BAB 14

15K 542 10
                                    

Ainal menyediakan sarapan sementara menunggu suaminya pulang dari mana pun, dia tidak tahu. Harraz tak mahu beritahu pada dia. Heh. Kadang-kadang, geram juga Ainal bila bertanya pada Harraz, nak pergi mana. Tetapi, dia pula yang dicop penyibuk. Heh. Dari hari pertama dia menjadi isteri kepada harimau PMS itu lagi, dia sudah lali dengan sikap Harraz yang suka berahsia.

Pintu utama ditolak Harraz. Wajahnya yang basah dek keringat dilapnya dengan sehelai tuala kecil perlahan. Hidungnya menangkap bau nasi lemak yang semerbak dari ruang makan. Laju kakinya melangkah ke sana.

Kelibat Ainal yang sedang menatang sedulang teko dan dua cawan menyapa pandangannya. Gadis itu segera menyediakan secawan teh pada Harraz setelah Harraz melabuhkan punggungnya di kerusi, meja makan.

"Siapa yang masak ni?" soal Harraz. Walaupun dia tahu bahawa di dalam rumah ini hanya dia dan Ainal saja diami. Sengaja dia mahu membuka bicara agar tidak dianggap dia sedang kelaparan dan tergoda dengan bau nasi lemak ini.

"Makhluk Tuhan paling seksi," selamba Ainal menjawab. Dia tersengih lalu duduk bertentangan dengan Harraz.

Membulat mata Harraz. Gila la budak ni. Beraninya dia cakap macam tu depan aku? Dia tak segan silu ke? Haish. Kau ni, Harraz. Budak tu kan isteri kau. Apa dia kisah kalau dia cakap macam tu? Kau nak hairan kenapa? Hati Harraz bermonolog.

"Awak kenapa? Sakit perut ke? Muka berkerut-kerut je tu," Ainal menghulurkan pinggan yang siap diisi nasi lemak kepada Harraz. Dia berfikir sejenak. Aku salah cakap ke? Tak, rasanya. Tapi apa kejadahnya aku cakap makhluk Tuhan paling seksi tu?! Aku...err...dah terikut dengan lagu Mulan Jameela lah...agaknya? Haish.

"Mana ada,"

Suasana di meja makan itu sunyi. Ainal mencuri lihat wajah Harraz yang tekun menikmati masakannya. Dia senyum kecil. Sedaplah tu kut!

"Kau senyum-senyum kenapa?" Harraz bertanya pelik sambil menghirup secawan teh.

"Mesti sedap kan saya masak tu? Awak leka je makan," Ainal ketawa kecil melihat Harraz menjulingkan matanya tanda menyampah.

"Perasan,"

"Eleh. Mengaku jelah yang saya masak sedap. Elele,"

"Tak sedap pun,"

"Sedaplah!"

"Tak!"

"Sedap, sedap, sedap, sedap!"

"Tak, tak, tak, takkk!"

Ainal mencebik. Hek eleh harimau tua ni. Konon cakap tak sedap tapi, dah tiga kali tambah. Heh. Poyo je.

Erkkkk!

Kening Ainal terangkat tinggi. Rasanya itu bukan bunyi sendawa miliknya. Matanya menangkap wajah Harraz yang sudah kemerahan. Aik. Malu ke bang?

"Awak sendawa ke?" sengaja Ainal bertanya sambil menahan tawa.

"Diam la," jeling Harraz tajam. Dan akhirnya, meletuslah tawa besar Ainal. Sehingga berair matanya oleh kerana ketawa tidak henti. Siap hentak meja makan tu.

Harraz merenung tajam wajah Ainal yang leka ketawa itu. Haish. Makin malu dibuatnya. Hilang segala perwatakan kacak dan tegasnya yang selama ini dikekalkan di depan isterinya. Sungguhlah, lepas ni, dia akan makan berasingan dengan Ainal. Tak mahu tersendawa depan budak tu lagi. Jatuh saham oi!

"Dah, diamlah. Memekak je," ujar Harraz dengan intonasi mendatar.

"Okay, surrender," Ainal tayang sengih.

"Kau kenapa eh? Pagi ni bukan main lagi kau. Senyum-senyum bagai. Kau tak sihat ke apa?"

"Mana ada. Saya senyum pun tak boleh ke? Senyum kan sedekah," kening kiri Ainal dijungkit berkali-kali.

Mr. Sour TalkerWhere stories live. Discover now