BAB 37

12.5K 443 24
                                    

Tercengang Ainal memandang ke setiap sudut syarikat bapa mertuanya. Golden Holdings. Sesuai dengan namanya. Segala perhiasan dan atok nenek perabot dan haish...semuanyalah bermain dengan warna emas. Tampak mewah dan elegan. Cewah. Dan, baik pengawal keselamatan hinggalah ke staf di dalam bangunan, kesemuanya berpakaian kemas dan formal.

Orang yang jaga pintu masuk pun pakai tuksedo. Hah! Amik kau!

"Ainal...Ainal..." bahu Ainal dicuit Dato' Azamuddin. Geli hati orang tua itu melihat wajah Ainal yang agak jakun.

"Erh..eh?! Daddy." Ainal senyum malu. Dia menggaru pipinya yang tak gatal. .

"Cantik sangat ke bangunan ni? Sampaikan daddy dah habis bercakap dengan penyambut tetamu kat kaunter tu pun, Ainal tak perasan."

"Cantik sangat, daddy. Sorry. Ainal excited." Ainal tarik sengih.

"Tak apalah. Dah, jom. Kita naik tingkat atas." gamit Dato' Azamuddin.

-----

Akhirnya, mereka tiba di tingkat 15 yang menempatkan staf-staf berpangkat tinggi. Dato' Azamuddin mengiringi Ainal ke dalam ruangan pejabat yang berkeluasan padang sekolah itu. Agak besar. Semua staf syarikat mewah itu berdiri dan menunduk hormat apabila Dato' Azamuddin muncul. Ada juga yang memberi salam dan mengucapkan 'selamat pagi'.

"Good morning, dato'." sapa Liyana, selaku pembantu peribadi Dato' Azamuddin.

"Morning, Liyana."

"Good morning, cik....?" Liyana menghulurkan tangan kepada Ainal.

"Ainal. Ainal Sofiah." mereka bersalaman seketika.

"Siapa Ainal ni ya, dato'?" tanya Liyana. Dato' Azamuddin tersenyum cuma. Dia berjalan ke tengah ruangan pejabat itu.

"Selamat pagi semua--"

"Selamat pagi, dato'..." bergema suara staf-staf yang kalau dilihatkan hmm...agak baiklah juga sikapnya.

"Ini, saya nak kenalkan pada kamu semua. Staf baru Golden Holdings. Ainal Sofiah. Ainal...." Dato' Azamuddin mempersilakan Ainal ke sebelahnya. Ainal tersenyum dan menunduk hormat kepada umat manusia di hadapannya. Al-maklumlah, dia yang paling junior kot kat sini. Kena respect senior. Ya dak?

"Hai, saya Ainal Sofiah binti Rahman. Harap awak semua boleh beri kerjasama dengan staf baru macam saya ni. Terima kasih."

Semua staf disitu menepuk tangan dan menganggukkan kepala mereka seperti ayam yang nak korek makanan di tanah. Eh? Ada ke? Kk gerak dulu.

"Baiklah. Ainal akan bekerja di aras ini. Dan, Liyana--" Dato' Azamuddin mengkalihkan anak matanya ke arah Liyana. Liyana angguk.

"-- Ainal jadi second PA saya."

"Second PA?"

"Yes. Any problem?"

"Nope. Saya okay je, dato'."

"Good to hear that. Baiklah, yang lain tu, pergi sambung buat kerja. Liyana, come over to my room. But, tunjukkan bilik Ainal dulu ya." staf-staf yang lain kembali ke kubikel masing-masing. Ada juga yang ke bilik sendiri. Dato' Azamuddin mula melangkah.

"Eh, daddy. Kejap!" seru Ainal dengan suara yang hanya didengari mereka bertiga.

"Ya, Ainal?"

"Kenapa Ainal ada bilik sendiri?"

"PA daddy akan ada bilik sendiri. Tapi, Ainal jangan risau. Bilik Ainal bersebelahan bilik Liyana. If you need any help, just straight to the Liyana's. Okay?"

Mr. Sour TalkerWhere stories live. Discover now