Lagipun majlis nikah dulu, ummi dengan daddy buat secara tertutup kot. Orang yang terdekat je ada." Jawab Harraz. Tengku Irham menggeleng perlahan.

"Aku ni bukan orang terdekat kau lah?" Tengku Irham bersuara sayu. Konon nak merajuk. Memanglah aku bukan orang terdekat kau, Harraz. Aku khianati kau! Getus hati Tengku Irham.

"Ish, apa kau ni. Kau sentiasa dekat dengan aku, Am. Cuma kau belum balik cuti semester lagi kan waktu tu?" Harraz cuba memujuk. Tengku Irham tersenyum senget.

"Dekat betul ke ni?" Harraz mengangguk. "Dekat gila."

Tengku Irham mula mengusap lengan Harraz. Dia melirik mata nakalnya. "Hei, ini suami saya eh, Irham."

Teguran Ainal mematikan senyuman nakal Tengku Irham. Meletus tawa Harraz dan Ainal. Dulang yang berisi sepinggan donat dihidangkan.

"Amboi, masamnya muka. Meh lah makan donat ni. Manis tau." Usik Ainal. Berseri-seri terus wajah Tengku Irham melihat donat panas itu.

"Manis macam awaklah, Ainal."

Ainal menggelengkan kepalanya. Susah betul lah ada kawan yang bermulut manis macam Tengku Irham ni. Ada saja ayat pemikatnya. Nasib baik dia sudah bersuami.

"Memang manis pun isteri aku. Tapi, dia aku punya eh. Kau cari lain." Harraz memeluk bahu Ainal yang baru sahaja duduk di sebelahnya.

Tengku Irham mencebik. "Eleh, kuat cemburu."

"Mestilah."

"Tak apalah. Aku ada Ainal aku juga."

"What the fuck? Nama pun nak sama jugak apahal?! Confuse lah sial!"

"Lantaklah." Tengku Irham menjelirkan lidahnya. Mulut Harraz terkumat-kamit membebel dengan muka macam tapai basi. Tak puas hati betul tu. Ainal hanya tergelak melihat gelagat dua rakan baik itu.

———

From: Damian
Time: 9.45 a.m.
I nak jumpa u

Mesej yang baru diterima beberapa saat yang lalu dibaca Ainal buat kali kedua. Terkejut dia dengan mesej yang tiba-tiba saja dikirim oleh bekas bosnya. Ting! Mesej kedua dikirim lagi.

From: Damian
Time: 9.45 a.m.
Coffee House, 10.15.

Ainal mengetuk dagunya tanda berfikir. Apa tujuan Damian mahu bertemu dengannya? Runsing kepala Ainal. Dia mundar-mandir di dalam bilik tidurnya memikirkan samaada dia harus pergi ataupun tidak. Haish!

"Sayang." Panggil Harraz setelah menerobos masuk ke dalam bilik. Dahinya berkerut melihat muka serius Ainal.

"Hmm..."

"Kenapa mundar-mandir ni? Ada masalah negara ke?" Soal Harraz seraya menghalang jalan Ainal dari mundar-mandir lagi. Ainal gigit bibirnya.

"Haip! No biting lips. Tergoda abang nanti." Harraz mencuit hidung Ainal.

"Ish, apalah abang ni." Ainal tersenyum simpul lalu duduk di hujung katil. Harraz membuntutinya.

"Guraulah sayang. So, what's the problem? Muka sayang tadi serius je. Cakaplah kat abang. Abang boleh tolong."

Ainal memegang tangan Harraz erat. "Bukan masalah. Cuma..."

"Cuma?"

"Cuma... Damian..."

Riak wajah Harraz berubah kelat. "Damian..."

"Damian ajak jumpa sekejap. Ainal nak minta izin abang ni. Tapi kalau tak boleh, tak apa. Ainal tak pergi." Ainal pandang mata Harraz tepat. Dia tahu Harraz tidak begitu senang dengan Damian. Sama juga dengan Damian. Mereka masing-masing dingin. Bersengketa sejak kecil hanya kerana cemburu.

"Pergilah..." Harraz terus bangun.

"Abang, betul ke ni? Ainal tak nak abang moody. Kalau—"

"Abang izinkan." Harraz menoleh sekilas ke arah Ainal dengan senyuman sebelum dia melabuhkan dirinya di atas katil. Ainal pantas memeluk Harraz.

"Ainal balik cepat. Janji." Pipi Harraz dikucup. Harraz tersenyum.

"Kat sini?" Harraz menjuihkan bibirnya. Membulat mata Ainal.

"Mengada!"

—————

"Damian!" Panggil Ainal setelah ternampak kelibat Damian yang sedang mencari dirinya di dalam kafe itu. Damian berjalan ke arah Ainal lalu duduk bertentangan dengannya.

"Lama you tunggu?" Soal Damian.

"Taklah. I baru sampai." Ainal tersenyum kecil. Damian cuba mengalihkan pandangannya dari Ainal. Dia tak mahu tujuannya terbatal.

"You nak order apa-apa tak?" Ainal bertanya sebaik saja air minumannya tiba di meja. Damian menggeleng. Setelah pelayan berlalu, dia mengambil nafasnya sebentar dan menggenggam tangannya kuat di bawah meja.

"So, you nak cakap pasal apa?"

Damian tersenyum kelat. "I minta maaf."

"Maaf?"

"Maaf atas segalanya. I tahu I banyak buat salah pada you. I..."

Ainal mendiamkan diri. Menunggu sambungan ayat dari Damian. Wajah Damian kian suram.

"I buat semua hanya untuk dapatkan perhatian you. I minta maaf. I cintakan you. From the first moment, we met. I tak pernah rasa macam ni... you... are the first one..." Damian menunduk. Dia cuba menahan air matanya.

"...knowing that you are his wife... it's hurting me. I lose. Again. I'm sorry. I should've known. Kalau I tahu, mesti tak sakit macam ni kan?" Damian pandang mata Ainal sekilas sebelum dia merenung ke luar kafe. Ainal terkedu melihat mata berkaca lelaki itu.

"But, it's alright. I akan pergi jauh dari hidup you after this. I akan cuba lupakan you eventhough it's not easy as you are my first love. I'll try my best." Damian tersenyum. Matanya redup memandang Ainal.

"Damian—"

"I tahu you nak cakap apa. And, my answer is, no. This is not your fault."

Ainal terpempam. Dia menyimpulkan jari-jemarinya. "I minta maaf juga Damian. I tak sepatutnya rahsiakan tentang perkahwinan I."

"Shh... enough. Forget it. Jangan ingat lagi semua tu."

Hati Ainal agak meruntun dengan kata-kata Damian. Melihatkan wajah sugul Damian juga membuatkan dia berasa sayu.

"I... I harap you dan Harraz bahagia sampai bila-bila. Selamat pengantin baru, Ainal Sofiah." Damian tersenyum.

"Te—terima kasih, Damian..."

"I tak dapat datang majlis you nanti. Jangan tunggu I okey?"

"Kenapa?"

"I balik Frankfurt. Settle a few stuffs." Ainal mengangguk.

"Ainal, am I forgiven for loving you all this while?" Damian pandang Ainal lembut. Ainal terpempam.

•••••••

Emosional sikit waktu snow tulis part Damian. Dah lah tengah dengar lagu Breathe by Lee Hi pastu sambung lagu Good To You by 2NE1. Makin bertambah sedih snow tau. Feeling betul. Snow sayang Damian ni kot. Korang rasa macam mana?

Damian🙁❤️

Mr. Sour TalkerWhere stories live. Discover now