BAB 5

16.7K 646 1
                                    


Harraz tersedar daripada lenanya tatkala jam loceng handphonenya nyaring berbunyi. Tangannya segera mematikan deringan jam loceng itu. Matanya digosokkan beberapa kali sebelum mencuri lihat sofa di sudut biliknya. Kosong. Harraz membuka matanya seluas yang mungkin. Sofa itu kosong. Mana pulak budak ni pergi?

Harraz berlalu ke bilik air untuk membersihkan diri dan berwuduk untuk menunaikan solat subuh. Setelah 15 minit berlalu, Harraz menapak keluar bersama bathrobe tersarung di badannya. Dia pantas menukar pakaian sebelum menunaikan solat subuh.

Jam dinding di bilik itu dikerling sekilas Harraz. 6:25 am. Harraz melipat sejadah dan menggantungkannya pada penyidai khas. Dia masih hairan. Mana Ainal ni? Tak bangun pagi ke? Harraz duduk di sofa yang diduduki Ainal malam tadi.

Tiba-tiba, telinganya menangkap suara orang mengeliat kecil. Harraz cemas dan pelik. Ada orang merompak ke? Eh.

"Huargh! Hmm..."

Harraz cuba mencari suara itu di setiap pelosok biliknya. Handphone milik Ainal pula berbunyi. Tanda bateri gadget itu sudah penuh. Harraz curi lihat lalu mencabutkan plag pengecas itu.

"Huaarrggghhh....aduh!" Harraz kenal suara itu. Suara Ainal. Dia cuba mengenalpasti sumber suara itu. Telingnya masih menangkap suara Ainal merungut.

"Awww. Sakitnya..." Ainal menggosok-gosok dahinya yang berdenyut-denyut itu. Pening lalat sekejap. Dia cuba mengiring ke kiri untuk keluar dari tempat tidurnya. Namun, belum sempat dia keluar, terjengul wajah Harraz yang menundukkan kepalanya dan meniarap seperti askar yang ingin membuat tekan tubi. Terkejut Ainal sehinggakan dahinya terhantuk pada bawah katil buat kedua kalinya.

"Awww...ish. Sakitnya!"

"Woi, kau buat apa kat bawah katil ni?" Harraz bertanya seraya melakukan aksi tekan tubi. Kononnya, tak mahu dicop Ainal bahawa dia sedang mencari gadis itu.

Ainal berjaya keluar dari bawah katil itu. Dia membetul-betulkan pijama yang terselak sedikit. Bantal ditepuknya berkali-kali dan diletakkannya diatas katil. Rambutnya yang blonde itu kelihatan kusut masai. Harraz berdiri.

Dia terkaku sebentar. Wajah Ainal yang masih pisat-pisat itu ditatapnya. Mata hazel milik Ainal masih terkelip-kelip, bulu mata yang lentik, bibir mungil yang merah bak delima dan hidung mancung itu terhias indah di matanya. Cantik! Harraz telan liur. Kenapa dia cantik sangat pagi ni? Dia baru bangun tidur kot?!

Ainal mencapai tuala dan pakaiannya sebelum masuk ke dalam bilik air untuk mandi. Pintu bilik air dikatupnya rapat. Wajah selekehnya dipandang pada biasan cermin. Ada air liur basi ke kat muka aku ni? Eh? Tak ada pulak. Dah tu, kenapa Harraz pandang aku lain macam? Ish. Pelik je. Ainal mencapai berus gigi dan membilasnya. Dia kembali memandang cermin. Wait. Something is not right here. Ainal membelek mukanya pada cermin. Matanya terpandangkan biasan rambutnya pada cermin. Membulat matanya. Aku tak pakai tudung! Patutlah. Argh. Tak guna.

---

Harraz duduk di kerusi meja makan sambil matanya fokus menatap skrin handphonenya. Mak Jah yang sibuk menghidangkan makanan, terus mencedok makaroni goreng ke dalam pinggan Harraz.

"Tuan muda, jemput makan..." Mak Jah menjemput sambil tersenyum mesra. Harraz hanya mengangguk.

"Morning, Mak Jah! Morning, along!" sapa Hana, ceria. Harraz hanya mengangguk saja. Hana duduk bertentangan dengan abangnya.

"Morning, Hana. Hana nak Mak Jah buatkan susu ke?" Hana menggeleng.
Mak Jah tersenyum dan beredar ke dapur.

"Mana Kak Ainal, long?"

Mr. Sour TalkerWhere stories live. Discover now