BAB 8

15.6K 594 9
                                    


"Ya, mama. Jangan risau eh? Ainal tak ada apa. Terseliuh sikit je sebab kemas rumah ni. Hmm...okay. Ainal tidur dulu ya, esok sekolah. Goodnight mama. Love you. Kirim salam sayang Ainal kat papa eh? Assalamualaikum," Ainal menamatkan panggilan mamanya. Dia melepaskan keluhan kecil. Nasib baik mama tak tanya banyak. Gumam Ainal dalam hati.

Langkah Ainal dibawa ke bilik air untuk menggosok gigi dan berwuduk sebelum tidur. Sejurus itu, dia menghenyakkan badannya diatas katil. Fikirannya dibawa ke Harraz. Kenapa dia care sangat pasal aku? Dia su......woi, Ainal! Baru tiga hari kahwin, kau dah perasan. Choi. Mungkin dia rasa bersalah la tu, biarkan aku angkat bagasi aku tu sorang-sorang. Heh. Tahu pun. Tanpa Ainal sedari, bibirnya menarik senyum kecil.

---

Suasana di dalam Audi R8 sunyi. Pagi yang kelam-kabut bagi pasangan muda itu. Ini merupakan kali pertama, Ainal menjadi gelabah pada pagi hari. Nak buat sarapan untuk suami, gosok baju rimau tu, nak siap-siap untuk pergi sekolah lagi. Huh. Serabut jadinya. Masing-masing tak mahu terlewat.

Kereta mewah itu berhenti tidak jauh dari sekolah Ainal. Ainal faham akan situasi itu segera membuka tali keledar.

"Awak," seru Ainal lalu menghulurkan tangannya kepada Harraz. Tercengang Harraz dibuatnya.

"Kenapa?"

"Nak peluk," Ainal menjawab sarkastik. Matanya dijulingkan keatas tanda menyampah. Hish. Dah nampak aku hulur tangan, nak salamlah. Tu pun tak tahu ke?

Harraz menjeling. Poyo eh kau, budak.

"Hish. Cepatlah! Saya dah lambat ni!" desak Ainal tatkala melihat wajah Harraz yang masih memandangnya pelik. Lantas, Ainal menarik tangan Harraz lalu diciumnya.

"Bye!" Ainal melambai lalu berlari masuk ke dalam sekolahnya. Harraz terkaku. Ainal ni memang selamba badak je perangai.

---

Ainal duduk di tempatnya, bersebelahan dengan Erni sebelum disapa Erni.

"Mana Cikgu Suhana? Dah hampir pukul 7:50 dah ni, tak masuk lagi. Kalau tak tu, muka bengis dia dulu yang aku tengok pagi-pagi," Ainal membebel seraya mengeluarkan buku latihan Matematik Tambahannya.

Erni ketawa dipandang Ainal.

"Weh, Nal. Kau tak tahu ke yang cikgu tu kena tukar kelas lepas kau tegur dia pilih kasih waktu bagi markah? Yang dia asyik-asyik lebihkan si minah ulat bulu, Rania tu. Pengetua arahkan dia ajar kelas akaun. Aman hidup aku!" Erni senyum lebar.

"Ceh. Kau ni, kita lagi seminggu kot nak SPM. Kau happy pulak cikgu dah tak ajar kita. Habis tu, siapa yang ganti? Ada cikgu lain ganti tak?"

"Ada. Faizul cakap, cikgu tu cikgu sementara je. Bolehlah isi kekosongan Cikgu Suhana sebelum nak exam ni,"

Mata Ainal bersinar gembira. Excited sangat lagaknya tu.

"Siapa? Faizul dah jumpa ke?"

"Amboi kau ni. Bukan main lagi ya. Kejap lagi masuklah tu. Aku pun tak tahu siapa. Tapi, yang aku tahu, dia lelaki," ujar Erni sambil tersenyum senget.

Keadaan kelas 5 Sains 1 yang hingar-bingar itu kembali tenang dan sunyi tatkala bunyi derapan kasut menyapa telinga penghuni kelas itu sepanjang koridor. Mereka semua cepat-cepat mengambil tempat duduk dan mengeluarkan buku subjek Matematik Tambahan.

Sesusuk tubuh tegap menerobos ke dalam kelas itu. Faizul, selaku ketua kelas, memberi arahan kepada classmatenya yang lain agar berdiri dan memberi salam pada cikgu baru mereka.

"Waalaikumussalam. Duduk, semua," suara garau itu mematikan senyuman Ainal. Dia tidak jadi duduk. Erni juga agak terkejut dengan kehadiran guru baru itu. Dia lantas duduk. Ainal masih melopong melihat wajah lelaki di depannya.

Mr. Sour TalkerWhere stories live. Discover now