BAB 52

7K 226 10
                                    

Kereta Harraz meluncur laju ke rumah Razif. Jantungnya berdegup kencang. Dia tak senang duduk. Gelisah. Apatah lagi orang yang bakal dia jumpa ini seorang yang bersifat berani mati. Akhirnya sampai juga mereka di rumah Razif. Harraz menekan loceng berkali-kali.

Pintu utama rumah banglo itu terkuak. Terjengul wajah tua seorang wanita. Wanita itu berjalan ke arah Harraz dan Erni. Erni bersalaman dengannya.

"Assalamualaikum, mak cik. Saya Erni, kawan Razif. Kami nak jumpa Razif, boleh?" Sopan Erni berkata. Wanita itu tersenyum hambar.

"Waalaikumussalam. Razif tak ada." Lemah sahaja suara wanita tua itu. Dia cuba tahan air matanya. Erni memeluk bahu wanita tua itu.

"Mak cik tahu Razif pergi mana?"

Terjelopok wanita tua itu ke lantai. Air matanya terembes keluar jua. "Mak cik tak tahu nak buat apa dah. Dia lari tinggalkan kami. Puas kami halang dia. Tapi dia tetap nak kejar budak tu."

"Budak mana mak cik?" Erni bertanya seraya membantu wanita tua itu bangun. Harraz turut membantu juga.

"Ibu!" Seorang gadis meluru ke arah wanita tua itu. Dia memeriksa tubuh wanita itu.

"Ibu tak apa-apa?" Soalnya. Wanita tua itu menggeleng perlahan.

"Maya.. ni kawan Razif..." wanita tua itu menuding ke arah Erni dan Harraz. Maya mengangguk.

"Masuklah."

---------------------

Harraz mengepal tumbuknya. Dia menumbuk kasar pintu bilik neraka itu. Erni di sebelahnya hanya mampu mengucap. Tak sangka Razif boleh berubah.

Mr. Sour TalkerWhere stories live. Discover now