BAB 44

8.2K 259 10
                                    

Datin Zubaidah tersenyum lebar melihat pasangan bahagia di hadapannya itu. Gembira di hati sehinggakan tiada kata yang mampu diungkapkan. Dia hanya berdoa agar pasangan itu terus bahagia selamanya. Wajarlah keputusannya untuk menyatukan dua insan ini tepat. Memang sudah tertulis jodoh mereka.

"Ummi? Aik, termenung pulak?" Ainal menggawang-gawangkan tangannya di depan wajah Datin Zubaidah. Harraz tertawa kecil.

"Termenung ingatkan si cinta hati lah tu~" usik Harraz. Datin Zubaidah menepuk lengan anak lelakinya itu. Geram.

"Hish, cinta apanya."

"Cinta ummi lah. Daddy." Ainal mencelah. Meletus kuat tawa Harraz. Mata Datin Zubaidah membulat. Ya Allah, budak-budak ni. Masing-masing kenakan aku ya. Gumam hati tuanya.

"Seronok betul ya kamu berdua ni kenakan ummi."

"Alah, sorry ummi. Lain kali, Ainal dengan Abang Harraz buat lagi." Ainal sambung ketawa lagi. Datin Zubaidah menggelengkan kepalanya. Alahai, pasrah aje lah dapat menantu masuk air. Nasib baik comel.

"Sekali-sekala ummi. Apa salahnya. Kan sayang?" Harraz mengenyitkan matanya pada Ainal. Tersenyum lebar gadis itu.

"Sudahlah. Tak habis lagi pula dia. Ni, kamu berdua dah pilih ke belum design baju? Warna semua dah decide?" Soalan Datin Zubaidah dibalas dengan anggukan Ainal dan Harraz. Bersemangat betul.

"Dah! Tu yang Ainal panggil ummi tadi. Nak minta pendapat ummi. Cantik tak warna yang kami pilih?" Katalog busana pengantin dihulur.

"Cantik ni. Felly, you rasa macan mana?" Felly, pemilik butik pengantin itu tersenyum. "Bagus pilihan Ainal ni, datin. Sesuai dengan warna kulit dia."

Ainal tersengih. Kembang pula dia dipuji sebegitu. "Kalau macam tu, Felly, you boleh lah ambil ukuran mereka berdua ni."

Felly mengangguk lalu menggamit Ainal berdiri. Dia memulakan tugasnya mengukur. Sesekali dia memuji tubuh langsing Ainal dan wajah cantik gadis itu. Tersipu-sipu Ainal jadinya.

Telefon pintar Harraz berbunyi mematikan suasana harmoni itu. Serta-merta wajah Harraz bertukar serius setelah membaca nama yang tertera di skrin gajet itu.

"Ummi, Harraz keluar kejap." Ujar Harraz sebelum melangkah keluar dari butik itu. Datin Zubaidah menghantar pemergian Harraz dengan pandangan matanya saja. Dia langsung tak perasankan riak wajah anaknya yang berubah itu.

Tidak pula bagi Ainal. Dia perasankan segalanya. Hatinya terbit rasa tertanya-tanya.

------

"Good morning, kiddo." Sapaan daripada Damian dibalas dengan keluhan kecil oleh Ainal. Tak bersemangat langsung dia pagi ini. Damian yang hairan dengan sikap Ainal, segera membuntuti gadis itu hingga ke biliknya.

Ainal mencampakkan begnya ke meja sebelum duduk di kerusi kulitnya. Kening kirinya terangkat sedikit tatkala memandang Damian yang tercegat di pintu biliknya.

"You nak apa ni, Damian? Kalau you datang nak buat I annoy macam biasa, sorrylah. I tak ada mood."

Ainal memejamkan matanya sesaat. Jarinya mengurut pelipisnya perlahan. "That is why I'm here. I wanna know, what happened to you this morning. Masuk office je muka macam cekodok basi."

Damian menghampiri meja Ainal. Gadis itu memandangnya kosong. "Nothing. Biasalah. Perempuan tak ada mood."

"Are you telling me the truth?"

Ainal mengangkat bahunya. "Yes. So, can you leave me alone? I nak buat kerja."

Damian mengecilkan matanya memandang Ainal. Dia mengundur perlahan namun, matanya masih memandang Ainal.

Ainal berkerut seribu. Pelik dengan pandangan Damian itu. "What?"

"Oh, nothing. Happy working." Damian berlagak biasa lalu meninggalkan bilik Ainal. Ainal menggelengkan kepalanya.

Telefon pintar dikeluarkan dari dalam beg tangannya. Mesej yang diterimanya sejam yang lalu dibaca semula.

From: +60172256851
Time: 7.30 a.m
Can't wait to meet you soon, dear❤

Ainal menelan liurnya yang terasa kelat. Meremang bulu romanya. Creepy. Ainal berkira-kira sama ada dia perlu merahsiakan hal ini daripada Harraz ataupun tidak. Kalau Harraz tahu, pasti lelaki itu pasti risaukan dirinya. Kalau Harraz tak tahu, dia pula yang rasakan tidak selamat. Pening!

Sudahnya, Ainal mengabaikan fikiran dan kata hatinya. Kerja harus diteruskan.

----------

Tengku Irham menyeluk kaca mata hitamnya ke dalam poket jeansnya. Rimas pula dia ke sana sini dengan kaca mata itu. Gambar gadis pujaannya yang menjadi wallpaper telefon pintarnya ditatap seketika. Tersenyum dia melihat wajah ayu gadis itu. Comel.

Dalam pada dia melayan perasaan, serasa lehernya dirangkul dari belakang. Wangian yang cukup dikenalinya itu membuatkan dia berasa tidak selesa.

"Who is she?" Soal si gerangan di belakang Tengku Irham. Tengku Irham menolak tangan yang merangkul lehernya itu.

"Hands off, Zirah." Safwa Nazirah meleraikan rangkulannya lalu duduk di sebelah Tengku Irham. Dia tersenyum menggoda.

"Seems like you have been lose in my game." Nazirah menyilangkan kakinya yang putih dan panjang persis model itu. Tengku Irham mengeluh kecil. Dia memicit dahinya sesaat.

"Look, Am. You cuba elak daripada I macam mana pun, I still can find you. We have been friends since we were in the high school." Nazirah tersenyum sinis. Lengan kanan Tengku Irham diusap lembut. Kepalanya dilentokkan pada bahu Tengku Irham.

"Why, Am? I think, you don't have to do that so. Harraz takkan tahu pun about it."

Tengku Irham menolak tangan Nazirah yang semakin liar mengusap lengannya. Nazirah tertawa halus. "I will never betray my friendship." Tegas Tengku Irham bersuara.

Mana mungkin dia mahu bersubahat dengan gadis yang telah menghancurkan hati sahabatnya. Melihatkan betapa kecewanya Harraz Aqeef dipermainkan Safwa Nazirah sebelum ini, membuatkan dia serik. Safwa Nazirah. Gadis yang cukup bijak dalam memanipulasi akal fikiran. Dan kerana fakta yang satu itulah, Tengku Irham berkeras dengan pendiriannya.

"Irham, you jangan lupa a thing. You pernah khianat Harraz. And, he didn't know about it." Nazirah memeluk tubuhnya. "But... it's okay lah. We keep it a secret lah."

Tengku Irham mendengus. "Don't you ever manipulating my mind."

Nazirah ketawa mengejek. "Opps.. just did."

"Come on, dude. Just proceed with my plan."

"I don't believe in you." Ujar Tengku Irham, tajam.

"Am, seriously. This time, I'll never repeat my mistakes. I promise. I just want my Harraz back. That's all." Nazirah beriak serius. Tangan kanannya diangkat persis bersumpah.

"Whatever, Zirah. You dengan janji you tu layak dipijak je." Tengku Irham bangkit. Beberapa not kertas diselit bawah cawan. Nazirah tersenyum senget. Walaupun dia agak sebal dengan perlian Tengku Irham, dia masih mampu melayangkan senyuman gediknya itu.

"Susah betul you nak tolong I kan?"

Tengku Irham mula mengatur langkah. Malas mahu layan drama gadis seksi itu lagi.

"How about if I touch your girl, a bit?"

Langkah Tengku Irham terhenti.

Jantungnya terasa luruh.

Terpaku.


****************************************

So, what do you guys think? Tengku Irham will help Safwa Nazirah or not?

Friendship or love????

Hehehehehehehehehe.

Keep supporting and voting me! ❤

Mr. Sour TalkerWhere stories live. Discover now