BAB 58

6.7K 209 17
                                    

Rumah agam Dato' Azamuddin kini meriah dengan suara-suara keluarga besarnya. Masing-masing sibuk berbual dan menghabiskan persiapan untuk majlis resepsi Harraz dan Ainal. Ada yang sibuk berinai, ada yang berbual, ada yang menyediakan bunga telur dan macam-macam ragam lagi.

Erni juga turut bersama keluarga itu untuk memenuhi permintaan Ainal dan Hana yang mahukan dia memeriahkan suasana. Haniz turut senang dengan kehadiran teman rapat adik iparnya itu.

"Kak Haniz, Ainal naik atas kejap ya. Nak cari Harraz." Bahu Haniz ditepuk lembut. Haniz menaikkan ibu jarinya sebelum menyambung memakai inai pada jari kirinya. Ainal mengatur  langkah ke tingkat atas.

Sejak petang tadi, selepas makan malam, suaminya langsung tak munculkan diri di tingkat bawah. Dia tak mahu saudara-mara yang lain mengata. Jadi dia harus cari juga Harraz. Pintu bilik tidurnya dikuak. Kosong.

Sayup-sayup kedengaran suara Harraz dari balkoni bilik tidur mereka. Ainal mendekati balkoni tersebut dengan menapak secara perlahan-lahan.

"I akan ceraikan dia. You relaks sikit boleh tak?" Suara Harraz semakin jelas di pendengarannya. Bagaikan mahu tercabut jantung Ainal. Terkejut. Apa? Harraz? Harraz mahu ceraikannya?

"I tahu apa yang I buat. Yes. Dia tak tahu. I pun rindu you."

Ainal memegang dadanya. Sakit. Sakitnya hati dia. Bibirnya diketap kuat. Jadi, Harraz menipu dirinya selama ini? Matanya mula berkaca.

"Esok majlis I. Kita jumpa kat situ je. Bye. Love you." Harraz menamatkan talian lalu berpaling ke arah pintu gelangsar. Terkedu dia melihat wajah basah Ainal. Namun, sedikit pun dia tidak menegur gadis itu, malah dia terus masuk ke dalam bilik dan keluar.

Ainal terduduk di lantai. Kenapa mesti perkara ini berlaku di saat dia kecapi kebahagiaan? Kenapa mesti dia? Kenapa Harraz bersikap sebegitu? Tiada kata-kata maaf?

———————

Ainal memandang biasan dirinya pada cermin. Kalaulah hatinya boleh bercakap, pasti hatinya minta supaya berhenti mencintai Harraz. Tapi, dia sudah terlanjur mencintai lelaki bernama Harraz Aqeef. Dadanya sakit setiap kali fikirannya menerawang akan segala butir kata Harraz malam semalam. Benarkah Harraz mahu menceraikannya?

"Ainal, Ainal." Berkali-kali Erni menepuk tangannya di depan wajah Ainal. Baru kali ini gadis itu bagaikan tersedar dari lamunan.

"Ya, Erni. Kenapa?"

"Kau tu kenapa? Dari mula siap sampai habis, muka kau langsung tak berubah. Mendung je kenapa?" Rungut Erni. Ainal senyum kecil.

"Tak ada apalah. Perut aku macam tak sedap. Moody sikit je." Ainal cuba menyedapkan hati Erni. Dia tak mahu kawan baiknya itu fikir yang bukan-bukan. Sudahlah dia menipu tentang keberadaan Harraz yang tidak tidur di rumah semalaman. Pagi Subuh baru pulang. Ainal beritahu pada keluarga Harraz bahawa Harraz ada hal penting yang perlu diuruskan dengan kawan.

Padahal, Ainal sendiri pun tidak tahu kemana Harraz pergi. Kecewa di hati tak usah dikata.

"Kau nak ubat apa-apa tak?" Ainal menggeleng. "Tak apa. Dah okay sikit."

"Ainal dah ready ke?" Muncul Haniz di muka pintu. Dia tersengih.

"Semua nak gerak ke hotel ya kak?" Erni bertanya pada Haniz. "Haah, jom."

———————

Lenguh otot pipi dek kerana senyum memanjang saja. Sejak dari mula majlis, hinggalah selesai makan beradab. Ainal mengurut kecil rahangnya sebentar. Matanya tak lekang dari melilau ke sana sini. Sesekali dia tersenyum pada tetamu-tetamu mertuanya. Keadaan di dalam dewan hotel itu sangat meriah sampai nak cari kelibat Erni dan adik beradik iparnya pun susah.

Harraz?

Katanya mahu ke tandas. Bukan dia beritahu pada Ainal tapi pada Erni sebelum mereka selesai makan beradab setengah jam lalu. Ainal hanya keseorangan saja di tepi pelamin, menunggu Harraz. Mahu berjalan bersama suaminya dan berjumpa dengan tetamu-tetamu majlis. Ainal mengeluh perlahan.

"Mengeluh nampak?" Tegur seseorang. Ainal mendongak ke arah suara itu. Seorang lelaki tinggi lampai tersenyum padanya. Ainal menaikkan keningnya.

"Saya Shauqi. Kawan Harraz." Shauqi memperkenalkan dirinya. Ainal terus senyum dan menundukkam dirinya sebagai tanda hormat.

"Hai, saya Ainal."

"Dapat juga saya tengok isteri Harraz ya? Selalu dengar dari mulut Harraz je pasal awak." Shauqi bermukadimah. Hati Ainal terusik dengan ayat Shauqi.

"Selalu dengar dari mulut Harraz je pasal awak."

Harraz ada bercakap tentang dirinya? Yang baik atau buruk? Tertanya-tanya Ainal dibuatnya.

"Ainal."

Ainal tersedar dari lamunan. "Eh, ya, ya saya. Awak cakap apa tadi?"

"Awak mengelamun ya?" Shauqi tergelak kecil. Ainal meramas tangannya sendiri. Malu.

"Err.. maaf.."

"Saya tanya kenapa awak seorang aje kat sini? Mana Harraz?"

Ainal tersenyum palsu. "Dia pergi tandas. Awak nak jumpa dia eh? Pergilah kot-kot dia masih di tandas."

"Tapi saya baru balik dari tandas ni. Harraz tak ada pun kat situ." Shauqi berkerut dahi. Riak wajah Ainal berubah kelam. Rasa macam setepek kena kat muka ni. Rasa macam tipu orang tapi ditipu sebenarnya.

"Ainal, awak okey tak?" Soal Shauqi. Dia perasankan riak wajah Ainal yang berubah itu. Hatinya dapat menghidu sesuatu. Ada yang tak kena dengan hubungan Ainal dan Harraz.

"Saya... okey. Shauqi, saya nak cari kawan saya kejap tau. Nice to meet you. Thanks datang majlis ni." Ainal cuba memaniskan mukanya walaupun rasa macam nak menangis dah. Malu benar dia dengan Shauqi ini. Dia tak mahu Shauqi mengesyaki apa-apa tentang Harraz.

"Sama-sama." Shauqi menjawab perlahan. Dia menghantar pemergian Ainal dengan pandangan saja. Kasihan pula dia pada gadis itu. Telefon bimbit dikeluarkan lalu nombor Harraz didail.

"Hello?" Talian bersambung. Shauqi melepaskan nafas leganya. "Weh, Har—"

"Siapa call tu baby— Zi, lepas kejap. I nak cakap ni— nooo! Hehehe." Terbuntang luas mata Shauqi. Berselang-seli suara Harraz dan seorang wanita yang tidak dikenalinya di talian. Panas pula hati Shauqi.

"Harraz! Kau kat mana?! Siapa tu?" Shauqi berlari keluar dari dewan hotel itu. Suaranya cuba dikawal sebaik mungkin.

"Hey, you salah nombor. Oh, by the way, jom join. We're having fun here." Suara wanita yang tidak dikenali itu menjadi penamat talian. Shauqi menendang dinding di tepinya.

"Bodoh, bodoh." Shauqi menggelengkan kepalanya. "Shauqi."

Shauqi tersentak. Oh, tidak. Jangan kata...

"Awak tahu Harraz kat mana?" Wajah sugul Ainal memenuhi ruang mata Shauqi. Dia termati kata.

"Ainal... saya..."

Bip. Bip.

Telefon bimbit Ainal berbunyi. Pantas jarinya menekan simbol mesej. Harraz. Ainal tersenyum simpul. Tak sangka Harraz mahu bercakap dengannya.

From: My Husband❤️
Time: 11.34 a.m.
Come to this room, 2455.

"Shauqi, awak nak jumpa Harraz kan? Jom. Saya tahu dia ada kat mana." Ainal teruja. Wajah Shauqi berubah kelat.

"Eh.. awak tahu? Harraz kat mana?"

"Jomlah ikut saya. Dia tunggu saya kat bilik hotel." Shauqi rasa bersalah. Dia tak mahu Ainal lihat benda yang tak sepatutnya Ainal lihat. Pasti Ainal akan kecewa.

"Tapi... saya rasa saya tak nak kot jumpa dia. Sebab saya boleh jumpa dia lain kali."

Ainal menggelengkan kepalanya. "Tapi awak temanlah saya. Kita pergi naik sama-sama. Bolehlah?"

Shauqi tersenyum pahit. Ainal, maafkan saya.

Mr. Sour TalkerWhere stories live. Discover now