BAB 3

17.3K 623 2
                                    


Ainal yang sudah bersiap berwuduk dan memakai telekung segera turun ke tingkat dua untuk melangkah ke surau kecil rumah agam itu. Dia hairan. Mana pulak suami aku ni? Hati Ainal masih berteka-teki. Dia terpaksa menggunakan bilik air di dalam bilik Harraz yang berada di tingkat paling atas iaitu tingkat tiga setelah disuruh Hana. Merengkeh-rengkeh dia mengangkat bagasinya ke tingkat atas.

Kaki Ainal menapak di depan pintu surau. Jumpa pun! Dia tersenyum melihat bapa mertuanya sedang membentangkan sejadah sendirian.

"Assalamualaikum, daddy. Boleh Ainal tolong? Kesian daddy buat sorang-sorang." Ainal menyapa Dato' Azamuddin, tersenyum.

"Waalaikumussalam. Boleh je Ainal. Tapi, nak siap dah ni haa," jawab Dato' Azamuddin.

"Tak apa. Daddy duduk je. Biar Ainal habiskan," Ainal berkata seraya tangannya pantas membentangkan tiga helai lagi sejadah.

"Hai, daddy! Hai, Kak Ainal!" Hana menegur dengan wajahnya yang terlebih excited di muka pintu. Dato' Azamuddin menggelengkan kepalanya beberapa kali lalu tersenyum. Sungguh sikap anaknya yang seorang ini amat berbeza dengan yang bernama Harraz itu. Hana lebih ceria dan banyak cakap. Anak keduanya yang masih berada di Australia pula, Haniz, seorang yang berpemikiran matang dan penyayang. Harraz saja yang berbeza. Pemarah, keras kepala dan serius saja.

"Daddy? Ooo...daddy. Termenung pulak?" tergawang-gawang tangan Hana di hadapan wajah Dato' Azamuddin. Tersentak lamunannya.

"Eh. Hana..."

"Daddy, jom la solat. Dah masuk waktu dah ni," ujar Hana.

Belum sempat Dato' Azamuddin menjawab, seseorang muncul di muka pintu surau tercungap-cungap. Wajahnya basah dengan air wuduk. Semua mata yang berada dalam surau itu memandangnya.

"Sorry, lambat" ucap Harraz sambil melangkah masuk ke dalam surau. Dia sempat melihat semua orang telah pun mengambil tempat masing-masing untuk memulakan solat.

"Harraz jadi imam malam ni eh?" Dato' Azamuddin menepuk bahu anak sulungnya itu. Harraz terkaku. Aduh. Aku jadi imam...? Tak pernah daddy suruh aku jadi imam. Tiba-tiba malam ni kena pulak kenapa? Mesti sebab perempuan tu! Harraz sempat membebel dalam hatinya. Geram pula dia.

"Harraz? Harraz boleh kan?" tanya Dato' Azamuddin lembut. Dia perasan riak wajah Harraz berubah sikit. Mana taknya, selama ini, yang menjadi imam di rumah mereka adalah Dato' Azamuddin itu sendiri. Malam ini, tercetus pula idea orang tua itu ingin menjadikan Harraz imam.

"Hmm. Okay." jawab Harraz, terpaksa! Kalau dijawab tak, apa pula kata isterinya. Mesti kutuk kaw-kaw punya. Dia ada ego tau. Huh.

Solat Maghrib dan Isyak diimamkan Harraz sekaligus. Sementara menunggu waktu Isyak, mereka semua mendengar tazkirah ringkas daripada Dato' Azamuddin. Setelah selesai menunaikan kewajipan sebagai khalifah Allah, mereka semua menikmati hidangan makan malam bersama.

Ainal mencedokkan nasi ke dalam semua pinggan sebelum melabuhkan punggungnya di sebelah Harraz. Itupun setelah dipaksa Hana. Katanya, jangan ketara sangat kalau Ainal tak suka pada abangnya itu. Wah. Hana tahu rupanya tentang masalah yang dihadapi Ainal. Pada mulanya, Ainal agak terkejut namun setelah dijelaskan Hana dari A sampai Z kepadanya, barulah dia mengerti. Dato' Azamuddin dan Datin Zubaidah juga tahu rupanya.

"Harraz...mintalah Ainal ambilkan lauk untuk kamu. Kan jauh tu..." Datin Zubaidah menegur Harraz yang terkulat-kulat memandang lauk-pauk dihadapannya. Ainal tersentak namun, dikawalnya. Dijelingnya sedikit wajah Harraz di kirinya. Huh. Muka takde perasaan.

"Sayang..."

Blurrrhhhh! Uhuk uhuk.

Tersedak Ainal dibuatnya tatkala Harraz memanggilnya sayang. Sakit tekaknya kerana menelan air sirap secara terpaksa. Mata-mata di meja makan itu semua memandangnya. Dato' Azamuddin dan isterinya tersenyum kecil. Manakala, Hana dan Mak Jah, orang gaji keluarga itu, tersengih. Wajah Ainal memerah malu.

"Nah, tisu. Lap mulu tu, dah comot dah," Harraz menghulurkan sehelai tisu pada Ainal. Ainal lambat-lambat menyambut.

"Along. Along lapkan la mulut Kak Ainal tu. Baru sweet!" sampuk Hana sambil tersengih. Pinggangnya lantas dicubit manja Datin Zubaidah. Hei budak ni. Tak makan saman betul!

Mata Ainal membulat. Gila apa Hana ni? Malu la aku. Takkan la mamat ni nak buat macam tu ka....

Harraz dengan wajah tanpa riaknya mengelap lembut mulut Ainal. Ainal terkesima. Aduh. Jantung...kau jangan. Jangan nak mengada nak berlari eh. Dup dap dup dap. Pipi Ainal semakin merah. Merah macam tomato.

"She's blushing, ummi!" jerit Hana riang. Datin Zubaidah tersenyum manakala Dato' Azamuddin ketawa kecil. Gelagat pasangan muda yang agak awkward itu menjadi tatapan mereka walaupun mereka cukup tahu bahawa ianya hanya lakonan semata.

Ainal mencedokkan lauk ayam masak merah dan sayur goreng ke dalam pinggan Harraz sebelum kembali menyambung suapannya yang tergendala. Mereka menjamah makan malam itu dengan gembira sekali bersama keletah Hana yang lucu dan comel. Harraz langsung tidak beriak apa-apa. Mukanya serius saja.

---

"Harraz, Ainal, pergilah naik tidur. Ummi tahu kamu berdua penat," Datin Zubaidah menepuk paha Ainal lembut. Tumpuannya pada rancangan televisyen tadi dikalih pada Datin Zubaidah. Sempat dia menjeling wajah Harraz dihadapannya yang turut leka dengan hiburan di televisyen itu.

"Tak apalah, ummi. Ainal tak mengantuk lagi ni. Kejap lagi Ainal masuk bilik," ujar Ainal sambil tersenyum manis. Sebenarnya dia berasa segan untuk menapak ke dalam bilik Harraz. Debar weh!

"Muka Ainal tu nampak sangat letih. Dah, dah. Pergi rehat. Esok-esok boleh sambung lagi tengok tv tu..."

Ainal menarik senyum kecil. Akhirnya, dia akur juga kata-kata umminya walaupun sebenarnya memang dia terasa amat letih. Jadi pengantin pun letih. Huh. Apa nak jadi?

"Hmm, ok. Ainal masuk bilik dulu ya, ummi, daddy, Hana. Assalamualaikum," ucap Ainal lalu beredar selepas salamnya dijawab ahli keluarga itu.

Satu lagi masalah menerpa tatkala Ainal sempat menoleh ke belakang. Harraz sedang membawa secawan hot chocolate dan menuju ke lift dalam rumah itu untuk ke tingkat atas. Mata Ainal membulat. Oh no! Dengan kuasa cahaya, Ainal melajukan langkahnya ke tingkat atas, bilik Harraz.

---

Mr. Sour TalkerWhere stories live. Discover now