BAB 10

15.5K 662 10
                                    

"Ainal, tolong cikgu hantar buku-buku ni kat atas meja cikgu, boleh?" tangan Ainal yang lincah mengemas peralatan tulisnya terbantut. Wajah Cikgu Laila dipandangnya lalu tersenyum manis.

"Boleh. Meh saya angkat," ujar Ainal seraya mengangkat buku-buku tulis subjek Sejarah, milik classmatenya. Cikgu Laila dan Ainal segera keluar dari kelas dan menuju ke bilik guru.

Sesampai saja di bilik guru, Ainal meletakkan buku-buku tulis itu ke atas meja Cikgu Laila seperti yang diminta oleh wanita itu. Mata Ainal meliar mencari seseorang. Manalah tempat harimau ni eh? Di bahagian guru lelaki ke? Eh, tak ada pulak? Jangan-jangan, tempat dia bersebelahan dengan Cikgu Suhana yang miang tu. Err. Minta dijauhkan! Ainal menepuk dahinya.

Pintu bilik guru ditolak perlahan. Ainal melangkah laju turun ke kantin. Masa rehat! Namun, sebaik sahaja kakinya menapak di pintu gerbang kantin, seseorang menghalang laluannya.

"Tepilah. Aku nak jalan ni!" marah Ainal. Apahal budak lelaki depan aku ni? Tunduk-tunduk bagai. Malu ke? Aku tahulah aku comel. K. Perasan. Ainal tergelak dalam hati.

"Ainal..." budak lelaki itu mendongakkan kepalanya memandang gadis comel di hadapannya.

"Huh. Apahal ni Razif?" Ainal berpeluk tubuh.

"Err..."

"Cepatlah. Aku nak makan ni," gesa Ainal.

"Nah..." sepucuk surat dihulurkan kepada Ainal. Terpinga-pinga Ainal sambil menyambut huluran itu.

"Apa ni Razif? Kau-"

"Jangan bagi sesiapa baca. Bye!" pesan Razif sebelum berlari laju meninggalkan Ainal. Fuh. Laju gila.

Ainal melongo. Apa bendalah budak ni. Tak apa. Nanti aku tanya Botak. Kenapa Razif tiba-tiba bagi aku surat ni. Gumam Ainal sendirian. Tanpa disedarinya, seseorang sedang memerhatikan tingkahnya dari jauh.

Tak guna!

----

Seusai menunaikan solat Isyak, Ainal duduk di birai katilnya. Surat yang diberikan oleh Razif itu dicapainya dari beg sekolah. Dengan lafaz bismillah, Ainal buka dan memulakan bacaannya.

'Salam, Ainal. Saya nak cakap sesuatu. Tapi saya malu dengan awak.'

Tiga ayat pertama sudah menggelikan hati Ainal. Malu konon. Cis.

'Sebenarnya saya dah lama tengok awak dari jauh'

Bulu roma Ainal meremang. Ayat yang dibacanya diulang sekali lagi. Seramlah pulak. Macam hantu.

'Saya...saya suka awak. Saya harap awak boleh terima saya'

Membulat mata Ainal. Terkejut beruk dia. Memang patutlah dia terkejut kerana seumur hidupnya, tak pernah walau sekali, dia diminati seseorang dan diutuskan sepucuk surat cinta. Pantas dia melipat surat itu dan simpan semula ke dalam beg sekolahnya. Dia menepuk dahinya kuat.

"Apasal la aku boleh lupa nak jumpa Botak siang tadi?" kata Ainal sendiri.

Ah. Lantaklah. Malas aku fikir benda remeh-temeh ni. Aku dah ada suami kut! Heh. Desis hati Ainal.

Langkah diatur ke bilik Harraz. Pintu bilik diketuk beberapa kali. Namun, tidak terkuak dari dalam. Ainal pulas perlahan tombol pintu bilik itu. Dia menapak masuk.

Kelihatan Harraz sedang mengadap komputer ribanya di meja kerjanya sendiri. Serius dan tekun betul nampaknya. Ainal menghampiri.

"Awak, saya nak cakap sikit boleh?" soal Ainal.

Krik krik.

Tiada sebarang respon yang diberikan Harraz. Hanya bunyi jari jemari yang mengetuk laju butang huruf di atas laptopnya. Mata difokuskan pada skrin laptopnya saja. Malas mahu melayan Ainal.

Mr. Sour TalkerWhere stories live. Discover now