BAB 40

11.1K 351 6
                                    

Hampir dua bulan Ainal bekerja di syarikat bapa mertuanya. Semuanya baik-baik sahaja. Ainal semakin tenang apabila Damian tidak lagi mencari pasal. Cuma, jejaka itu kerap jugalah menjenguk dia di biliknya untuk bincang tentang kerja. Hari ini, lain pula. Damian ada mengirimkan sejambak bunga ros. Kad yang diselitkan cuma tertulis;

From: Mr. Damy
Sorry for being harsh :(

Ainal membuang keluhan. Kalau para gadis yang single, mesti dah melompat sampai ke bintang. Tapi dia tak single. Dia isteri orang. Mampus dia kalau dia angkut bunga ni balik rumah. Arwah juga kang nanti. Ainal mengambil jambangan bunga itu lalu menuju ke bilik Damian.

"Masuk!" arah Damian setelah terdengar bunyi ketukan di pintu. Ainal cuba berlagak tenang. Cool, Ainal. Cakap elok-elok.

"Ainal?"

Damian tersenyum memandang raut wajah gadis itu. Ainal membalasnya. Jambangan bunga tadi diletakkan di atas meja Damian.

"You yang bagi?"

"Yes. You like it?"

"No- I mean, yes I do. Thank you. But, sorry. I tak boleh accept,"

Riak wajah Damian berubah. Ainal yang perasan riak wajah jejaka itu, cepat-cepat tersenyum dan menambah ayatnya.

"I maafkan you. But, bunga ni, I tak boleh terima. You bagi orang lain eh?"

"But why?"

"You will know, soon. Hmm... why not you give this flowers to Kak Liya?"

Damian senyum palsu dan mengangguk. Ainal meminta diri. Jambangan bunga yang masih harum diambil Damian. Tertanya-tanya dia dengan Ainal. Kenapa gadis itu tak boleh terima? Dia dah ada pengarang jantungnya ke? Tak mungkinlah. Lihat saja wajah Ainal tu. Babyface. Muka budak sekolah. Baru lepas SPM. Tapi Damian tak dapat elak yang hatinya agak terasa apabila pemberiannya ditolak Ainal.

Sudah jatuh cintakah dia?

Tak kot.

"Damian, hey! Ya Allah, dia ni." Liyana mengetuk meja Damian dengan fail di tangannya. Tersentak Damian dari lamunannya.

"Liyana?"

"Yelah, Liyanalah ni. Kau termenung apa?"

Damian membetulkan duduknya. Malulah pulak kantoi termenung. "Tak ada apa. Macam mana kau masuk?"

"Aku ketuk, kau tak sahut. Aku risaulah. Mana tahu kau mati kejung ke apa, so aku masuklah. Tengok-tengok, kau tengah termenung. Apa kenalah dengan kau ni?" Hairan Liyana dibuatnya. Tak pernah-pernah mamat ni tak fokus dalam kerjanya. Ini hari, lain macam.

"Tak ada apalah. Ni, kenapa kau datang bilik aku?"

Haaa! Memang confirm otak pink Damian pada hari ini ada masalah. Liyana geleng kepalanya.

"Kau ada terhantuk kat mana-mana ke tadi?"

"Apasal pulak?"

"Kau nyanyuk ke? Kau juga yang panggil aku datang bilik kau ni. Bawa fail projek kat Perak. Sah! Kau nyanyuk!" Liyana menghulurkan fail yang diminta Damian. Damian menjeling. Ada ke patut minah ni cakap aku nyanyuk? Haish!

"Suka hati dia je cakap orang nyanyuk. Dia tu mulut murai," ujar Damian sambil membaca fail projek sebelum menurunkan tanda tangannya.

Liyana mencebik. Matanya terpandang akan jambangan bunga tadi. "Eh, cantiknya. Siapa punya?"

Mr. Sour TalkerWhere stories live. Discover now