BAB 27

13.8K 604 15
                                    

Selesai brunch, Ainal mengajak Harraz ke Ikea yang terletak berhadapan dengan The Curve. Katanya, mahu melepaskan stres. Harraz pula hanya mengiyakan saja permintaan isterinya itu. Lagipun, Ikea itu bukannya jauh sangat pun.

Setibanya di Ikea, Harraz mengambil troli dan mula menjelajah Ikea itu bersama Ainal. Ainal yang terpandang akan kewujudan troli itu mengerutkan dahinya.

"Kenapa awak ambil troli? Kita tak shopping pun kan?" tanya Ainal. Dia berjalan di tepi troli itu.

"Saja. Baru nampak macam orang yang dah kahwin." Harraz menjawab dengan riak wajah selambanya. Tak dingin.

"Hah? Apa kaitan?"

Harraz mengeluh kasar.

"Haish kau ni. Bebal lah. Abaikan jelah apa yang aku cakap." Harraz menolak troli sambil menarik Ainal ke sebelahnya.

"Eh, awak ni. Apa tarik-tarik?"

"Ni pegang handle ni. Tolak sama-sama. Berat siot troli ni." Harraz menarik tangan kiri Ainal ke handle troli lalu memaksa gadis itu ikut turut menolak dengannya. Ainal mencebik.

Troli kosong pun berat? Apahal?

"Hello, Encik Suami? Troli ni kosong tau. Sejak bila troli kosong berat?"

Harraz menaikkan keningnya tinggi.

"Sejak ada syaiton duduk dalam tu."

Meremang bulu roma Ainal mendengarkan jawapan Harraz itu. Munasabah pula kali ni jawapan suaminya itu. Ainal merapatkan dirinya tanpa disedarinya. Harraz senyum kambing.

"Nak manja-manja tunggu kat rumahlah. Takkan kat sini pun nak manja?" usik Harraz. Ainal menjungkitkan kening kirinya.

"Sejak bila saya nak bermanja dengan awak? Hish."

"Tiba-tiba rapat dengan aku ni kenapa? Biasanya orang yang rapat-rapat dengan seseorang ni, nak bermanjalah jawapannya. Macam kau,"

Tercengang Ainal dengan jawapan mengarut Harraz itu. Cepat-cepat dia cuba menjarakkan dirinya daripada rapat dengan Harraz. Dia menggelengkan kepalanya. Kenapalah aku boleh tak sedar yang aku makin rapat kat dia tu? Haish. Malu!

"Mengarut je. Teori mana yang awak pakai tu?"

Harraz menarik pinggang Ainal supaya kembali rapat di sisinya. Ainal terpaku seketika. Dia seakan tak mampu menolak.

"Teori suami isteri. Kau bebal, so memang akan dengar macam mengarut." Harraz berbisik di telinga Ainal. Terdiam gadis itu.

Buat seketika mereka membisu. Ainal menarik hujung baju Harraz.

"Hah? Apa?" Harraz menundukkan sikit wajahnya memandang Ainal.

"Tangan awak." Ainal berbisik. Mukanya membahang. Malu sungguh dengan adegan romantis yang dilakukan suaminya ini.

Perlahan-lahan tangan Harraz yang berada di pinggang Ainal diangkat. Baru saja dia ingin berasa bebas, Harraz kembali merangkul pinggangnya. Dia toleh memandang Harraz.

"Awak---"

"Jom rasa macam loving couple. Macam comel je aku tengok diaorang peluk-peluk sambil jalan."

Harraz memandang ke arah hadapan. Ainal pula sudah termati kata. Mulutnya membentuk huruf O. Tak percaya dengan apa yang Harraz cakapkan. Macam mimpi!

"Kau nak aku cium mulut kau tu ke?"

Laju Ainal menggeleng. Bibirnya terkatup.

"Dah. Jom." tangan kanan Harraz semakin erat merangkul pinggang Ainal. Manakala, siku tangan kirinya diletakkan di atas handle troli. Ainal pula menolak troli tersebut dengan kedua-dua tangannya. Tubuh mereka sangat rapat.

Mr. Sour TalkerWhere stories live. Discover now